January 12, 2013

Stokin.

 

Hari pertama, saya terpaksa mengugut anak jiran. Hehh.

Si comel itu meraung-raung, minta di lepaskan. Minta penuh simpati pada awalnya.
Kemudian, ketika saya mula bertegas yang dia tidak dibenarkan keluar kelas, dia mula menarik stokin saya...dengan sekuat hatinya.

"Okey. Kalau stokin teacher koyak, kamu kena ganti!"

Dia lepaskan stokin saya lalu menyambung kembali tangisannya.
Hari kedua, datang ke sekolah dengan wajah yang cool, seperti tiada apa pun yang berlaku pada hari pertama.

Teman sedarjahnya pula.
"Cikgu! Cikgu! Tolong saya. Sekejap sahaja cikgu. Saya nak Ummi. Saya nak amin[salam] ummi. Tolong cikgu!"

Ahaaa. Sangat kejamkan saya?
Saya buat-buat tak faham. Tudung, baju semuanya kena tarik. Tetapi wahai anak-anak yang comel, jangan goda teacher dengan tangisan yang menikam kalbu lagi ya.
Saya kira tahun ini, tahun yang paling teruk saya pernah kena.
Anak-anak empat tahun buat saya belajar, erti sabar lagi.



Tapi sangat bersyukur, kelas merah jambu, menyenangkan bila saya lihat dari jauh.
Dan, saya semakin rindu pada anak-anak kelas hijau dan kuning sebelum ini.
Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Salam rindu, ya anak-anak!

Nota kaki: Bismillah untuk takwim baru.

No comments: