Bismillah.
Entri kali ini, saya tulis dengan penuh rindu. Penuh cinta.
Ketika perdana menteri baru ini melancarkan Satu Malaysia yang mementingkan kepentingan semua kaum dan mendengar suara rakyat. Saya rindu pada teman-teman lama. Selama saya belajar di sekolah rendah dan menengah, teman-teman saya ialah mereka yang bukan Melayu.
Teman di sebelah meja, bukan Melayu. Rehat bersama dengan bukan Melayu.
Saya tak pasti mengapa saya boleh rapat atau masuk dengan bukan Melayu.
Pergi ke kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan lepak dengan bukan Melayu.
Empat sekawan.
Kami pernah sekali sahaja sekelas ketika di sekolah menengah. Tetapi, persahabatan kami kekal ke saat ini. Main ceper (penutup botol) bersama, perkara yang tidak boleh saya lupai. Tamat zaman persekolahan. Beberapa kali berusaha untuk berjumpa kembali, tetapi gagal. Ada sahaja yang sibuk atas urusan masing-masing. Cair saya, bila Kas mengajak saya turun ke Pulau Borneo(dia sedang mengaji di sana) untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan.
Rindu untuk mendengar cerita(tentang keluarga dan teman-temannya) Deb yang boleh buat saya tergelak tak sudah. Begitu juga Janu. Mereka secara tidak sedar, banyak mempengaruhi hidup saya. Cara belajar, bergaul dan segalanya. Kebetulan, kami geng bulan Julai. Kami, majoriti lahirnya pada bulan Julai. Janu, 1 Julai. Saya sendiri, 2 Julai dan diikuti oleh Deb, 18 Julai. Cuma Kas yang lahir pada 30 Januari. Tetapi kesemua kami lahir pada bulan yang awalnya huruf J. Kerja-NYA, bukan?
Teman baik.
Radhika...teman baik saya ketika sekolah menengah. Mana saja kami pergi mesti bersama. Kami merupakan pengganas (baca:pengawas) di sekolah. Kami akan berusaha untuk mendapat tempat yang sama ketika bertugas. Macam biasa, mestilah permintaan kami tidak di penuhi. Rehat bersama. Kami makan roti coklat RM 0.50 tu. Setiap hari pula. Entah mengapa saya tidak bosan dengan roti tersebut.
Sebenarnya, pertemuan kami direncana awal oleh-NYA. Kami yang tidak sedar ketika itu. Mewakili sekolah masing-masing dalam pertandingan syarahan ketika darjah enam merupakan pertemuan pertama kami. I'ya...seingat saya, Radhika merupakan satu-satunya peserta bukan Melayu. Kami bertukar cerita ketika masuk ke sekolah menengah dan hingga saat ini, saya merindui untuk berjalan bersama Radhika.
Ole-ole yang diberi olehnya empat tahun yang lalu, masih saya simpan dengan baik.
Nota 1: Ketika pilihan raya kecil di Manik Urai. Saya bertanya pada yang utama dan yang mulia mana satu yang patut saya pilih. Dah boleh mengundi sekarang. Jawabnya, "Dah boleh undi? Makin berat amanah kamu kak."
Saya diam. Dia telah mengingatkan saya tentang amanah.
Nota 2: Pernah mengusik Deb agar dia berbaju kurung(ibunya kelihatan anggun ketika mengenakan baju kurung). Tetapi dia menolak. Saya suka melihat teman-teman yang belum Islam berbaju kurung. Mereka nampak ayu.
2 comments:
salam cik habibati
he. tetiba teringat satu kisah yg mcm lucu ms form 1 dulu. sumenye smata2 keterujaan hamba ingin berkenalan dgn seorang gadis berbangsa cina. ;=p
em.Islam menyuruh kita berkenal2an n berbuat baik dgn sesama manusia wlu bbeza agama kan.
smoga cik habibati sehat2 n slalu dalam kebaikan ya. ;=)
-rkukaudya-
Salam kembali sis dya. :)
Aduh...aduh. Mesti ada istimewanya dia sampai mahu berkenalan ni. (mungkin rambutnya...ponytail-comel)
A'ah. Tapi berkawan dengan mereka kena banyak buka mata, buka hati.
Baru2 ni sis, saya keluar dengan diorang(teman-teman mase sekolah). Diorang cakap, saya banyak tak berubah. (bahaya ek sis?) :p
Tapikan...darah muda saye naik sedikit bila ada antara mereka cakap... "Eh, kat kolej I (berbicara dengan mereka, I-YOU) pelajar Melayu tapi dah macam bukan Melayu."
Iskk...dalam hati saya...mekasih banyak atas ingatan dia. Nasib baik die tak gantikan Melayu tu dengan Islam.
Post a Comment