
Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya…
Sungguh, nasihat Ustaz Harizal ini benar-benar buat saya bermuhasabah diri.
Perihal Luqman al-Hakim dan anaknya.
Anaknya: “Wahai ayahku, apabila manusia ingin menjadi baik, apakah perkara utama yang perlu di milikinya?’
Luqman menjawab: “Agama.”
Anaknya bertanya lagi: “Jika dua perkara?”
Luqman menjawab: “Agama dan harta.”
Anaknya bertanya lagi: “Jika tiga perkara?”

Luqman menjawab: “Agama, harta dan malu.”
Anaknya bertanya lagi: “Jika empat perkara?”
Luqman menjawab: “Agama, harta, malu dan akhlak mulia.”
Kemudian anaknya bertanya lagi: “Jika lima perkara?”
Luqman menjawab: “Agama, harta, malu, akhlak mulia dan pemurah.”
Dan soalan terakhir anaknya: “Bagaimana pula jika enam perkara?”
Luqman al-Hakim menjawab: “Wahai anakku, apabila kelima-lima perkara ini (agama, harta, malu, akhlak mulia dan pemurah) berhimpun dalam diri seseorang itu, maka orang itu adalah insan yang bersih lagi bertaqwa. Allah swt akan memeliharanya dan ia akan terselamat daripada hasutan dan godaan syaitan.”
Semoga tabah dalam menagih cinta Yang Esa, wahai orang muda~
Buat diri: Jangan terlalu berasa terikat dan memiliki.
Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi
2 comments:
Letakkan DIA dalam hatimu, ya sahabat
dirimu kan merindui NYA.
Andai hidup mu berlalu,
tanpa ingatan kepada NYA
diri kan dilanda kegelisahan.
andai nurani pernah merasa
DIA tidak mendengar rintihan mu,
diri kan digugah keresahan.
namun,
walau suatu saat pun
du'amu belum dikabul NYA,
diri tak pernah dan tak ingin
berhenti berharap.
kepada NYA.
asasnya adalah keyakinan diri, dengan pasti
di sana akan ada sebuah pertemuan
dengan keindahan Nya
di laman Jannah yang indah..
Bercinta kepada ALLAH,
kan mendorong
diri merasai
erti Cinta yg sebenar
Duhai,
moga tergapai
Cinta hakiki..
Moga selamat semuanya,
dan terkabul segala hajat yang baik2..
in sya ALLAH!
=)
Ibnu Abas
Aku memang sudah mengerti....
Puisi cinta telah membawa aku lari
Jauh dan terus jauh
Lena dari alam reality ini.
Aku juga memang sudah lama mengerti...
Puisi cinta memang indah
Memang mengasyikkan
Dan Ia juga adalah penawar
Pengubat segala busuk hati
Dari daki dunia
Dan rakusnya sifat manusia!
Puisi cinta!
Datanglah lagi kepada ku dengan segera
Dan bawalah aku pergi…
Dari alam reality ini...!
Cerpen puisi
Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia kerana cinta itu membangkitkan semangat, hukum-hukum kemanusiaan dan gejala alami pun tidak mampu mengubah perjalanannya.
-Khalil Gibran-
Ameen3.
Sungguh sahabat, cinta Allah telah membuatkan sahabatmu ini terus bangun, bangun dan bangun. ^-^
Salam menagih cinta daripada-NYA~
Post a Comment