
Teruskanlah berperang. Berperang mencapai citra hidup. Sehingga satu saat kau memenanginya. Dan kalau rezeki itu tidak memihak kepadamu, mungkin ada yang lebih baik menunggumu. Atau impian yang kau mahu itu, bukan yang terbaik untuk dirimu.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu, tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, sedangkan itu baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan itu tidak baik bagimu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”.AlBaqarah 216.
Usaha. usaha dan teruslah berusaha. Doa dan tawakkal kemudiannya. Oh ya, duha juga jangan lupa. Janji Tuhan bukankah benar? Rezeki tak tersangka, insyaAllah meriba jua.
“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu mengikut perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperolahi kebenaran”.AlBaqarah 186.
Paling penting. Redho dengan semua ketetapan sang Maha Segala. Bukankah kita ini hamba. Hamba bak duli yang sentiasa mengharap ehsan Tuhannya.
* Duli - debu
~~~~~
Biarkan mutiara-mutiara jernih itu keluar.
Terima kasih tidak terhingga....ibu dan mereka yang sentiasa ingatkan saya.
No comments:
Post a Comment