May 08, 2008

Busana.


“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.”
(al-Ahzab: 59)

Tentang busana. Lantas, terus teringat akan karya Faisal Tehrani tentang Manikam Kalbu. Sebelum ini, saya ada menonton rancangan Nona di TV3. Mereka membuat liputan tentang minggu fesyen Islam yang telah berlangsung di Dubai. Apabila mata sedang meliar melihat keindahan fabrik yang dihasilkan oleh pereka fesyen, jiwa muda saya mula mendidih. Bukan itu sahaja, sebagai seorang Islam, saya juga berasa sedikit bingung dengan penerapan Islam dalam fesyen. Bukan apa sahabat-sahabat, sejak kecil kita telah di dedahkan ciri-ciri menutup aurat dengan sempurna. Islam juga menetapkan garis panduan tentang aurat lelaki dan perempuan. Masing-masing ada had yang tersendiri yang perlu dijaga.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(al-Taubah 9:71)

Malangnya, dengan ratusan pereka busana di seantero dunia ini, tidak adakah pereka fesyen yang mencipta busana yang benar-benar berlandaskan Islam? Jika kita lihat di Astro Prima dan Astro Oasis memang tidak terbilang dengan jari rancangan mereka yang memaparkan ‘fesyen-fesyen berlandaskan Islam’ sama ada dari negara kita, Malaysia mahupun negara jiran, Indonesia. Bagi saya yang masih hijau untuk mengembara di muka bumi ini, mereka tidak sedikit pun berlandaskan Islam sebenarnya.

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.”
(an-Nur: 31)

Sekiranya bahagian dada terdedah, adakah itu dinamakan menutup aurat dengan sempurna? Jika memakai ‘sarung kepala’ dan memperlihatkan bentuk leher yang indah adakah dikira mengikut syariat?

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji).
(al-Ahzab: 33)

Benar-benar buat saya bingung dan sedikit bimbang mengenai busana buat manusia pada zaman akan datang. Seterusnya, kita lihat pula majalah Dara.com.Pada zaman sekolah dahulu, majalah ini merupakan santapan mata saya. Hampir setiap bulan saya membacanya. Memang saya berpuas hati dengan isi kandungannya cuma, bahagian fesyennya membuatkan otak saya ligat berfikir tentang Islam dan fesyen. Saya bermuhasabah diri apabila melihat model yang memperagakan fesyen yang konon-kononya buat ‘remaja muslimah’. Mungkin, suara saya yang kecil ini mungkin akan dipandang enteng oleh masyarakat di luar sana.

Maka, saya ambil keputusan untuk belajar jahitan dan fesyen. Mungkin tidak secara serius, tetapi buat diri serta orang-orang terdekat itu sudah memadai buat saya. Sekurang-kurangnya saya membantu orang-orang di sekeliling saya memelihara aurat mereka. Berbunga hati saya apabila dikelilingi oleh orang-orang yang berpengalaman dalam bidang jahitan serta fesyen. Mak Cik Kamariah, Mak Cik Yah, Mak Cik Liza serta Cik Kiah merupaka insiprasi saya. Jahitan yang kemas membuat hati saya tertarik. Bersyukur saya apabila dikurniakan oleh Allah swt orang-orang yang menghidupkan syi'ar-syi'ar Islam di akhir zaman ini.

Entahlah. Siapa saya untuk menegur orang-orang di luar sana.

Sabda Rasulullah saw:
“ Barang siapa yang melihat sesuatau kemungkaran dilakukan di hadapanya maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya, jika dia tidak berkuasa maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, dan jika dia tidak dapat berbuat demikian juga maka hendaklah dia membencinya di dalam hatinya dan ini adalah selemah-lemah iman.”
(HR: Musim, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasai)

Cuma, apa yang berada disekeliling saya sering saya jadikan iktibar. Saya jadikan pedoman. Benar-benar buat diri yang masih hijau ini.

Buat diri: Dan sebaik-baik pakaian adalah taqwa.

Auratmu bukan mainan, wahai muslimah

6 comments:

firusfansuri said...

Sains itu proses, seni itu hasilnya.

Ya sahabat,
contohi Ziryab, walaupun berdikit-dikit!

Mengambil kata-kata FT dalam cerpennya Ratu Kosmetik (dengan sedikit perubahan),

"Paling tidak sahabat, itu semuakan kosmetik-kosmetik dunia sahaja, hiaskanlah dengan akhlak mulia dan ramuan kosmetik akhirat.

Kalau Tuhan sudah suka memandang rupa kita, apa lagilah yang kita mahukan?"


Biar saya tambah sedikit..
kita mahukan Dia juga senang memandang wajah orang-orang di sekeliling kita, kan.

Biar keredhaan-Nya meliputi semua.

Suara (hati) yang benar, perlu dibenarkan dengan berhikmah. Carilah jalan hikmah itu.

alif.fa.ya.qof.ha said...

^-^

Insya allah, sahabat.

Doakan...agar busana kita dewasa ini, dapat ditajdidkan.

Suara (hati) yang benar, perlu dibenarkan dengan berhikmah. Carilah jalan hikmah itu.

Sahabat, boleh terangkan lagi maknanya?

firusfansuri said...

Pertamanya, sejujurnya diri akui, bukanlah diri seorang ahli untuk menjawab persoalan ini.

Sahabatku,
sungguh segala ilmu-Nya itu ada
di sekeliling untuk disedari.

Mencarilah, setiap kita masing-masing ada jalan sendiri.

Apa yang sesuai menurut diri ini mungkin berbeza pada keperluan diri saudari, masa ini.

Namun, titik mula tentu tiada lain, memahami diri dan memahami yang di sekeliling.. untuk merubah, dengan hikmah.

Paling utama, rujuk kisah hidup Nabi kita s.a.w, hikmah itu jelas ada pada Kekasih-Nya, Kekasih kita.

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala ali Muhammad.

Dalami kisah-kisah para solehin, insan-insan yang berjasa, jangan terhadkan pencarian. Kaitkan masa lalu dan masa kini, dengan bijaksana.

Moga Allah menunjukkan.

Cubalah memahami, sebelum difahami.

~CahaYa KeMuLiaaNKu~ said...

salaam..wah..pandai jahit ya..bagus3..sorry to say, u've been tagged..kalau rajin buatlah..hehe

alif.fa.ya.qof.ha said...

Buat ibnu abas,

Terima kasih atas penerangan serta nasihat yang bermanfaat.

Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah,kecuali hanya orang-orang kafir.

Ameen.Ameen.Ameen buat doanya.

Salam muhasabah diri,sahabat~

alif.fa.ya.qof.ha said...

Dengan izinNYA ukhti.
Memang saya sedang dekatkn diri dgn mesin jahit dan mesin kek sekarang. :p

Adehhh.ukhti cahaya kemuliaanku...
Sesungguhnya...selepas membaca nurul izzati, amat berat buat diri ini memenuhi kehendak yang dikehendaki.
He3.
Rehsia2 sulit kerajaan sukar buat saya dedahkan. ^-^

Apa-apapun kak,ni buat kita bersama:
Sesungguhya nikmat besar yang harus dijaga adalah ketika kebaikan itu memenuhi jiwa dan membahagiakan hati.

Rindu dia selamanya~

(=