andai bisa ku kirimkan air mata..pasti sudah lama ku lakukannya..
moga ia mampu bersama..
menjadi penguat jiwa..
kerna aku hanya seorang anak yang biasa..
kepada seorang ibu yang tabah lagi mulia..
sentiasa mengharap doa tulusmu menghadapi ranjau dunia..
maafkan salah silap anakmu yang berdosa..
kerna tidak pernah terlintas dari segenap rasa..
untuk membuatkan kau terluka..
untuk membuatkan kau terluka..
tapi hati tidak dapat menerima..
walaupun dikau kata aku bukan penyebabnya..
kerna sepertimu..
aku turut punya rasa hatiku..
dan hatiku berkata denganku..
aku turut punya rasa hatiku..
dan hatiku berkata denganku..
bahawa aku ada dosa denganmu..
lantaran itu..
mana mungkin aku mampu tidak mengalirkan air mata..
ku hanya mampu mengharap..
mengharapkan kepada air mata..
agar air mata murahku ini..
mampu membeli kemaafan yang tinggi..
kemaafan ikhlas dari dirimu yang mulia..
yang tidak pernah tua di dalam hatiku..
malah sentiasa gagah seperti orang muda..
moga kau maafkan kesalahanku..
tidak pernah sekalipun terlintas di benak fikiranku..
untuk membiarkan kau berduka..
maafkan ku..
5 comments:
jazakumullahu khairan kathira..
moga terbimbing dan terdidik untuk menjadi anak yang soleh.. dambaan setiap ibu dan ayah di muka bumi ini.. amin..
Ameen3.maaf.kerna tidak meminta izin dulu utk mengambil karya tuan empunya blog.
eh, takpe je, terima kasih kerana sebarkan.. harap bermanfaat.. sekadar berkongsi kasih seorang ibu mulia..
lagipun, kan ada citation kat situ.. tak jadi masalah pun.. kalau takde pun, ana tak kesah.. pahala itu Allah hitung, kita takde hak langsung.. asalkan bermanfaat.. silakan..
bagi ana, dalam islam takde copyright.. tapi, untuk perkara baik-baik la, nanti ada jadi alasan pula buat perkara jahat.. but it depends.. bila dah masuk bab perniagaan, itu dah lain..
terima kasih sekali lagi.. jazakAllahu khairan kathira..
sama2.semoga kta sentiasa berdoa agar kte menjadi anak yg soleh hingga ke akhir hayat.
amin..
Post a Comment