Satu.
Cuba teka. Apa benda orang yang jual tak mahu pakai, orang yang beli pun tak mahu pakai dan orang yang pakai tak tahu dia sedang memakai?
Saya bertanyakan kepada sepuluh orang teman. Enam yang bagi respon. Dua jawapan yang hampir tepat. Dua lagi masih meneka. Dua lagi, memberi jawapan yang membuatkan saya tergelak sendirian dan selebihnya, mendiamkan diri.
Dua.
Saya kemudi hati bersendirian. Tentang merancang hidup untuk mati. Entahlah. Tiba-tiba rasa takut pula untuk ke dunia 'baru' tu. Ramai yang hanya ingin menjadi 'pembuat' dan 'pembeli' (walaupun tidak semua berkesmpatan berbuat demikian). Realitinya, walaupun semua berkesempatan menjadi 'pemakai', seolah-olah tidak ada sesiapa yang mengingininya.
Saya ingatkan diri lagi...tentang kubur, boleh jadi mukadimah taman-taman syurga. Boleh jadi juga, gerbang untuk jurang-jurang neraka. Na'uzubillah.
Ingatkan saya selalu tentang bahaya dunia yang indah ini.
Tiga.
Selepas kenduri arwah paklang, saya lepak bersama ANIS. Pengalaman menaiki van jenazah bersama haruman syurga dengan disertai arwah paklang, amat saya hargai,syukuri. Rasa keseorangan bila yang utama dan yang mulia serta Mal tidak berkumpul bersma kami. Tetapi...alhamdulillah. Kesemua adik-beradik sepupu saya berkumpul...sebagai memberi penghoramatan terakhir buat bapa saudara kami.
Empat.
Terimas buat kak mariam kerna mengahantar teka-teki itu kepada saya. Buat keluarga paklang...semoga tabah dalam meneruskan kehidupan.
Sangat saya syukuri dengan nikmat yang saya perolehi.
Ya Allah. Jangan sesekali hambaMu ini berputus asa dengan rahmatMu dan jangan juga, bersangka buruk dengan apa yang telah Engkau tetapkan buatku. Ameen.
p/s: Salam saling du'a-mendu'akan.
4 comments:
Assalamualaikum,
terima kasih.
Wassalam ya saudari mashitah. :)
Salam perkenalan dan salam ukuwah. ;)
Maaf...terima kasih kerna apa ya?
tau.
kain kapan kan?
tp org nak pakai.nk sgt pakai.he
(tp xde lak yg nak tolong belikan.he!)
Hehehee.
Lambat...lambat~
Betul juga sis, tapi jawapan saya, keranda.
Erkk...
tp xde lak yg nak tolong belikanPasti ada sis, kita je yang tidak tahu siapa yang akan belikan.
Ingatkan sye selalu sis.
Post a Comment