June 25, 2011

Jawi.

"Penggal dua. Saya mahu jika boleh, pelajar-pelajar enam tahun sudah boleh membaca jawi. Tahun depan mereka darjah satu. Takut susah pula mereka."

Berderau darah saya apabila guru besar berkata begitu. Matanya jatuh ke arah saya.

"Boleh?",tanyanya pada saya.

Saya diam seribu bahasa. Berfikir bagaimana kaedahnya. Bagaimana mahu ajar mereka.

Tapi,memang saya ingat. Seorang teman sekelas dalam tingkatan lima.
Waktu itu,dia memang tidak tahu membaca jawi.
Tanyalah dia tentang apa pun,insya Allah dia masih mampu menjawabnya tapi bukan bacaan jawi.
Teman saya hanya mampu menggelengkan kepala jika ustazah minta dia membaca jawi.

Adakah anak-anak saya begitu kelak?
Allah Allahu...biarlah mereka boleh serba-serbi.

Selalu tertanya-tanya,bagaimana dulu zaman kanak-kanak, teman-teman dan saya boleh membaca jawi.

Du'akan dipermudahkan-Nya,juga diberi ilham oleh-Nya.


Nota kaki: Belajar susun jadual.

2 comments:

Margeena said...

Adakah ini afiqah sy? hehe
nampak macam ye..hehe

alif.fa.ya.qof.ha said...

Haha.
Tepat sekali firasat bakal ibu sorang ni. :D
Saya dah lama ikut blog Geena.
Sejak awal kita kenal lagi. :P

Du'akan kami dua julai ni.

Juga,moga Allah permudahkan urusan Geena dan orang baru nanti.

Selamat bercuti,Geena!