March 19, 2009

Tetamu I.

Tentang ibu.
Kakak. Kita cuba, resepi baru ni nak? Nampak sedap.

Esok, kita nak masak apa kak? Bagilah idea sikit.

Permintaan ibu, pada saya mahupun ayah dan adik-adik. Biasanya ibu akan masak sekurang-kurangnya tiga jenis makanan buat tetamu yang hadir. Tetapi kuantitinya adalah secocok dengan mereka yang hadir. Tidak akan ada pembaziran yang berlaku.tepuktangan

Masa penyediaan makanan bermula daripada malam sebelumnya. Ibu akan perap makanan, apa yang patut.
Cik bik akan membantu ringankan kerja. Saya dan adik-adik akan pastikan keperluan saat menikmati hidangan nanti cukup. Semuanya teratur rapi. Lengkap,bermula pembuka selera hingga ke pencuci mulut.sengihnampakgigi

Kakak, bilik okey? Bilik air bersih tak?

Tanya ibu lagi.

Sangat bersih. Rumah dan bilik yang kerap dijaga kebersihannya akan bertambah bersih bila ada tetamu yang hadir.

Ketika tetamu hadir, ibu akan melayan mereka dengan baik. Jika ada yang berkeinginan menumpang untuk bersolat...
Kakak. Bawa makcik(andaikan tetamu yang hadir itu adalah makcik) ke bilik. Betangkan sejadah ek.
Berlari-lari anak saya, kadang-kadang adik-adik membawa tetamu ke kamar. Iya, kami bentangkan sejadah buat mereka. Pasangkan kipas dan tunjukkan mereka arah kiblat dan bilik air (bukakkan pintu dan hidupkan lampu juga) . Bagi yang perempuan, akan disediakan telekung yang baru buat mereka.

Saya masih anak-anak waktu itu. penatKadang-kadang, berasa penat apabila saat penyediaan buat tetamu tiba. Tetapi ibu tidak, sungguh-sungguh juga siapkan juadah. Pastikan rumah dalam keadaan baik.

Pernah saya bertanya...
Ibu? Kenapa ibu bersusah-payah buat itu,ini. Sedangkan kita pergi ke rumah orang lain. Mereka buat tak endah je.
Ibu suka tengok orang makan. Ni ada rezeki lebih sikit, apa salahnya berkongsi dengan mereka. Biar mereka yang datang, berasa selesa di rumah kita, kakak.
Saya diam.
Memang itulah rutin saya dan adik-adik ketika tetamu hadir. Walaupun yang hadir itu, sepupu, jiran atau tetamu yang tidak dijangka, ibu pasti akan menyediakan makanan yang enak pastinya. Dan kami telah di didik sebegitu sejak kecil untuk meraikan tetamu. Ibu, akan pastikan semuanya berada dalam keadaan sempurna. Bila kami semua telah meningkat dewasa. Ibu percaya akan kami. Pandai-pandai bawa diri.angel


Dua minggu sudah.

Mengikuti ayah dan ibu ke walimah teman mereka di Perak. Selamat sampai ketika tengah hari, kami terus menjamu selera kemudian, menunggu raja sehari hadir. Ayah sempat berjumpa rakan-rakan sekerjanya dan mereka bersepakat untuk menziarahi kampung teman sekerja yang lain setelah mereka yang dirai, tiba.

Bagi saya, itu bukanlah kampung kerana masih dalam kawasan perumahan, yang bertaman.
Menjengah masuk ke rumah teman ayah itu...saya kaget seketika. Indahnya rumah. Juadah makanan tersusun rapi. Terdetik dalam hati saya, kami baru selesai makan tadi, walaupun menunuggu kehadiran pasangan mempelai agak lama.

Ibu minta izin tuan rumah untuk bersolat. Bergegas makcik itu bawa kami ke bilik tetamu. Hidupkan penghawa dingin. Tunjukan arah kiblat, bergegas mahu ambil telekung (sempat saya menahannya kerna sudah bawa telekung sendiri) dan heiii...amat persis apa yang saya lakukan buat tetamu ketika di rumah!
Giliran ayah pula untuk mendirikan solat. Pakcik pula yang membuntuti ayah, bertanyakan sama ada mahukan kain pelekat atau tidak. Aishhh.peace

Ketika di meja makan, saya jamah sedikit makanan. Buat syarat, gembirakan hati tuan rumah. Kenyang sebenarnya waktu itu.

Pulang.babai
Ketika di dalam kereta,
Terima kasih ibu. Belum pernah saya di layan sebegitu. Macam ibukan makcik tu?
Kenapa?

Ajar tentang menyambut tetamu dengan baik dan ye la. Ibu, cemas bila orang nak solat. Makanan pun membuka selera. Rasa selesa bila duduk rumah tu.
Macam tu la layan tetamu. Pakaian mereka pun cantik bila sambut tetamu. Contoh yang baik tu.

Kebenaran. Hingga saat ini, boleh dikira dengan jari bilangan tuan rumah yang raikan saya sebagai tetamu dengan baik. minumAbang sepupu saya dipuji ibu ketika kami bertandang ke rumah. Kebetulan bondanya keluar seketika dan dia telah menyediakan minuman buat kami. Ada juga kaum sejenis dengan saya, kurang ambil peduli bila tetamu hadir.

Memang kita perlu melayan tetamu mengikut kemampuan kita. Tetapi...kebersihan rumah, ringankan tulang, bantu ibuayah. Gembirakan hati mereka. Jaga diri kita dan maruah mereka. Benda-benda kecil jangan di pandang enteng. Memang setiap kali bertandang ke rumah orang, ibu pasti melihat kerenah anak-anak tuan rumah agar dijadikan contoh dan iktibar buat kami, adik-beradik.

loveAlhamdulillah. Terima kasih atas ilmunya, ibu.

dan...Mampukah saya menjadi seorang ibu seperti ibu?

Muhasabah diri.

No comments: