"Teacher. Haus la." Dia yang berusia enam tahun mula mengajak saya bercerita.
"Sabar Kak Pah [suka saya panggil namanya dengan begini]. Dah nak buka sekejap lagi."
"Saya nak minum sikit teacher. Boleh la."
"Lagi dua jam nak buka puasa. Sabar sikit lagi ya. Nanti kat rumah, mama mesti masak yang sedap-sedap untuk berbuka."
"Okey teacher!" Katanya dengan penuh semangat.
Dia sabar menunggu van tiba, untuk pulang dari sekolah.
Tetapi wahai kak Pah yang comel, teacher kamu ni sebenarnya dah hampir kalah dengan pujuk rayu kamu.
Dengan mimik muka yang penuh mengharap, dia memujuk saya dan saya hampir cair dengannya.
Tak sampai hati.
Tahun ini, anak-anak kelas saya yang berumur empat tahun tidak berpuasa langsung. Setiap kali saya tanya, siapa yang puasa, sila angkat tangan. Majoritinya angkat tangan. Tetapi, di belakang kelas penuh dengan botol air dan bekas makanan mereka.
Anak-anak, mungkin mereka masih belum mengerti puasa itu apa.
Memang saya pun tak kisah sangat jika mereka tidak berpuasa.
Tetapi, bila saya turun ke pejabat Khamis lalu. Saya perasan, ramai anak-anak berusia enam tahun yang tidak berpuasa.
Buat saya tak senang duduk.
Moga ibu dan ayah mereka tidak jemu untuk mendidik mereka.
Teringat saya cerita ibu, tentang Mal ketika berusia enam tahun.
"Bu, haus bu. Haus."
Lepas tu, Mal sambung tidur balik.
Macam-macam caranya memujuk ibu untuk berbuka.
Semangat saya untuk mendidik ahli-ahli Syurga terus subur,insya Allah.
Saya mencintai mereka kerna-Nya.
Demi Allah, satu hari nanti saya pasti rindu akan mereka.
Ali bertanya kepada sahabat saya.
"Teacher. Kenapa yellow class tu, tak puasa?"
"Ali kena tanya Teacher Afiqah kalau Ali nak tahu sebabnya."
Gelak besar saya.
Moga terus belajar puasa Ali dan rakan-rakan!
Nota kaki: Kelas kuning, dalam du'a, selalu.
August 04, 2012
August 03, 2012
Silap.
"Ha? Dua puluh tujuh? Kita dah ada kat kampung ni."
"Haha. Biar betul awak, dua puluh tujuh."
Asar, baru saya perasaan, hari ke tujuh berpuasa saya menulis tarikh, hampir berakhirnya Ramadhan kali ini.
Saya tak pasti.
Mungkin faktor tak sabar nak balik rumah.
Tak sabar hendak berbuka.
Moga anak-anak, dapat memaafkan diri ini.
Nota kaki: Salam pertengahan Ramadhan.
July 22, 2012
Maaf.
Selalu.
Bila saya sampai, mahu membuka pintu sekolah, saya perasan, kereta ayahnya sudah ada di perkarangan sekolah.
Dia anak murid pertama yang sampai ke sekolah dan yang terakhir pulang dari sekolah untuk sesi pagi.
Satu hari, dia datang dekat dengan saya.
Teman-temannya sudah pulang, dia berkata, "Teacher, mama saya selalu ambil lambat."
Dengan nadanya yang perlahan.
Saya peluk dia, erat.
"Maafkan mama kamu ya."
Dia angguk, lalu berlari untuk sambung bermain.
Hampir setiap hari, dia bersabar menunggu mamanya.
Moga kamu nak, terus menjadi anak solehah dunia dan akhirat.
Nota kaki: Ramadhan, datang!
Subscribe to:
Posts (Atom)
