May 05, 2009

Solat.

SATU.

"Lama kamu solat kak", kata dia.

Balas saya..."Maaf Mal!"

Sebenarnya saya memang ada masalah sedikit jika bersolat di luar rumah.
Mereka yang menanti saya pasti akan sedikit gusar, kerna lamanya saya bersolat.

Maafkan saya.
Entah mangapa dan sehingga saat ini, saya masih berusaha untuk menjaga hati mereka yang keluar bersama saya kerna kelewatan saya. Pelbagai alternatif yang saya buat.

Maaflah...kadang-kadang solatnya cepat,bersiapnya lama.

Tapi...memang saya sedikit menggelabah jika ada yang menanti saya bersolat.

Nota: Tenang-tenang Mal.

DUA.

Usai mengikuti satu program. Saya merindui wajahnya yang manis itu.

"Ana malu!"

"Malu? Kenapa ukhti?"

"Saat fesi bertanya, " Parents siapa yang tidak mengajarnya solat, angkat tangan!" Ana angkat. Tapi macam semua orang kat situ bohong! Dalam tiga orang je yang angkat tangan waktu tu."

Saya bungkam.

Apa yang berlaku. Ukhti di hadapan saya, bukan calng-calang orangnya. Ilmu, sentiasa dia tagih, percakapannya membuatkan mereka yang mendengar berfikir. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki akhlak dan berusaha menjaga solatnya!

Maafkan mereka yang melahirkan dan membesarkan kamu ukhti. Pastinya kedua orang tuamu, mahu melihat anak-anak mereka, menjadi lebih baik daripada mereka. Tahniah kerna berjaya hingga ke saat ini. Ingatlah...kita bukannya seorang anak yang sempurna, begitu juga mereka. Tetapi kita semua sentiasa berusaha untuk menjadi sempurna. Moga-moga, kamu menjadi seorang bonda yang baik, kelak.

Nota: Jealous membaca du'a Abusaif. Ameen untuk du'anya.

TIGA.

Ada kelas tambahan yang perlu saya hadiri selepas tamat waktu persekolahan (ketika di tingkatan lima).
Saya perlu menaiki bas awam, kerna sudah terlepas bas sekolah.
Perjalanan dari perhentian bas ke rumah mengambil masa lebih kurang tiga puluh minit. Dalam keadaan panas terik, saya perlu berjalan pulang.
Teman sepanjang perjalanan saya ialah Malar. Kami tinggal di taman yang sama tetapi jalan yang berlainan.

Mestilah sebelum pulang ke rumah saya perlu solat zohor terlebih dahulu di surau sekolah. Jika tidak, saya perlu bermujahadah untuk mendirikan solat setelah penat berjalan.

"Maaf lambat, Malar. Terima kasih sebab tunggu saya" kata saya, setelah bersolat.
"Tak pe." balasnya sambil tersenyum.

Kami sepakat untuk pulang bersama dan Malar duduk di kantin dan menunggu saya bersolat. Hampir setiap hari, saya pasti akan mengungkapkan ayat yang sama begitu juga dengan Malar.

Sehinggalah satu hari...ayat yang sama saya ucapkannya cuma, Malar yang sedikit berbeza balasannya.

"Ada ke orang yang berjumpa dengan Tuhan-nya sekejap?"

Soalan Malar membuatkan saya diam.

Situasi lain...

"Kita keluar malam nak? Lepas kamu sembahyang Mahgrib. Okey?", pesan Kim.

Saya, "Okey! Jumpa kat pekan, nanti."

Nota:Rindu untuk keluar dengan teman-teman yang belum Islam.

EMPAT

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."
(Surah Ibrahim:40)

"…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran."
(Surah Al-Ankabuut:45)


Muhasabah diri,wahai diri.

4 comments:

rkukaudya said...

salam ziarah ;=)

alif.fa.ya.qof.ha said...

Terimas atas singgahannya.
Salam ziarah kembali.

:)

firusfansuri said...

BEGITU ENGKAU BERSUJUD

Begitu engkau bersujud, terbangunlah ruang
yang kau tempati itu menjadi sebuah masjid
Setiap kali engkau bersujud, setiap kali
pula telah engkau dirikan masjid

Wahai, betapa menakjubkan, berapa ribu masjid
telah kau bengun selama hidupmu?
Tak terbilang jumlahnya, menara masjidmu
meninggi, menembus langit, memasuki
alam makrifat

Setiap gedung, rumah, bilik atau tanah, seketika
bernama masjid, begitu engkau tempati untuk bersujud
Setiap lembar rupiah yang kau sodorkan kepada
ridha Tuhan, menjelma jadi sajadah kemuliaan
Setiap butir beras yang kau tanak dan kau tuangkan
ke piring ke-ilahi-an, menjadi se-rakaat sembahyang
Dan setiap tetes air yang kau taburkan untuk
cinta kasih ke-Tuhan-an, lahir menjadi kumandang suara adzan

Kalau engkau bawa badanmu bersujud, engkaulah masjid
Kalau engkau bawa matamu memandang yang dipandang
Allah, engkaulah kiblat
Kalau engkau pandang telingamu mendengar yang
didengar Allah, engkaulah tilawah suci
Dan kalau derakkan hatimu mencintai yang dicintai Allah,
engkaulah ayatullah

Ilmu pengetahuan bersujud, pekerjaanmu bersujud,
karirmu bersujud, rumah tanggamu bersujud, sepi
dan ramaimu bersujud, duka deritamu bersujud
menjadilah engkau masjid


Emha Ainun Najib, 1987

alif.fa.ya.qof.ha said...

Bukan apa sahabat, memang ada hamba-hambaNYA yang tidak bersolat kerna mimikirkan make upnya yang sukar di touch up usai solat nanti. Kadang-kadang, susah la nak pin-pin tudung.
Entahla~
Peringatan buat diri juga.

Terimas atas perkongsian Begitulah Engkau Bersujud yang indah.
:)

Payah-payah mencari bilah,
Bilah ada di dalam buluh,
Payah-payah mencari Allah,
Allah sangat dekat dengan tubuh.

Syeikh Muhammad Hasyim al-Khalidi Q.S