
Tidur awal. Selepas sejam bangun daripada tidur, saya duduk di hadapan monitor. Dua jam kemudian, saya bergerak menyiapkan kerja-kerja saya sehingga azan subuh berkumandang.
Cerita tentang anak mudah yang gigih oleh kak Sarah, berjaya menawan hati saya. Seorang yang bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-citanya cuma kepincangannya telah dirawat oleh kak Sarah.
Dan, Anggaplah kematianmu pada hari ini. Dalam diam, si soleh itu telah mengingatkan saya agar terus berkerja.
Juga...sang pelangi menyarankan agar tinggalkan 'cuma', jauh-jauh dalam Aku cuma seorang anak muda. Biar saya jangan terlalu asyik mejadi orang muda. Sedangkan orang muda, memikul amanah yang sangat berat.
Kerja saya berjaya di siapkan selepas waktu subuh. Perancangan yang tiba-tiba dan saya memang mudah dipengaruhi oleh dunia maya ini.
Ketika iman 'down', yang utama dan yang mulia sibuk dengan kerjanya. Apa yang saya akan lakukan untuk memperbaiki iman dan juga memotivasikan diri? Selain daripada, mendekatkan diri dengan Yang Memberi rasa pahit-manis kehidupan?
Alam maya penawarnya, alam maya ini juga adalah jawapannya. Bersyukur saya bila DIA temukan saya dengan mereka yang indah-indah akhlaknya (mudah-mudahan) serta tanpa disedari, dapat ingat-mengingati antara satu sama lain.
Sehinggakan ada teman-teman di dunia sebenar bertanya pada saya,
"Eh. Macam mana kat internet. Kamu boleh dapat kawan-kawan yang baik?
Pertanyaan itu membuatkan saya berfikir dengan sebaiknya.
"Niat.
Jawapan saya buat teman itu. Iya...memang bergantung pada niat kita bila ber'online' Tapi, jawapan nakal saya buat teman tadi,
"Barangkali saya seorang yang baik!
Okey...dengarkan pula nasihat Ummusaif tentang bahana internat. Memang sudah maklum ramai yang sedar akan tentang dunia ini, saja saya berkongsi tinta suri Abusaif.
Kadang-kadang saya sedar, teman-teman di dunia maya ini kuat pengaruhnya berbanding di dunia realiti. Alhamdulillah. Tapi ayat biasa saya...saya yakin setiap pertemuan biasanya akan saling-melengkapi antara satu-sama lain. Itukan kerja Tuhan.
Saya tinggalkan kata-kata Fudhail 'Iyad:
"Kalau Tuhan mencintai hamba-Nya, Allah akan membuatkan ia menderita, dan kemudian jika Allah mencintainya, Allah akan mengusainya tanpa keluarga juga tanpa harta.Selamat meneruskan kehidupan!
2 comments:
"Barangkali saya seorang yang baik!
barangkali mmg benar. 'yg pemurah lg berpengetahuan' seorang yg baik, kerna itu DIA temukn dgn mereka2 yg baik agar 'yg pemurah lg berpengetahuan'tetap n terus menjadi org baik2. kalaupun ditemukn dgn yg kurang baik, itu untuk mengingatkan agar'yg pemurah lg berpengetahuan' mengambil pelajaran n peringatan dr pertemuan itu.
tiada yg sia2 dr penciptaan-NYA. kadang2 kita akan dapat kebaikan dr sesuatu yg kita nmpk buruk, tp xjarang uga kita dpt keburukan dr yg kita namapak baik.
he.menyibuk n menyibuk lagi. pliz dun angry ya. ;=P
p/s: aduhai...mohon dibuang 'jb' tu leh sis? rasanya lebih senang di hati ini andai mereka2 tidak tahu di mana org berada.he. mohon ye...mohon sangat ;=(
I'ya...semuanya barangkali. :)
Baik! Terimas sekali lagi atas ingatannya.
Buat kita bersama sis...
Sekan mega terbentang berpandar semu,
Mahligai biru meliputi hati yang merdeka,
Jangan memikirkan kebencian seseorang terhadapmu,
Jagalah hatimu dari benci terhadap mereka.:)p/s: Okey-okey sis...semuanya akan teratur kembali. Maaf, kerna buat dirimu gusar. :D
Post a Comment