March 30, 2008

Kelas Memasak.

Petang tadi, saya baru sahaja menghadiri kelas memasak.


Nota saya.

Pertama kali saya menghadiri kelas seperti itu dan saya agak lambat menghadirikan diri sebenarnya. Apabila saya melangkahkan kaki ke dalam kelas itu, terperanjat juga saya dibuatnya. Ramainya orang dan kelas telahpun bermula membuatkan orang yang masih hijau seperti saya ini teruja!

Dalam kelas ini, saya akan mempelajari tiga jenis resepi. Yang pertamanya cara-cara membuat Cream Caramel, Cherry Chocolate Crumble Cake merupakan resepi yang seterusnya dan akhirnya resepi American Brownies.Chef yang menunjukkan cara-cara membuatnya agak lucu orangnya dan itulah pertama kali saya menghadiri ke kelas masakan dan mungkin yang terakhir buat saya ditemani oleh ibu. Ibu mengamanahkan kepada saya untuk menghadiri ke kelas-kelas yang akan datang dengan sendirinya.


Antara ‘pelajar-pelajar’ yang hadir.


Dikelilingi oleh orang-orang yang lebih berusia daripada saya membuatkan saya sedikit kekok untuk bergaul dengan pelajar-pelajar disana. Ibu mengingatkan saya, agar tidak banyak bercakap tetapi perlulah memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh chef dan nota perlulah dicatit sebanyak mungkin. Sama seperti dalam kuliah yang saya hadiri setiap hari.

Cream caramel.

Saya tidak dapat untuk merasai produk pertama ini kerana duduk di belakang sekali.


Cherry Chocolate Crumble Cake.

Suka akan kehadiran dark pitted cherry dalam kek ini dan mengingatkan saya akan kek Black Forest. Jemput makan!

American Brownies.


Taraaaa! Kek yang saya kurang gemari sebenarnya tetapi mendapat sambutan hangat oleh pengemar-pengemar kek. Rasanya yang manis membuatkan saya kurang menyukainya. Tetapi ibu menyarankn kepada saya agar kurangkan kuantiti gulanya apabila membuatnya nanti.

Buat diri: Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.

March 21, 2008

Aku Seorang Pecemburu

Saya baru sahaja selesai habis membaca novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib. Novel ini menceritakan tentang Ikramah bin Abu Jahal. Kemungkinan besar, bagi sahabat-sahabat di luar sana, ada yang tidak mengenali beliau ataupun terlepas pandang tentang kewujudan beliau dalam sejarah Islam. Mari, saya ceritakan serba sedikit tentang Ikramah bin Abu Jahal.



Ikramah-Penentang Jadi Pembela.

Beliau merupakan anak kepada Abu Jahal. Seorang panglima yang gagah berani, penunggang kuda yang handal dan banyak pengalaman berperang. Pepatah Melayu ada mengatakan mana tidak tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Begitu jugalah sikap Ikramah. Bencinya terhadap Rasulullah saw dan Islam sama seperti bapanya. Lebih-lebih lagi bapanya telah terbunuh dalam Perang Badar. Semakin meluap-luaplah kebenciannya terhadap pesuruh Allah swt dan agama yang suci ini yakni Islam.

Apabila tentera Islam berjaya menakluki kota Mekkah, Ikramah bersama Hammas serta beberapa orang pengikut mereka berari mencari tempat persembunyian. Mereka bertekad untuk menentang tentera-tentera Islam meskipun tahu bilangan mereka sedikit berbanding tentera Islam. Ikramah berusaha untuk meminta pertolongan daripada raja-raja sekitar Mekkah seperti raja Yaman dan raja Habsyah. Ketika itu beliau perlu mengembara seorang diri apabila sahabat baik beliau iaitu Hammas serta beberapa orang pengikut telah kembali ke Mekkah serta memeluk ad-Din yang mulia ini.

Semasa dalam perjalan ke Habsyah. Ikramah menumpang sebuah kapal yang kebetulan dalam perlayaran ke sana. Dalam perlayaran tersebut, satu keajaiban telah berlaku di mana kejadian tersebut telah mula membuka kalbu Ikramah untuk menerima Islam. Setelah selamat sampai di tanah Habsyah dan menemui raja Habsyah, keyakinan Ikramah terhadap Islam semakin bertambah. Raja Habsyah telah mengirimkan hadiah dan salam kepda Muhammmad saw.

Berkat doa isteri yang tercinta,Atikah serta junjungan yang mulia,Rasullulah saw. Ikramah akhirnya memeluk Islam. Pada awalnya memang Ikramah di tentang hebat oleh beberapa orang Islam terutamanya Hammas. Alasan Hammas, Ikramah merupakan anak kepada Abu Jahal. Walaupun pada awalnya Abu Jahal seorang yang amat gembira dengan kelahiran Muhammad bin Abdullah tetapi apabila beliau dilantik menjadi pesuruh Allah swt dan telah diamanahkan untuk membawa Islam di seluruh mayapada ini, Abu Jahal merupakan orang yang paling kuat menentangnya. Tetapi itu Abu Jahal,ayahnya bukannya Ikramah,anaknya yang telah mendapat hidayah dari Pencipta alam semesta ini.Ikramah bertekad untuk membuktikan beliau benar-benar cinta akan Islam dan Rasulullah saw.

Dengan izinNya, Ikramah telah dilantik oleh Rasulullah saw bagi menjadi amir di daerah Hawazin. Ikramah bersyukur terhadap Ilahi.Imannya juga semakin mantap. Setelah wafatnya Rasulullah saw dan Abu Bakar As-Siddiq dilantik menjadi khalifah, sekali lagi Ikramah diberi kepercayaan untuk mengetuai peperangan di Yamamah. Dimana, beliau perlu menentang nabi palsu saperti Laqit bin Malik dan Musailamah al-Kazab dan mereka yang telah murtad setelah kewafatan orang yang disayangi, Rasulullah saw. Keadaan ini, tidak dapat dikawal lagi. Ikramah juga berperang di Oman dan Maharah. Beliau membantu Khalid bin al-Walid dalam peperangan seterusnya.

Ikramah turut serta menentang tentera-tenetera dari Rom. Dengan semangat jihad yang tinggi serta tidak sabar untuk menemui yang Esa. Beliau berperang bersungguh-sungguh. Ramai tentera musuh tewas di hujung pedang Ikramah. Beliau juga kelihatan seperti singa yang sedang kelaparan. Sebenarnya sahabat-sahabat, peperangan ini merupkan peperangan yang terakhir bagi anak kepada Abu Jahal ini. Ikramah cedera parah dan akhirnya cita-cita yang diingini yakni syahid di jalan Allah swt tercapai.Siapa tahu.Dahulunya seorang yang amat membenci Islam kini telah mati kerana Islam.

“ Dahulu aku berperang untuk al-Latta dan al-Uzza. Sekarang aku serahkan jiwaku dengan ikhlas kepada Allah swt.”

- Ikramah bin Abu Jahal.



Cemburuku Semakin Meluap.

Benar sahabat-sahabtku.Cemburu saya tidak dapat dibendung lagi. Saya cemburu terhadap orang yang mendapat hidayah daripada Allah swt. Lebih-lebih lagi orang-orang yang baru memeluk Islam (mualaf). Seperti pejuang Islam yang saya ceritakan diatas ini.Ikramah.Kita semua juga tentu ingat akan Umar al-Khattab. Bencinya terhadap islam pada awalnya membawa dia bergelar al-Faruq (pemisah antara hak dan batil) selepas memeluk Islam.Begitu indahnya Islam.

Tidak kurang hebatnya, orang-orang yang telah memeluk Islam di tanah air kita. Mereka juga amat hebat setelah bergelar mukmin.Ustaz Farid Ravi antara orangnya.Beliau pernah dijemput oleh pihak sekolah saya ketika sambutan maulidur rasul yang lalu. Jika tidak silap, umur saya sama dengan tempoh pengislaman ustaz tersebut. Sungguh, saya amat mencemburuinya. Orang yang sememangnya dilahirkan dalam Islam, iman serta ibadah mereka tidak sehebat orang yang baru memeluk agama yang ‘universal’ ini.

Pada waktu cuti lalu, saya mengambil keputusan untuk mempelajari al-Quran semula.Tentang tajuwidnya,taranumnya serta makna-makna tersirat yang disimpan baik dalam kitab suci ini mula saya pelajari. Dalam tempoh sesingkat ini saya ditemukan oleh Allah swt kepada seorang makcik.Ya.Dia seorang mualaf.Sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Amat bersungguh-sungguh dalam mempelajari kalam Allah swt. Walapun pelat Cinanya tidak dapat dibuang, akhirnya beliau berjaya membaca al-Quran setelah 12 buku iqra’ berjaya dikhatamkannya. Sedangkan ada sahabat saya sendiri, dilahirkan sebagai seorang Islam tidak tahu membaca surah Yassin pun. Benar-benar buat saya insaf.



Mengapa boleh jadi sedemikian? Memang saya selalu bermuhasabah diri dewasa ini. Setiap pertemuan saya dengan sesama insan ada hikmahnya. Sering juga saya berdoa agar Allah swt menemukan sahabat-sahabat yang dapat mengingatkan saya tentang Allah swt. Syukur juga saya apabila dikurniai ibu dan ayah yang menjalankan amanah mereka dengan baik.Saya amat bersykur dengan nikmat ini. Terasa diri ini semakin kerdil dan dhaif. Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Tidak ada anak yang dilahirkan, kecuali dilahirkan atas kesucian. Dan orang tuanya menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana binatang itu dilahirkan dengan lengkap. Apakah kamu melihat binatang lahir dengan terputus (hidung, telinga dan lain-lain)?"
(HR: Bukhari)

Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, saya, ibu, ayah dan adik-adik sering berteka-teki. Aktiviti ini dapat mengeratkan ukuwah, mendalamkan perasaan kasih sayang dan juga dapat memaksa otak kita ‘berkerja’ bagi mencari jawapan. Kini, tiba giliran ayah untuk menjual teka-tekinya kepada kami. Bersemangat kami untuk mendengar teka-teki daripada ayah.

Ayah: Dalam banyak-banyak orang di dunia ni. Orang yang mana paling layak kita
cemburui?

Saya: Orang yang baik!

Adik 1: Orang pandai!

Adik 2: Orang kaya!

Ayah: Salah,salah dan salah.

Kami masing-masing berfikir dan akhirnya mengalah. Jawapan daripada ayah ialah:

“Dalam Islam orang yang paling layak dicemburui ialah orang yang menghafaz al-Quran dan orang yang paling banyak menderma(bersedekah).”

Hening seketika.Hanya kedengaran alunan muzik daripada radio yang dipasang. Masing-masing bermuhasabah diri. Baiklah, mereka juga antara orang yang saya cemburui.

Sahabat-sahabatku, memang hidayah milik Allah swt. Dia sahaja yang layak memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tetapi dengan ilmu yang diperolehi, kita tentu sahaja dapat membezakan antara perkara baik dan buruk.

Moga-moga, kita yang dilahirkan dalam Islam ini, bertambah imannya walaupun pada dasarnya iman memang tidak dapat diwarisi. Berdoalah agar kita sentiasa mampu menegakkan panji-panji Islam. Sekiranya kita memang dilahirkan dalam Islam, itu merupakan satu bonus buat kita. Bukan semua orang mendapat nikmat ini. Jangan salahkan ibu bapa sekiranya kita gagal menjadi hamba Allah swt yang taat. Muhasabahlah diri selalu dengan nikmat yang diberikan olehNya.


Sunnguh.Aku memang seorang cemburu orangnya!

Buat diri: Semoga selalu ‘lepak’ dengan al-Quran.

February 27, 2008

"Bebelkan anak tu sikit"


Salam sejahtera,

Dah lama rasanye saya tidak brceloteh. Bukan tak nak,tapi cuma tak sempat saja. Ini ada masa tluang, jadi sempatlah saya bceloteh sekejap. Bukan nak celoteh panjang pun!

Itu hari kawan saya,Chef Harun yg pernah jadi phias wajah SAJI kluaran DIS 2006 dtg ke pejabat. Kemudian kami pung bsembang manja drestoran mamak di petang hari.

-ak mls nak type pjg2...amik yg penting je-

Chef Harun berceritalh ttg anak2 dia. Jgn x tau anak dh besr pjg, wlpun chef nmpk org bujang. (hehh...mcm chef kt kolej...tp tbalik cikik...hu3....sorry chef)

Kata chef anak daranya yg baru busia 14thn sudah diajar memasak+kerja2 dapur.Mmg betul ape yg dilakukannye itu wahai pembaca sekalian.

Sekarang nih,bukan nak mgata atau nak burukkn sesiapa.Maaf tlbh dahulu saya pohon.Anak dara sekarang yg busia 14-18thn ada yg bangun bila matahari dah atas kepala.Bangun je tidur bukan nak terus mandi, dgn muka sembabnye(hehehe) terus mhadap tv.Bawalah sampai ke ptg....(ermm..ye ke remaja pompuan sekalian?)

Seharunya anak dara diusia inilah kita jinakkn ke dapur (walla wehh).Paling tidak ajar mask nasi,siang ikan,potong bwg,tumbuk cili,perah kelapa,basuh pingan mangkuk&sbgainya.

Bila dah pandai bab tuh,kita ajar sikit2 cara memask yg ringkas.Cthye tumis sambal atau nasi goreng.Paling tidak klu kite tinngalkn mereka kt umah,tahulah dier msk&kte pung x pening kepala.Satu lg kebaikknye,anak dara yg pandai msk bolehla berdikari ddapur klu kte dh jatuh sakit ke.Maklumlah kite nih klu dah busia sikit mcm2 sakit dtg.Sihat atau tidak esok lusa kite tak tau lg.

Jgnlah sampai anak dara kte dpt markah corot kt dapur...(adehhh)...Setakat nak kupas bwg 10biji amik mase stgh jam.Dan nak mnumbuk 10 tangkai cili,tkial-kial muntup mata nagn tgn,nak siang ikan rase geli dn nak potong kcg pjg pun nak gunekn landas.Apakah itu yg kte nak banggakn? (ermmm)

Kita kdg2 nak juge brehat,yelah,mne x nye.Sejak kahwin sampai dpt cucu asyik ke dapur kjje! (adehhh) Anak dara kte yg tahu masuk dapur buka tudung saji,angkat pinggan, ceduk nasi dan melantak.(wooo) Klu x pandai msk,bila dh kawin nnti,xkn kte nak dihambakan lg.(x buuu) Bnyk cantik muke dier!Nak bg laki dier mkn,kite juge yg msk.Jgnlh sampai begitu jdinye.Makanye sye bharap ape yg sye bebelkn ini mjadi iktibar kpd pbce semua.Klu kte x de anak pompuan,anak lelaki x slh klu dlatih kdapur.Sekarang ni kt hotel dseluruh dunia,90% dikusai lelaki (chef kt kolej majoritinye lelaki) Jadi jgn malu klu nak latih anak2 lelaki ke dapur.

Selain psl msk,kite juge kene ajak ank pompun kte ke psr.Mcm sye dulu,mak usung sye k pasar.Knlkn jenis2 syur+ulam+ikan+buah+mcm2 lg.Ini tidak,antara daun ketumbar&daun sup pun x dpt bezakn.(iskkkk) Apa nak jdi?!Ikan kembung nagn ikan slar pung x knl.Kailan ngan sawi pe bezanye.Jgn amik mudah kak woii!Bukan x penah tjadi!Jgn pula sampai pokok bunge dan rumput nnti dkatakan syur+ulam2 (he3).

Chef Harun mencelah, dier kate klu dier siang ikan atau ayam kt umah,anak2 laki+pompuan mesti mhadpnye."Kite ajar dier jenis ikan&cara siang ikan+potong ayam.Esok luse dier tau.Jgn pandai melantak je wak,cukuplah kte besrkn dier dan jgn pule sampai kte dh jdi datuk nnti mereka nak mkn dok cari mak dier lg."(pstu chef nih citer psl kbihan anak2 dier...ak x larat nak type...hehhh)

Kadang kala klu kte btandang kt umah org,kte tpndg juge senario yg kurang mnynangkn mata kte.Bukan nak mngata kdg kala adik kte pun mcm tu juge.Tapi klu x djerekah dn dbebelkn x jln juge.
Cthnye beginilah,kita dtg umah org,di ruang tamu ada anak dara,anak tuan umah 2 org,sorg busia 17 dn 20thn.Yg sorang tkangkang mnonton tv&sowang lgasyik b'sms' ngan hp.Habis tuh maknye juge lah kedpur mnyiapkn minum tetamu yg dtg(adeiiii). Tak ke sakit mate mmandang?Maknye jerang air,gorenglah keropok yg ada kt dapur,angkat cawan ke ruang tamu.Anak dara yg 2ekor tuh buat dekk je!Nak ke anak dara kte jdi cam tuh?(sye nak jdi anak yg baikk...ameenn)

Itulah yg ingin sye tekankn skrg ni,&fenomena itulah yg tidak kte igini.Klu kite x bebelkn xjdi org,dn klu dibebelkn dia org tarik muke+buat perangai(erm...tul ke remaja dewasa nih camni?)Tp klu rse larat+mbuatnye sampai usia bongkok 3 nnti x apelh!gpun kedai mkn skrg bnyk.Renung2knlh sejenak~

ALHAMDULILLAH....dpt gk type artikel drp mjlh saji kluaran feb 2007.Ermm...nih kire luahan hati sowang ibu la nih...tp ak x pasti tul ke x....klu penulis nih bebel mestilah sumenye mmg blaku dkalangn masyarat kte dewasa ni...

Scara jujurnye ak pun baru nk bjinak-jinak dlm dunia maskan...dn bsyukur sgt2 bile ahli kluargaku sumenye superb bab masak nih... ibu-sume mskn dier sedp...mak ngah-nasi tomato,mak lang-popiah,mak su-laksa johor(sedap gilakss),mak long-mskan ikan sembilang dier sume org x leh lwn,pak ngah-sume mskan dier leh wt...pe yg ak nmpk,pak su-maggie dier....he3...ustz nasir pung sedapp a dier mskk....

Bsyukur gk bile ak dkurniakn kwn2 yg hebat gk dlm bidang mskn...mmg sedap klu diorang msk...kak laila,aiman,along,fiza,ieda,zurin,syith,zubaidh...senior2 kt umah....he3...time ksh bnyk2 ajar msk~

Tp sbg anak,bile dh besar nih...bru ak pahm npe se2org ibu x ajar ank perkara2 ttentu cth psl msak nih...buat remaja....sygi ibu+bonda+umi+mama+mak anda slgi msih hidup..kurnagkn ego kte sbg seorg anak....jdilah anak yg solehah...

Buat remaja pompuan...klu kte hebat mne dlm bidang teknlogi maklumat ke dlm bidang pe sekali pung...bidang msakan perlu dkuasai dgn baik gk...air tgn seorg ibu x dpt dipisahkn oleh anak...hu3...

Ok2....undur diri dulu...ilalliqa+jumpe lg+c u soon...insya allah...assalamualaikum~

oleh:noor joha ahmad

d'edit+gune bhs pasar oleh:ak a.k.a paysanne