Lagi cerita tentang pelajar perlu dirotan guru oleh guru jika ada masalah disiplin. Bagi saya...ibu bapa yang perlu merotan pelajar(anak-anak) terlebih dahulu sebelum guru. Sebelum itu, yang menulis entri ini, bukanlah seorang guru tetapi seorang pelajar(akan sentiasa menjadi pelajar) dan juga bukan seorang ibu (sedang bersiap sedia ke arah itu) tetapi seorang anak.
Kena rotan.
Antara cara didikan ayah saya ialah rotan. Memang masa saya kanak-kanak, rotan sudah tidak asing bagi saya. Bukan apa, jika ada kesalahan yang dibuat, pasti balasannya ialah rotan yang ayah beri. Ayah saya bukan gila untuk merotan anak-anaknya sesuka hati. Dan, tidak pernah merotan saya dengan mengikut hawa nafsunya tetapi ayah sentiasa waras ketika menghukum kami.
Ketika sahur di bulan Ramadhan. Ayah akan pastikan kami akan makan berjemaah. Nak tak nak, anak-anak kena bangun sahur...jika tidak, rotan sebagai pangganti sahur. Pernah sekali (sedang belajar puasa), saya sudah duduk sebelah ayah. Tetapi mata saya sedang pejam. Tiba-tiba, "Zasss'!" sipi lagi saya kena, ayah merotan simen sebelah saya. Memang terpaksa sahur juga. Cerita ayah tentang nikmat sahur kurang saya peduli, nikmat tidur lebih saya harapkan.
Bila sudah sedikit berilmu, hidayah Allah turun...saya berubah. Sudah mula mudah bangun sahur dan saya sendiri, wajib bersahur. Semasa di asrama, roti dan air kosong menjadi santapan dan saya perlu terhegeh-hegeh mencari pahala buat bekalan di'sana'.
Terima kasih, ayah.
Sampai bila?
Saya tidak ingat bila ayah mula tidak memberi rotan sebagai hadiah buat kami. Tetapi, sangat yakin...darjah tiga(atau empat) memang saya dah tidak di rotan. Ayah guna pendekatan lain yakni bersuara sahaja jika menegur saya.
Marah dan sayang.
Bohong la jika saya cakap, saya tidak marah akan ayah asbab merotan saya (perasan rasa diri saya betul). Mesti ada perasaan itu. Ayah pandai mengambil hati kami selepas kami kena rotan, ayah yang mulakan kembali bicara dalam keadaaan biasa. Ayah lebih kenal anak-anaknnya (saya akan diam, kadang-kadang sehari tidak bercakap,selepas kena marah!) Tetapi,marah saya tidak akan lama walaupun tempat kena rotan itu akan saya ingat. Siapa saya untuk menyimpan perasaan itu terhadap ayah?
Sekali lagi...bila sudah sedikit berilmu, hidayah Allah turun...saya cuba faham kenapa ayah rotan saya. Tidak pernah saya tinggal mendoakan buat ibu ayah usai solat setakat ini(alhamdulillah). Perasaan sayang semakin menebal. Sentiasa berusaha menggembirakan ibu ayah kerna sedar diri ini tidak mampu membalas jasa mereka.
Terima kasih, ayah.
Sebagai pelajar.
Saya rasa lebih baik kena rotan oleh ayah atau ibu di rumah berbanding di sekolah. Lagi malu seh...depan teman-teman, cikgu-cikgu kena rotan.
Masakan akan kena rotan di sekolah jika di rumah sudah merasainya.
Doa ibu ayah amat perlu kerna ia penuh makna.
Terpulang...
Pastinya cara didikan setiap ibu ayah buat anak-anak berlainan. Satu bonus yang Allah beri bila anak-anak mudah di bentuk, di corakkan tidak perlu dirotan (begitu juga buat si anak, ibu bapa tidak pernah merotan anda, patut bersyukur). Tetapi jangan lupa yang kita sentiasa layak diuji.
Doa ibu ayah sangat penting buat anak-anak berjaya dunia,akhirat.
Saya bersyukur mendapat ibu dan ayah.
Mula faham.
Usia semakin bertambah...saya semakin faham kenapa ayah dan ibu buat itu,ini pada saya dahulu.
Faham juga...kenapa orang-orang dulu mengatakan susah jaga anak perempuan walaupun seorang.
Faham...bukan mudah untuk membentuk manusia tetapi ia mudah dalam membentuk orang.
Banyak perkara yang semakin saya faham akhir-akhir ini.
Tetapi...saya rasa tidak best menjadi orang dewasa.
Salam manfaatkan masa lapang dan saat muda.
3 comments:
salam
moga2 kefahaman itu, buat sedikit smangat untuk kita terus hidup.
haha. sy pun rs xbest jd dewasa.ms kecik, sy rs xbest jd bdk kecik, bila da besa rs xbest jg (tp xpikir lak best if da tua nnt.he)so masa bila lak best ek.em, mgkin perlu trima smua keadaan seadanya kan.
maaf, sy menyibuk lg. ;=)
smoga cik slalu dlm perlindungan n rohmat ALLAH.
Salam,
Makasih kerana berkongsi, sahabat.
Apapun, hidup ini punya sejarah sendiri.. tentang rotan, punya pendapat sendiri, kerana pernah mengalami pahit derita yang tak tampak mata.. hikmahnya, moga terbit nanti.
Teruskan menulis.. mutiara-mutiara lahir dari perenungan yang mendalam, butir kata yang mudah dan dalam ertinya.. mengungkap kebenaran yang sebenarnya mudah ditangkap jiwa yang sedar akan Dia.
sebarkan hikmahnya, buat jiwa-jiwa yang kering dari makna.
Sahabat,
Mudah-mudahan Allah membuka pintu pengertian, hingga segala kepahitan bertukar menjadi kemanisan.
Tak semestinya kebaikan datang dari nikmat, tak semestinya keburukan datang melalui musibah.
Dia Maha Tahu, Maha Bijaksana.
Kenali diri, kenali Dia.
Lihatlah Dia dalam segalanya,
setiap sesuatu pasti menjejak pada-Nya.
Dialah Mahaawal, Dialah Mahaakhir.
Masa muda, masa dewasa, masa tua..
moga tampak jelas pemenuhan kehendak-Nya yang agung, pada cermin hati kita. bukan kehendak kita, yang penuh salah faham dan silap sangka.
Belajar meredhai-Nya.
Salam berjuang, sahabat.
Maaf ya, sungguh byk berkias kali ni.. tanpa sbb yg pasti.
:)
--->Saudari rkukaudya. (nama yang membuatkan saya berfikir apa ertinya)
:)
Hehehe.Setuju dengan apa yang saudari katakan.
Barangkali mungkin disebabkan tanggungjawab, menjadikan saya rasa menjadi orang dewasa itu tidak best. Amanah semakin berat, sejak akhir-akhir ini.
I'ya...kena terima semua keadaan dengan hati yang terbuka, terimas atas ingatannya saudari.
Jazakillah atas du'anya dan sudi bertandang di sini.
---> Sahabat.
Allahu Allah. Jazakallah atas kiasan-kiasan yang bermakna. Ia...memberi impak yang besar kepada diri ini.
Acap kali diri ini lupa akan janji2NYA.
Insya Allah...sentiasa berusaha untuk kenali diri bagi mengenal akan DIA.
Terimas sahabat, sungguh banyak berkias kali ni...barangkali ingatan buat diri yang menulis dan yang menerima.
:)
Post a Comment