December 22, 2012

Penat.


Jika kita sudah cinta Allah, apa yang orang lain buat pada kita, apa yang terjadi di sekeliling kita...baik atau buruk, kita akan rasa sama sahaja.
Sebab kita tahu, semua tidak akan terjadi melainkan dengan izin Allah.
Kita tidak akan susah hati dan sedih kerana yang buat macam tu, yang kita cinta.

Bila kita sudah cinta Allah, Allah akan balas cinta kita.
Dan bila Allah sudah cinta kita, hati kita Allah akan jaga.
Allah jadi mata, telinga, tangan, kaki kita...ketika itu, kita hanya akan rasa bahagia.

Tarik nafas.
Lupakan apa yang mereka telah lakukan pada kita.

Nota kaki: Jazakillah buat dia!

September 08, 2012

Sembilan.


Alhamdulillah. Sesi persekolahan 2012 sudah hampir tamat. Kerja juga makin bertambah. Insya Allah, anak-anak serta kami mula sibuk membuat latihan bagi majlis Ihtifal sekolah kami. Setiap kumpulan akan ada dua buah kelas yang bergabung.

Sesi petang. Sedang anak-anak solat berjemaah. Hati saya terdetik. "Kumpulan kami, lemah ni."
Apabila melihat anak-anak kelas kuning dan oren bergabung, buat saya tidak senang duduk. Bukan mudah untuk melatih mereka.

Kelas oren. Ramai yang berkata kelas itu pasif. Apabila saya sendiri yang mengajar kelas itu, ternyata ada kebenarannya. Tetapi saya cuba buat, mereka dan diri saya terus berubah. Sedikit demi sedikit. Saya tetap meraikan mereka, bercanda dengan mereka, dan saat ini, ketika sesi latihan bersama, saya akan tegas.

Teacher. Kumpulan lain kuatkan? Biru dan Hijau. Merah dan merah jambu. Tetapi saya rasa ada sebab mengapa Allah bagi kita kumpulan ini. Mahu mereka berubah dengan izin Nya.
Sahabat saya tersenyum dan bersetuju.

Hari ke-dua latihan. Kami mula serius, fasihkan sebutan mereka. Lantangkan suara mereka. Tanamkan semangat yakin pada diri sendiri.

Allah Allah.
Bukan mudah, tetapi sahabat-sahabat saya dan saya yakin, ia bukannya mustahil, kami akan buktikan yang terbaik-insya Allah.

Perlu du'a daripada semua.
Mohon, kami terus diberi kekuatan dariapda Nya dan Allah satukan hati-hati kami.
Ameen.

Nota kaki: Mencari teduh, melakar mimpi, menyuluh jiwa, melara rasa dan  hidupkan sunnah, antara tulisan guru yang terbaik, saya kira.

August 26, 2012

Kerja.

Selamat hari raya, awak!
Amboi. Gembiranya kamu. Selamat hari raya. Sihat?
Alhamdulillah. Sangat sihat. Kamu? Best tak kahwin?
Baik, alhamdulillah. Kahwin? Awak tak dengar cerita pasal saya? Dia tak ceritakah?
Cerita? Tentang apa? [tertinggal kereta api lagi]
Awakkk...

Dia cerita, sangat panjang.
Saya diam.
Otak saya berfikir macam-macam perkara. Banyak soalan yang mahu dilontarkan. Tapi, saya diamkan sahaja, rindu mahu dengar suara dia.

Saya tarikh nafas panjang-panjang.
Sahabat mengaji saya, tidak jadi berkahwin. Kad kahwin sudah diedarkan. Majlis tinggal beberapa minggu sahaja. Tetapi, Kerja Dia...

Awak. Masa terima hadiah daripada saya, masa tu sudah dekatkan tarikhnya?
A'ah. Saya menangis bila hadiah awak dah sampai. Lagi beberapa hari je,wak.

Demi Allah, saya tidak tahu langsung perkara itu.
Hanya du'a saya titipkan dan hadiah yang dikirimi sebagai pengganti diri ketika saya menerima berita gembira, yang sahabat saya akan mendirikan masjid.

Saya tidak mahu banyak tanya walaupun banyak perkara yang ingin saya tahu.

Awak. Saya tetap bersyukur. Mungkin Allah suruh dekatkan diri dengan Dia, lebih lagi. Penat dah nangis awak. Tak mahu ingat cerita lama. Jika ada jodoh, ada insya Allah. Jika sebaliknya, akan terima dengan hati yang terbuka. Dulu, saya hampir putus asa. Tapi, mak abah ada untuk kuatkan. Nanti nak turun sana. Jumpa awak. Lama kita tak jumpakan. Boleh cerita panjang lagi.
Alhamdulillah. Awak, insya Allah. Bila jumpa nanti, kita cerita benda yang gembira-gembira, okey. Perlu kuatkan diri, moga lebih ceria dan bersemangat [untuk diri juga]. Insya Allah, kalau turun, bagi tahu k.

Saya yakin satu perkara.
Du'a sahabat untuk sahabat itu, makbul.
Tapi, maafkan saya sahabat. Mungkin saya tidak bersungguh-sungguh mendu'akan kebahagiaan kamu. Mungkin juga saya tidak selalu mohon pada-Nya mengenai sahabat saya.
Mungkin saya terlalu banyak dosa, terhijab du'a saya dengan Allah.

Sahabat yang baik hati, maafkan saya.
Ketahuilah duhai sahabat, antara du'a saya dan kerja Dia, kerja Dia lebih hebat tentunya.
Maafkan diriku.
Walauapapun...Insya Allah. Insya Allah. Akan tetap saya du'akan dirimu sahabat. Hingga nafas yang terakhir.

Awak, terima kasih dengar cerita saya. Maaf lambat bagi tahu. Tetapi saya memang ada niat nak bagi tahu awak. Cumanya, sekarang ni, masa yang sesuai dan saya dah sedia.
Takpe awak. Maaf, saya tak tahu. Insya Allah. Moga Allah gantikan yang lebih baik dan permudahkan urusan awak.
Jaga diri. Du'akan saya tau!
Awak pun. Makan banyak sikit. 
[baru dengar ceria suaranya] Baik. Selamat hari raya. Maaf zahir batin ya!

Mahu bersyukur sebanyak-banyaknya. Adiknya dan ada sahabat yang sudah tahu dahulu menyimpan cerita ini sebaik-baiknya. Moga Allah membalas segala kebaikkan mereka.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Nota kaki: Salam Syawal 1433H.