Selalu.
Saya kurang faham bahasa kasih,sayang dan cinta anak-anak.
Hingga saat ini,saya masih terus memerhati dan cuba memahami bahasa mereka.
"Insya Allah. Nanti,teacher gam ek Fan."
Janji saya pada si Irfan, setelah dia menunjukkan pada saya, bukunya sudah koyak.
Lama selepas itu,saya hairan,bukunya masih belum di gam-gamkan oleh ibu mahupun ayahnya.
Saya yakin ibu ayah Irfan seorang yang teliti dan menjaga baik buku anaknya,tetapi buku kuning itu masih belum digamnya.
Hinggalah,satu hari, "Irfan! Teacher nak buku Fan,boleh? Mahu betulkan buku Fan balik."
Dengan pantas dan berlari-lari anak dia memberikan bukunya kepada saya.
"Okey Ifran. Dah siap! Maaf, teacher lambat betulkan buku Fan."
"Thank you,teacher!",katanya sambil senyum tiga.
Allah Allah,musykil saya.
Barangkali,sebelum-sebelum ini, saya selalu membetulkan buku kawan-kawannya yang semakin teruk walaupun baru lima bulan bersekolah.
Barangkali juga,terdetik juga dalam hati si Irfan, "Kenapa teacher tak pegang buku aku agaknya?"
Barangkali...
Nota kaki: Melihat mereka semakin membesar!
No comments:
Post a Comment