August 07, 2009

Waktu senggang.

Terkejut saya ketika mebaca komentar seorang pembaca ni. Mengenai FT. Bukan Faizal Tahir tetapi Faisal Tehrani.

Baru-baru ni (semasa ambik Hadiah Sastera Islam XII) saya jumpa Fadh Radzy. Alhamdulillah,
taklah sombong macam Faisal tu, memang tak mau
tegur langsung. Adakah jurang antara penulis TUA
dengan penulis Muda? (Tak patut).


Tulisan FT. Amat saya minati. Tetapi, bila dah besar sedikit, baru saya faham dan kenali ramai orang yang tidak membaca atau gemari tulisannya.I'ya saya setuju, selera masing-masing. Saya terima itu.

Bacaan zaman kanak-kanak saya ialah buku siri penyiasat. Siri tiga penyiasat amat saya gilai. Siri-siri lain juga begitu, masih saya simpan dalam koleksi.

Masuk sekolah menengah. Baru saya berjinak-jinak dengan dunia sastera. Banyak masa melepak di perpusatakaan sekolah (saya bukan seorang ulat buku), membuatkan saya terjerumus dalam bacaan sastera. Cerita sastera pertama yang saya baca ialah Pei pan. Bulat mata seorang teman ketika melihat saya berkepit dengan Pei pan. Kerna pada masa itu, teman-teman sekolah, sedang hangat dengan novel-novel cinta.

Jujurnya, saya pun ada membacanya. Meminjam daripada mereka (nak beli, rasa satu pembaziran yang maha besar). Saya tidak ingat novel apa yang saya mula baca. Ombak rindu , Pergilah sepi, Jendela hati, dan Setia menanti antara novel yang sempat saya baca.

Jika di tanya novel-novel itu berkenan apa, siapa wataknya, bagaimana jalan ceritanya. Sungguh, saya sudah lupa. Tetapi saya menghormati mereka yang memiliki koleksi novel jenis ini.

Tingkatan empat. Saya ke pesta muda-mudi (baca: pesta buku) bersama kakak sepupu. Mengajaknya untuk melihat novel-novel yang digilai oleh teman sekolah. Dia menuruti kehendak saya. Pulang. Dia bertanya, "Kenapa baca cerita macam tu? Tak buang masa ke?". Saya diam.

Dia memberi saya 1515 sebagai ganti. Tulisan FT pertama yang mula saya hadam. Kemudian, mulalah saya jatuh hati dengan tulisan-tulisannya.

Bermula dari situ, makin dekat diri saya dengan dunia sastera. Juga, tidak rasa membazir untuk melaburkan pitis agar bermanfaat untuk waktu senggang saya.


Nota 1: Merayakan waktu senggang.

Nota 2: Rawa, sudah berada dalam tangan. Belum sempat menikmatinya.

Nota 3: Sangat bersyukur dengan apa yang diberiNYA.

4 comments:

firusfansuri said...

Sahabat, makasih kerana berkongsi perjalanan sebagai seorang penilik sastera yang cilik. :)

Nak berkongsi jua, izinkan diri mengimbas:

**

Saya juga peminat cerpen & novel FT, dengan seleksi tertentu. Novel 1515, 1511H Kombat, TTD, Advencer, Surat-surat Perempuan Johor dan Detektif Indigo itu yang paling mengesan di hati.

Fahd Razy, cerpen-cerpen awalnya dan puisi-puisinya saya simpan hingga kini.

Masa kecil, saya peminat Siri Hadi. Kesemua 42 judul saya kumpul selengkapnya, sekarang sudah disumbang ke pondok ilmu di sebuah kampung di Merbok, Kedah.

Pernah meminati siri novel Kenari terbitan Edusystem, yang mana fiksyen sainsnya membina imaginasi seorang pencinta sains juga.

Tak ketinggalan novel-novel remaja tentang kepahlawanan, sejarah Melayu, dan sebagainya. Turut jadi hadaman. ;)

Berlalu masa, bacaan pada karya-karya thriller Ramlee Awang Murshid pula jadi santapan - siri Tombiruo, A.D.A.M, dll.

Minat pada sastera dirintis abah, yang mencadangkan buku Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, seingat diri tahun 1998.. tajuknya, 'Kasut Hitler'. Kemudian jadi pengumpul buku Hadiah Sastera Utusan. :)

Berbanding cerpen dan novel, diri lebih cenderung pada puisi, berminat dengan karya dua sasterawan, SN Allahyarham Usman Awang dan SN A. Samad Said. Juga mengumpulkan antologi dan kumpulan puisi. Yang terbanyak kini puisi-puisi A. Samad Said.

Pernah juga mengumpul majalah Dewan Sastera setiap bulan sewaktu sekolah rendah, harga senaskhah hampir RM 5 (agak mahal dengan kemampuan sebagai pelajar sekolah rendah ketika itu.) Setelah hampir berbelas naskhah terkumpul, suatu hari semuanya hilang begitu saja - abah membuangnya diam-diam, tanpa alasan! Kecewa~

Turut dibuang, kesemua sisipan sastera yang dikumpul minggu demi minggu dari Mingguan Malaysia. Bertambahlah lara.

Duka pada alam sastera buatkan diri pendamkan minatnya selama alam persekolahan menengah. Lama.

Namun minat itu timbul kembali selepas bermesra dengan dua karya FT, 1511H Kombat dan Tunggu Teduh Dulu.

Sekarang cuba mempelbagaikan lagi bahan bacaaan.

Mulai karya-karya seperti puisi kerohanian, cerpen-cerpen bermesej, dan novel-novel bermutu.

In sya Allah, perancangan masa mendatang, jika diizinkan-Nya - setelah puas membaca, tiba masa untuk menulis juga.

:)

alif.fa.ya.qof.ha said...

:D

Gembira mendengar cerita daripada kamu, sahabat.

A'haa...Siri Hadi, ada juga yang saya ikuti. Sedikit sedih dengan tindakan abah kamu, tetapi sekarang tidak cuba bertanya padanya kembali dengan nada yang lebih santai mengapa dia buat begitu? ;)

Saat ini, Allah ganti dengan lebih baik bukan, walauapapun alasanannya dan tahniah ya sahabat kerna sabar menanti.

Iy'a, zaman sekolah...semuanya terasa mahal. Berfikir banyak kali juga, jika hendak keluarkan ongkos. :P

1511H-Islam akan begitu nanti pastinya(ameen). Tentang TTD, sangat menyentuh jiwa dan saya rasa amat bersykur dapat menikmatinya.

Ameen.ameen.ameen buat cita-citanya. Nanti kirimkan berita jika tiba masanya. :)

Nah sahabat. Daripada A.Samad Said, nasihat buat FT.

p/s: Terlakarnya peta hidup ini.^-^

firusfansuri said...

:)

Terkesan pesan Pak Samad di Masjid Negara selepas solat Jumaat. Makasih kerana mengingatkan, sahabat.

FT : Saya mahu belajar menulis, apa perlu saya lakukan?

Pak Samad : Ada lima perkara. Yang pertama membaca, yang kedua membaca, yang ketiga membaca, keempat membaca, kelima menulis.

FT : Kalau yang kelima itu membaca, macam mana?

Pak Samad : Ia jadi pembaca. Kalau yang kelima menulis, barulah jadi penulis!

;)

**

Sahabat,
Amiin, atas segala doa yang baik-baik, buat sesama kita, saudara-saudari seiman semua.

Jazakillahi khairan jaza'.

**

Terlakarnya Peta Hidup Ini (ii)

Allah Mengetahui lakaran-Nya atas peta kehidupan, sebagaimana mesti dan mutlak-Nya.

Dia Maha Baik,
Maha Tahu apa yang terbaik.
Kerana Yang Maha Baik
lagi Maha Mengingini
memegang pena lakaran ini.

Layaknya,
Akrabilah sang hamba ini
kepada Raja Diraja;
moga kehendak-Nya
menjadi kehendaknya, pasti.

Baharu terjamin bahagia,
dalam semua,
sebelum-selepasnya,
awal-akhirnya,
selamanya tak tertinta.

'Abdi berharap terlakar abadi
dalam peta-Nya, indah hakiki
justeru indah di Penglihatan-Nya,
itulah indah, di mata hati.



**Alhamdulillah wa syukran,
ruangan ini mengilhami.. :)

Salam Ramadhan dari kami.
Ramadhan Mubarak, ya sahabati!

=)

alif.fa.ya.qof.ha said...

^-^

Dengan izinNYA,sahabat.
Alhamdulillah.

Moga-moga, apa yang ada dikongsi bersama buat bekalan.

Salam ramadhan kembali buat kamu berdua ya.

:)