June 13, 2008

Mahabbah dan Mawaddah.


Katakan kepada mereka dan berkali-kali kepada diri bahawa memang perasaan itu sudah menjadi lumrah, jadi memang kita tidak dapat mengelak daripadanya…akan tetapi cinta, kasih dan sayang itu datang dan pergi. Ia boleh pergi dengan hadirnya cinta hakiki dariNya yang Maha Kudus.

Jika belum mampu terbang tinggi, berehatlah seketika di dahan rendang. Kutip segala ilmu dan bekalan hati. Jika dia yang terbaik, pasti 2, 3 atau 4 tahun lagi mahupun lebih pasti kan bertemu lagi dengan syarat kita berdoa agar Allah jua memeliharanya sehingga kita mampu mendekatinya. Dua, tiga tahun tidak lama apalagi jika diisi dengan pencarian ilmu untuk dunia dan akhirat.

Jika tidak, ingatlah pesan ustaz tadi,

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga.
Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.



Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh
lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3).

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan. Ingatlah, cinta itu ibarat api. Ia boleh menjulang tinggi dalam kelajuan yang tidak berkadaran secara normal dan akhirnya boleh membakar pencetusnya. Wallahualam.

Kata2 ini buat ingatan anak-anak remaja Ummi juga dan pastinya bagi insan yang telah bertemu cinta fatamorgana di dunia yang fana ini, pencarian cinta yang hakiki tak pernah lenyap dan perlu disuburi setiap masa agar cinta yang sifatnya boleh datang dan pergi itu sentiasa terpaut, kerana itulah cinta hakiki datang, bakal memandu kita menemui redhaNya. Wallahualam fissawab. Buat ingatan diri ini yang selalu amat leka dan alpa. Tuhanku peliharalah diriku ini dari segala yang melalaikan. Amin.

Buat diri: Jika belum mampu terbang tinggi, berehatlah seketika di dahan rendang.

2 comments:

firusfansuri said...

"Jika belum mampu terbang tinggi, berehatlah seketika di dahan rendang."



Sayap-sayap ini perlu cukup kuat dan bertenaga, menempuhi perjalanan jauh menguji batini, melangkaui selirat ujian dan ribut dugaan ini.

Semuanya,
kerana~Nya, untuk~Nya, dan menuju~Nya,
sahabat.

Dituntutlah supaya
terpenuhi keperluan
(ilmu dan amal),
diluangkan masa supaya
tercapai kematangan
(dengan ujian),
akhirnya
didewasakan dengan
(meredhai dan melaksana, sesuai) Kehendak~Nya.

___.


Ya Ilahi Rabbi,
suluhkan cahaya~Mu,
bekalkan kekuatan~Mu,
mohon lindungan~Mu.

Izinkan kami,
yang bersungguh
ingin terbang tinggi..
menggapai~Mu,

dan mencicip manis di awan biru
lalu mengongsi Cinta di bumi~Mu.

___.


"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan ke atas kami, bebanan yang berat; sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tiada terdaya kami memikulnya.

Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.

Engkaulah Penolong kami; maka bantulah kami meraih kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

(al-Baqarah:286)

alif.fa.ya.qof.ha said...

Ameen...ameen...ameen...
Buat doanya, sahabat.

Begitu juga dengan dirimu nak, tatkala badai kehidupan bergemuruh, gunakan sayap sabar, sayap tawakal dan sayap Alhamdulillah.

Kau juga harus menjaga dirimu agar selalu ingat kepada Sang Pencipta Badai.

Karena ketika badai kehidupan terjadi, sadarilah bahwa itu adalah anugerah yang diberikan Tuhan kepadamu untuk mengangkat dirimu ke tingkat kehidupan yang lebih tinggi.


Jazakallahu khairon kathira
, sahabat.

Mudah-mudahan, sahabatmu ini dapat manggunakan sayap-sayapnya sendiri dengan bijak, ketika badai bergemuruh.

Ya Rabb~