November 14, 2009

Kerosakan di permulaan.

الفترة بعد المجاهدة : من فساد الابتداء

“Kelesuan selepas bermujahadah adalah kerana kerosakan di permulaan.”

al-fatratu ba’dal mujahadah min fasadil ibtida’



Pagi-pagi lagi saya telah berjumpa dengan ayat di atas. Lama. Saya berfikir apa erti disebaliknya. Akhirnya, saya buat keputusan untuk mencarinya.



Simptom-simptom

Dalam sepanjang minggu yang lepas ini, saya kerapkali merasakan lemah semangat, malas, terlalu sensitif dan lesu.

Ia membuatkan saya menjadi emo secara keseluruhannya walaupun saya masih lagi cuba untuk menyembunyikan perasaan itu daripada diketahui ramai dan daripada membantutkan gerakan tarbiyyah dan da’wah saya.

Perasaan yang saya rasa itu, cukup-cukup berbisa. Terasa hingga ke urat saraf otak saya dan menjalar ke seluruh muka, ke kerongkong, lengan dan kaki dan secara lahiriyyah dan batiniyyah-nya melumpuhkan seluruh anggota tubuh badan saya.

Saya tak suka perasaan itu.

Saya langsung tak suka.

Namun, apa kan daya walau bermacam-macam telah saya lakukan untuk berpisah dengannya, perasaan itu tetap lagi setia mencintai diri saya ini.

3 benda yang saya cari, Quran, duduk bersama orang yang soleh dan menyolehkan, dan munajat dalam solat berhasil menghilangkan perasaan itu, tetapi untuk kadar yang sekejap saja.

Saya syak ada sesuatu yang tak betul.

Tapi malangnya, saya tak berjaya ketemu punca utamanya.

Ia membuatkan saya menjadi lebih sedih. Dan emo.


Mujahadah Cinta


di sini bermula segalanya…


Sampailah saya disampaikan pada satu tahap, di mana saya diberi peluang untuk membuktikan semangat jihad dalam diri saya.

Saya ditawarkan untuk mengikuti mukhayyam di Gunung Nuang.

Walau pada hakikatnya, saya sememangnya sedar bahawa mukhayyam itu tak sampai secubit pun daripada masam-manis dan pahit ralit peluh dan darah da’wah baginda tercinta, [dan ia juga turut sama dipersoalkan oleh Izudin] namun ia tetap a big thing bagi saya.

Dihimpit dengan perasaan malas dan tak semangat langsung dalam emo saya, pilihan harus saya buat meski saya harus memaksa diri saya untuk melakukannya.

Rasa berat hati dan berat badan cuba dibuang jauh-jauh sebab saya sedar ia adalah sebahagian daripada proses pentarbiyyahan diri saya untuk melengkapkan kekurangan yang ada, untuk menyiapkan saya dalam jalan da’wah dan jalan jihad ini.

Rasa tanggungjawab akan pentarbiyyah diri sendiri dan pentarbiyyahan dan proses perapatan ukhwah bersama anak-anak usrah yang bersemangat akhirnya menundukkan rasa malas dan manja saya.

Walau saya pernah berkata pada anak usrah saya, dalam nada ala-ala memujuk dalam gurauan dan sedikit tegas dalam senyum terkelat-kelat saya yang sedang emo;

“Kalau enta tak datang, ana pun tak nak datang tau.”

Alhamdulillah, mereka mengingatkan balik saya;

“Kalau enta tak datang, then naqib enta pun tak datang. Semua pun tak jadi datang.”

Maka saya sedar saya harus paksa diri saya ini.

Saya tahu saya harus lakukannya walau dalam apa jua keadaan saya.

Hilang Sudah Semuanya


Mungkin berkat zikir alam yang berterusan, sampai saja saya di campsite Gunung Nuang, saya rasakan satu kelapangan yang menakjubkan sekali. Kelapangan dada yang tiada tara.

Subhanallah.

Saya baring terlentang di plastik yang dihamparkan di bumi, tangan kiri mendakap dada, dan tangan kanan bebas di lantai bumi sambil melihat kehijauan pohon dan kebiruan langit luas.

Tenang segalanya.

Saya tarik nafas dalam-dalam dan hembus seiring zikir kepadaNya yang telah melapangkan dada.

Alhamdulillah.

Perasaan tak senang hati yang saya alami menghilang sudah.

Dan di kala saat menjelang pulang, saya tak dapat menahan untuk berlari-lari keriangan sekali bersama dengan Akmal yang energetik saat menuruni Gunung Nuang itu.

Satu relieving feeling yang menakjubkan.

Saya tak berdaya menahan senyum seluas-luasnya dalam kesyukuran saya kepadaNya.

=D

Muhasabah Cinta



Sewaktu saya menjaga campsite di Gunung Nuang [saya tak mendaki ke puncak], saya sempat berbual-bual dengan Azim, seorang ikhwah daripada Nottingham University.

Perkongsian pengalaman saya dengannya sepanjang kami berada dalam jalan da’wah dan tarbiyyah ini membuatkan saya sedar punca ke-emo-an saya.

Saya terlalu tergesa-gesa dalam da’wah.

Dan ini berlaku sekembalinya saya ke rumah seminggu yang lalu. Da’wah yang saya cuba buat selama ini kepada ahli keluarga saya, seakan tak menampakkan hasil dan pernah at one point membuatkan saya kecewa.

Saya jadi penat buat kerja da’wah itu. Hingga membuatkan saya terhenti seketika dari bergerak.

Saya terlalu gopoh rupanya selama ini.

Astaghfirullah atas segala kesilapan dan kelemahan diri saya ini.

Astaghfirullahal azim.

Di saat itu juga saya sedar akan tabiat da’wah ini. Dan saya sedar akan kesilapan di permulaan da’wah saya itu. Juga kesilapan sepanjang saya cuba kembali ke jalan itu.

Bilamana, saya cuba secara artificialnya mencari ketenangan hati dengan mencari 3 benda itu tanpa cuba mencari dan menyelesaikan permasalahan utama yang dihadapi.

Bilamana, saya tak sedar bahawa permulaan yang cuba saya lakukan adalah dimulakan dengan kerosakan.

Kerosakan di Permulaan

Teringat saya akan pesan Ammar;

الفترة بعد المجاهدة : من فساد الابتداء

“Kelesuan selepas bermujahadah adalah kerana kerosakan di permulaan.”

Di mana permulaan itu dibahaskan ulama’ sebagai niat.

Futur atau lesu, lemah semangat selepas berusaha bersungguh-sungguh itu adalah berpunca daripada niat yang tak betul.

Dan tambah-tambah lagi kesilapan yang sering orang lakukan semasa dalam fasa futur ini ialah bilamana segelintir daripada mereka ini terus bertindak meninggalkan segala-galanya.

Mengasingkan diri daripada masyarakat.

Meninggalkan amal-amal harian seperti Quran, zikir yang ma’thur dan solat-solat sunat kerana tunduk pada perasaan malas dan lemah semangat itu.

Mereka lupa bahawa hakikat iman itu adalah sesuatu yang aktif, dan bertentangan sama sekali dengan perasaan malas yang pasif (seperti yang diusulkan oleh Imam dot-dot-dot).

Mutabaah Amalan


Di sinilah mutabaah amal kita main peranan.

Kita dah pun di-assign-kan dengan mutabaah amalan seperti baca berapa muka surat atau juzu’ Quran dalam sehari, qiam dan solat dhuha berapa banyak kali dalam seminggu, akhlaq apa yang perlu dijaga ketika bersama orang lain dll.

Dan salah satu peranan mutabaah ini ialah untuk mengikat kita, mengekalkan kita dalam ketaatan kita kepadaNya, no matter what state of mind we are in, no matter when and where we are at the time.

Mutabaah ini mengekalkan kita dalam state of blessfulness and of happiness meski sedang kita futur.

Persis seperti pesan Rasulullah SAW dalam hadis;

“Setiap amal ada masa naik semangat (syirrah), dan setiap masa naik semangat ada masa turun semangat (fatrah). Barangsiapa yang pada masa lemah semangatnya tetap berada pada sunnah-ku, maka dia telah mendapat hidayah (petunjuk)”

Analogi yang mudah ialah;

Kita bayangkan kita ialah sekeping layang-layang.

Dan mutabaah itu pula adalah tali layang-layang itu.

Andai saja kata, terputus tali itu, maka probability untuk layang-layang itu untuk jatuh menyembam ke bumi atau sesat entah ke mana-mana adalah very likely dan tersangat tinggi.

Namun, andai pula kata tali yang digunakan untuk melayangkan layang-layang itu ke langit itu kuat dan utuh, meski makin jauh dan tinggi terbangnya layang-layang itu ke langit 7 lapis, nescaya ia akan tetap terbang tinggi dan tinggi tanpa pernah tali itu terputus. Hingga satu masa, inshaAllah, layang-layang itu akan sampai jua ke Destinasinya.

Begitulah ibaratnya sistem mutabaah amal kita.

Bilamana motivasi komitmen mutabaah ini haruslah dijaga secara strict oleh diri kita sendiri [sebab orang lain tak boleh paksa kita nak buat apa yang kita tak nak buat].

Kerana salah satu tujuannya ialah untuk mengekalkan kita pada sunnah baginda tercinta SAW walau hati kita tengah berbolak-balik. Agar kita termasuk dalam group orang yang diberikan Hidayah (petunjuk) dariNya.

Agar mutu iman bertambah secara increasingly proportional dari sehari ke sehari, inshaAllah.

Maka;

“Selagi tak settle mutabaah, tak boleh tidur.”

Pesanlah diri sendiri pada hati.

Dengan harapan, kita akan terus-menerus berada dalam jalan juang kita ini tanpa mengenal erti penat, lelah dan jemu meski harus kita bekerja dalam peluh dan darah, dalam urat-urat tua kita 20-50 tahun akan datang, inshaAllah.

p/s ukhwah bersama mereka itu manis. menghilangkan sesak di dalam dada. maka, terima kasih teman! =) dan muga-muga Dia kan selalu menjaga dan mengukuhkan ikatan aqida antara hati-hati kami ini, amin..

p/s Kau datang jua Ramadan. sudah terlalu lama kiranya aku menanti kehadiranmu.



Entri diambil ketika di sini bermula dan apabila timbulnya kerosakkan di permulaan.

Kredit: Pak cik google dan something to ponder..

Nota: Sesetengah gambar-gambar peribadi tuan empunya entri telah saya tukarkan.


Buat diri: Ayuh...bangun!

No comments: