January 22, 2012

Basikal.


Tiba-tiba, saya tidak suka pada basikal.

Tidak suka juga naik kereta.

Seminggu berlalu,kaki saya masih tidak elok lagi dari jatuh basikal. Macam anak-anakkan?
Suka sangat naik basikal masa tu.

Saya ingat jatuh biasa-biasa tapi,saya tak boleh nak bangun selepas jatuh. Lutut,terasa sakit.
Bila nak naik kereta pun kena perlahan-lahan. Kaki kiri,tak boleh nak bengkok.

Yang utama lagi mulia bawa saya ke klinik selepas dua jam. Dan saya dimarahi oleh doktor. Kenapa tidak segera ke klinik selepas jatuh.
"Sakit di tahun baru!",canda doktor yang peramah.

Doktor pegang lutut saya,saya menjerit sakit.
Doktor bandage lutut,saya menangis macam budak kecil.
"Sakit doktor,sakit!"

Doktor biarkan saya menangis seketika. Dia sapukan ubat perlahan-lahan dan mula balut lutut saya.
Masa tu saya ingat dua perkara sahaja. Allah dan ibu.

Sampai rumah, saya masih bergelak dengan ibu. Ibu pula risau tengok keadaan saya.
Ibu bilang, "Main-main la awak. Kesian anak-anak dan kawan-kawan kat sekolah."

Saya em si,dua hari.
Solat atas kerusi, nak tidur, kaki rasa sangat sakit.

Malu untuk minta sembuh daripada Allah. Setelah hampir dua puluh empat tahun boleh berlari dan berjalan.
Hari ni,Allah tarik sekejap.

Dan saya rasa tak kuat untuk hadapi semua tu. Susah juga nak beristinjak. Sehari sebelum sekolah mula, ayah bertanya. "Kaki boleh tekan clash kereta tak? Nanti nak pergi kerja."
Allah. Saya benar-benar terlupa.
"Rasanya tak kuat lagi,ayah."

Ibu, murah hati meminjamkan keretanya kepada saya.
Esok,sampai ke sekolah. Kaki kiri saya tidak mampu untuk mengangkat menekan hand break kereta!
Saya menangis lagi dalam diam.

Saya terasa diri saya sangat kecil.
Saya juga berasa emosi tidak stabil,selalu rasa nak marah. Malam,sebelum tidur.
Saya bermuhasabah diri.

Saat ini, saya tidak sabar mahu sihat.
Mahu...
Berlari dengan anak-anak.
Berkayak dengan teman-teman.

Mahu berbasikal sekali lagi.
Saya sudah rindu dengan kereta itu.

Du'akan!

Nota kaki: Terima kasih,Ya Illahi.

No comments: