April 05, 2014

Kehidupan.

Bismillah.

Satu masa dulu,saya pernah terjalan di sini, Mawarnafastari.
Lama dulu, saya pun tak ingat bila. Masa sedang mengaji rasanya.

Tetapi antara entri yang paling saya ingat ialah raikan!
Bila baca entri tersebut kali pertama, saya rasa..."Eh, ada ya orang yang macamni."

Hari ini, saya teringin untuk membaca entri tersebut semula.
Lupa nama blognya, tapi saya ingat nama anak-anak arwah ialah nama-nama bunga, isterinya yang menulis tentang dirinya dan akhirnya saya jumpa semula blognya.
Alhamdulillah!



Saya akan cuba belajar tentang dia.
Du'akan saya!


June 03, 2013

Umur.



Semakin meningkat usia, semakin banyak pengalaman dirasa.
Semakin bertambah dewasa, semakin banyak diri berahsia.
-Muhammad Teja-

April 21, 2013

Hubungan.

Tiba-tiba, orang muda itu bertanya kepada saya.

Macam mana ni? 
Sampai bila kita nak jadi begini?
Tiada cara lain untuk kita baiki hubungan di antara kita?

Jawap saya,

Barangkali, kita perlu baiki hubungan kita dengan Allah.
Baru Allah akan baiki hubungan antara kita.

Dia bertanya lagi,

Itu sahaja?
Tiada usaha lain yang perlu kita lakukan?

Saya diam, dan lihat dia lama-lama.
Saya rasa itu sahaja jalannya.

Cuma, kita perlu tahu, faham dan amalkan bagaimanakah cara untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah.

Nota kaki: Moga Allah redha akan kami.

March 23, 2013

Dhuha lagi.



Jangan bayar zakat, bersedekah atau solat Dhuha secara materialistik.
Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim

Sering kita dengar kenyataan sesetengah orang yang berkata:

“Semenjak saya membayar zakat, bersedekah atau bersolat Dhuha rezeki saya semakin melimpah ruah”.

Sebenarnya sikap sebegini kurang tepat dan bersifat materialistik. Sepatutnya seorang Muslim yang baik beribadah bukan kerana hasrat material tetapi demi mencari keredhaan Allah dan mengamalkan sunnah baginda SAW. Kenyataan terbaik adalah:

“Saya membayar zakat, bersedekah dan bersolat Dhuha sebagai tanda syukur kepada Allah yang memberi saya peluang hidup, bertuhankan Allah dan beragama Islam. Ada atau tidak kelebihan selepas amalan itu saya tak kisah kerana bukan itu tujuan saya...Ibadah saya hanya untuk mendapat keredhaan Allah”.

Firman Allah:

وَمَا آَتَيْتُمْ مِنْ رِبًا لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِنْدَ اللَّهِ وَمَا آَتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ

Ertinya: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda (al-Rum[30:39]).


Sebenarnya apa yang melapangkan rezeki adalah sifat taqwa dalam setiap amalan yang dilakukan. Firman Allah:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Ertinya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan (al-A’raf[7:96]).

Juga firman Allah:

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ

Ertinya: Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu (al-Hajj[22:37]).


Nota kaki: Perbaiki niat!

March 10, 2013

Minta.

"Teacher? If we wish something, we must ask Allah, am I right?"

Terpana saya.
Sungguh buat saya bermuhasabah diri, bila ditanya oleh orang muda semasa saya berada di dalam kelas.

Haziq.
Di besarkan dibumi kangaroo.
Baru sebulan bersama kami, sungguh menyenangkan. Suka saya mendengar ceritanya yang tak sudah bila saya menemaninya membuat kerja.

"Teacher, sekolah Haziq kat Australia kan, ada park, painting, drawing. Haziq suka sekolah sana."

"Teacher, kat Australia kan... Haziq ada kawan. Rumah dia dekat je dengan rumah Haziq. Haziq suka main dengan dia."

Saya, "Ohoo. Kawan Haziq, dah balik Malaysia ke belum?"

"Belum, dia kat Australia lagi. Haziq nak jumpa dia lagi."

Alhamdulillah, bila Allah gerakkan hati saya memandang anak-anak ini dengan mata hati.
Moga kalian, dalam rahmat Allah selalu anak-anak!

Nota kaki: Ya Afeef! Selamat menjalani ibadah umrah. Moga selamat pergi dan pulang. Du'akan teacher juga ya.


January 16, 2013

Dengar.


Alhamdulillah, saya sudah hampir sihat.
Ketika ini, sedang hangat memperkatakan isu Listen!Listen!Listen!
Apabila saya melihat video ketika saudari Bawani berhujah dengan puan itu, saya rasa mahu menangis pula.
Cara puan yang membalas hujahnya begitu....

Saya pula rasa nak pengsan.
Teringat saya akan pergaulan saya dengan anak-anak.
Bagaimana agaknya mereka melihat saya?

"Teacher, you're not closing the door."

"Teacher, why didn't you wearing your name tag?"

"Teacher, you're not knock the door, before you come into the class."

Si kecil(berusia enam tahun) itu bertanya pada guru-guru yang masuk ke kelas kami. Nak tergelak pun ada bila saya dengar dia bertanya begitu. Serius saya gelak besar bila ada guru yang bulat mata, ada yang layan juga apa yang si kecil ni tanya, ada yang terus..."Opss. I'm sorry!" dan ada juga yang menjawab..."It's ok. I'm your teacher!"

Okey. Okey. Jawapan yang terakhir itu buat saya tak senang duduk. Selama ini, saya memang bagi peluang apa yang anak-anak dalam kelas nak cakap, kadang-kadang terpaksa berhentikan kerna perlu teruskan kerja sekolah. Tetapi kali ini, Allah kurniakan saya, seorang anak di sesi pagi dan seorang anak di sesi petang yang mana, mulut mereka ini, main lepas sahaja cakap. 

Bagi saya, tidak salah. Tapi, mungkin budaya kita memang begitu barangkali caranya.
Orang muda kena dengar, kena ikut kata orang tua atau yang lebih berusia. Segala terguran daripada si muda tidak diendahkan atau di pandang enteng oleh yang lebih berusia.

Kesian anak saya wahai teman, bila disergah begitu.
Kita perlu tukar cara kita melihat anak-anak ini saya rasa. Perlu ada rasa hormat yang tinggi pada mereka, mereka akan hormat kita pastinya. Jika bukan hari ini, pasti di masa akan datang, insya Allah.

Terima kasih ya Allah, di atas nikmat bertemu dengan anak-anak itu. Moga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.


Nota kaki: Ya Afif Al-Fateh! Selamat hari lahir.

January 12, 2013

Stokin.

 

Hari pertama, saya terpaksa mengugut anak jiran. Hehh.

Si comel itu meraung-raung, minta di lepaskan. Minta penuh simpati pada awalnya.
Kemudian, ketika saya mula bertegas yang dia tidak dibenarkan keluar kelas, dia mula menarik stokin saya...dengan sekuat hatinya.

"Okey. Kalau stokin teacher koyak, kamu kena ganti!"

Dia lepaskan stokin saya lalu menyambung kembali tangisannya.
Hari kedua, datang ke sekolah dengan wajah yang cool, seperti tiada apa pun yang berlaku pada hari pertama.

Teman sedarjahnya pula.
"Cikgu! Cikgu! Tolong saya. Sekejap sahaja cikgu. Saya nak Ummi. Saya nak amin[salam] ummi. Tolong cikgu!"

Ahaaa. Sangat kejamkan saya?
Saya buat-buat tak faham. Tudung, baju semuanya kena tarik. Tetapi wahai anak-anak yang comel, jangan goda teacher dengan tangisan yang menikam kalbu lagi ya.
Saya kira tahun ini, tahun yang paling teruk saya pernah kena.
Anak-anak empat tahun buat saya belajar, erti sabar lagi.



Tapi sangat bersyukur, kelas merah jambu, menyenangkan bila saya lihat dari jauh.
Dan, saya semakin rindu pada anak-anak kelas hijau dan kuning sebelum ini.
Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Salam rindu, ya anak-anak!

Nota kaki: Bismillah untuk takwim baru.

December 22, 2012

Penat.


Jika kita sudah cinta Allah, apa yang orang lain buat pada kita, apa yang terjadi di sekeliling kita...baik atau buruk, kita akan rasa sama sahaja.
Sebab kita tahu, semua tidak akan terjadi melainkan dengan izin Allah.
Kita tidak akan susah hati dan sedih kerana yang buat macam tu, yang kita cinta.

Bila kita sudah cinta Allah, Allah akan balas cinta kita.
Dan bila Allah sudah cinta kita, hati kita Allah akan jaga.
Allah jadi mata, telinga, tangan, kaki kita...ketika itu, kita hanya akan rasa bahagia.

Tarik nafas.
Lupakan apa yang mereka telah lakukan pada kita.

Nota kaki: Jazakillah buat dia!

September 08, 2012

Sembilan.


Alhamdulillah. Sesi persekolahan 2012 sudah hampir tamat. Kerja juga makin bertambah. Insya Allah, anak-anak serta kami mula sibuk membuat latihan bagi majlis Ihtifal sekolah kami. Setiap kumpulan akan ada dua buah kelas yang bergabung.

Sesi petang. Sedang anak-anak solat berjemaah. Hati saya terdetik. "Kumpulan kami, lemah ni."
Apabila melihat anak-anak kelas kuning dan oren bergabung, buat saya tidak senang duduk. Bukan mudah untuk melatih mereka.

Kelas oren. Ramai yang berkata kelas itu pasif. Apabila saya sendiri yang mengajar kelas itu, ternyata ada kebenarannya. Tetapi saya cuba buat, mereka dan diri saya terus berubah. Sedikit demi sedikit. Saya tetap meraikan mereka, bercanda dengan mereka, dan saat ini, ketika sesi latihan bersama, saya akan tegas.

Teacher. Kumpulan lain kuatkan? Biru dan Hijau. Merah dan merah jambu. Tetapi saya rasa ada sebab mengapa Allah bagi kita kumpulan ini. Mahu mereka berubah dengan izin Nya.
Sahabat saya tersenyum dan bersetuju.

Hari ke-dua latihan. Kami mula serius, fasihkan sebutan mereka. Lantangkan suara mereka. Tanamkan semangat yakin pada diri sendiri.

Allah Allah.
Bukan mudah, tetapi sahabat-sahabat saya dan saya yakin, ia bukannya mustahil, kami akan buktikan yang terbaik-insya Allah.

Perlu du'a daripada semua.
Mohon, kami terus diberi kekuatan dariapda Nya dan Allah satukan hati-hati kami.
Ameen.

Nota kaki: Mencari teduh, melakar mimpi, menyuluh jiwa, melara rasa dan  hidupkan sunnah, antara tulisan guru yang terbaik, saya kira.

August 26, 2012

Kerja.

Selamat hari raya, awak!
Amboi. Gembiranya kamu. Selamat hari raya. Sihat?
Alhamdulillah. Sangat sihat. Kamu? Best tak kahwin?
Baik, alhamdulillah. Kahwin? Awak tak dengar cerita pasal saya? Dia tak ceritakah?
Cerita? Tentang apa? [tertinggal kereta api lagi]
Awakkk...

Dia cerita, sangat panjang.
Saya diam.
Otak saya berfikir macam-macam perkara. Banyak soalan yang mahu dilontarkan. Tapi, saya diamkan sahaja, rindu mahu dengar suara dia.

Saya tarikh nafas panjang-panjang.
Sahabat mengaji saya, tidak jadi berkahwin. Kad kahwin sudah diedarkan. Majlis tinggal beberapa minggu sahaja. Tetapi, Kerja Dia...

Awak. Masa terima hadiah daripada saya, masa tu sudah dekatkan tarikhnya?
A'ah. Saya menangis bila hadiah awak dah sampai. Lagi beberapa hari je,wak.

Demi Allah, saya tidak tahu langsung perkara itu.
Hanya du'a saya titipkan dan hadiah yang dikirimi sebagai pengganti diri ketika saya menerima berita gembira, yang sahabat saya akan mendirikan masjid.

Saya tidak mahu banyak tanya walaupun banyak perkara yang ingin saya tahu.

Awak. Saya tetap bersyukur. Mungkin Allah suruh dekatkan diri dengan Dia, lebih lagi. Penat dah nangis awak. Tak mahu ingat cerita lama. Jika ada jodoh, ada insya Allah. Jika sebaliknya, akan terima dengan hati yang terbuka. Dulu, saya hampir putus asa. Tapi, mak abah ada untuk kuatkan. Nanti nak turun sana. Jumpa awak. Lama kita tak jumpakan. Boleh cerita panjang lagi.
Alhamdulillah. Awak, insya Allah. Bila jumpa nanti, kita cerita benda yang gembira-gembira, okey. Perlu kuatkan diri, moga lebih ceria dan bersemangat [untuk diri juga]. Insya Allah, kalau turun, bagi tahu k.

Saya yakin satu perkara.
Du'a sahabat untuk sahabat itu, makbul.
Tapi, maafkan saya sahabat. Mungkin saya tidak bersungguh-sungguh mendu'akan kebahagiaan kamu. Mungkin juga saya tidak selalu mohon pada-Nya mengenai sahabat saya.
Mungkin saya terlalu banyak dosa, terhijab du'a saya dengan Allah.

Sahabat yang baik hati, maafkan saya.
Ketahuilah duhai sahabat, antara du'a saya dan kerja Dia, kerja Dia lebih hebat tentunya.
Maafkan diriku.
Walauapapun...Insya Allah. Insya Allah. Akan tetap saya du'akan dirimu sahabat. Hingga nafas yang terakhir.

Awak, terima kasih dengar cerita saya. Maaf lambat bagi tahu. Tetapi saya memang ada niat nak bagi tahu awak. Cumanya, sekarang ni, masa yang sesuai dan saya dah sedia.
Takpe awak. Maaf, saya tak tahu. Insya Allah. Moga Allah gantikan yang lebih baik dan permudahkan urusan awak.
Jaga diri. Du'akan saya tau!
Awak pun. Makan banyak sikit. 
[baru dengar ceria suaranya] Baik. Selamat hari raya. Maaf zahir batin ya!

Mahu bersyukur sebanyak-banyaknya. Adiknya dan ada sahabat yang sudah tahu dahulu menyimpan cerita ini sebaik-baiknya. Moga Allah membalas segala kebaikkan mereka.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Nota kaki: Salam Syawal 1433H.

August 04, 2012

Haus.

"Teacher. Haus la." Dia yang berusia enam tahun mula mengajak saya bercerita.

 "Sabar Kak Pah [suka saya panggil namanya dengan begini]. Dah nak buka sekejap lagi."

"Saya nak minum sikit teacher. Boleh la."

 "Lagi dua jam nak buka puasa. Sabar sikit lagi ya. Nanti kat rumah, mama mesti masak yang sedap-sedap untuk berbuka."

 "Okey teacher!" Katanya dengan penuh semangat.

Dia sabar menunggu van tiba, untuk pulang dari sekolah.
Tetapi wahai kak Pah yang comel, teacher kamu ni sebenarnya dah hampir kalah dengan pujuk rayu kamu.
Dengan mimik muka yang penuh mengharap, dia memujuk saya dan saya hampir cair dengannya. Tak sampai hati.

Tahun ini, anak-anak kelas saya yang berumur empat tahun tidak berpuasa langsung. Setiap kali saya tanya, siapa yang puasa, sila angkat tangan. Majoritinya angkat tangan. Tetapi, di belakang kelas penuh dengan botol air dan bekas makanan mereka.

Anak-anak, mungkin mereka masih belum mengerti puasa itu apa. Memang saya pun tak kisah sangat jika mereka tidak berpuasa.
Tetapi, bila saya turun ke pejabat Khamis lalu. Saya perasan, ramai anak-anak berusia enam tahun yang tidak berpuasa.
Buat saya tak senang duduk.

Moga ibu dan ayah mereka tidak jemu untuk mendidik mereka.

Teringat saya cerita ibu, tentang Mal ketika berusia enam tahun.
"Bu, haus bu. Haus."
Lepas tu, Mal sambung tidur balik.
Macam-macam caranya memujuk ibu untuk berbuka.

Semangat saya untuk mendidik ahli-ahli Syurga terus subur,insya Allah.
Saya mencintai mereka kerna-Nya.
Demi Allah, satu hari nanti saya pasti rindu akan mereka.

Ali bertanya kepada sahabat saya. "Teacher. Kenapa yellow class tu, tak puasa?"
"Ali kena tanya Teacher Afiqah kalau Ali nak tahu sebabnya."

Gelak besar saya. Moga terus belajar puasa Ali dan rakan-rakan!

Nota kaki
: Kelas kuning, dalam du'a, selalu.

August 03, 2012

Silap.



"Ha? Dua puluh tujuh? Kita dah ada kat kampung ni."

"Haha. Biar betul awak, dua puluh tujuh."

Silap besar.
Asar, baru saya perasaan, hari ke tujuh berpuasa saya menulis tarikh, hampir berakhirnya Ramadhan kali ini.

Saya tak pasti.
Mungkin faktor tak sabar nak balik rumah. 
Tak sabar hendak berbuka.

Moga anak-anak, dapat memaafkan diri ini.


Nota kaki: Salam pertengahan Ramadhan.


July 22, 2012

Maaf.


Selalu.
Bila saya sampai, mahu membuka pintu sekolah, saya perasan, kereta ayahnya sudah ada di perkarangan sekolah.

Dia anak murid pertama yang sampai ke sekolah dan yang terakhir pulang dari sekolah untuk sesi pagi.

Satu hari, dia datang dekat dengan saya.
Teman-temannya sudah pulang, dia berkata, "Teacher, mama saya selalu ambil lambat."
Dengan nadanya yang perlahan.

Saya peluk dia, erat.
"Maafkan mama kamu ya."

Dia angguk, lalu berlari untuk sambung bermain.

Hampir setiap hari, dia bersabar menunggu mamanya.
Moga kamu nak, terus menjadi anak solehah dunia dan akhirat.

Nota kaki: Ramadhan, datang!

June 01, 2012

Ukhwah.


Ada seorang (dua?) kawan, yang kita tidak suka dengan satu sikap buruknya. 
Orang lain pun sedar akan sikap buruknya itu. 
Tapi, sampai sekarangpun kita masih tetap berkawan dengannya. 
Malah rindu-rinduan pula jika lama tak ketemu, aduhai~ 
Teman lain sampai tertanya-tanya, "Kau tahu dia begitu, kenapa masih bersahabat dengannya?" 
Entahlah. Tidak terungkap. 
Mungkin itulah tandanya, kebaikannya yang lain telah menguasai dirinya, lalu menutup sikap buruknya. Hinggalah akhirnya kita setuju, "Ah, kecil saja keburukan dia itu. Dah memang tabiatnya sejak kecil agaknya." Di sinilah tahap persahabatan tertinggi. 
Kita benci cuma pada sikapnya, namun tidak pada orangnya. 
Kita masih sayang dan ingin terus bersahabat dengannya. 
Sampai bila-bila. 
Sampai syurga kali. Indahnya ukhwah ini. 

-SangPelangi-


Nota kaki: ♥

May 30, 2012

Du'a.


Selalu.
Jiwa saya bergetar.

Apabila anak-anak yang baru kenal dunia, masih boleh di lentur lagi, meminta pada Nya dengan penuh semangat agar Allah rahmati hidup ibu dan ayah mereka, hampir setiap hari.

Kadang-kadang, rasa kecil sahaja ketika mereka bersama teman-teman bermunajat pada Nya.
Kadang-kadang, ketika mereka berdu'a, saya akan diam dan mengaminkan harapan mereka.

Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah buat ibu ayah mereka, juga saya, yang mungkin akan hadir dalam cerita hidup mereka buat sementara.


Nota kaki: Pertengahan tahun, penuh warna. Salam Rejab 1433H.

May 15, 2012

Alis.

Berkerudung dan berjubah hitam.
Saya ternampak mereka bertiga bermain, berlari-larian.
Keluar dari kereta,saya terdengar suaranya bergelak-ketawa bersama teman-temannya.

Saya amati suara itu,rasanya seperti saya pernah dengar tahun sudah.
Susuk tubuhnya juga buat saya tertanya-tanya,adakah dia?
Saya mengunci kereta dan menoleh ke arah mereka.
Mereka tiada lagi di hadapan saya.

Memberanikan diri,memasuki kawasan larangan,sekolahnya...dan saya terlihat wajah dia!
Sangat indah,berbeza dari dia yang dulu.

"Assalamualaikum. Alisss!", jerit saya.
Mahu sahaja saya memeluknya dan menciumnya ketika itu. Indahnya dia,Allah sahaja yang tahu.

"Alis,kenal siapa?", ramah saya.
Dia menjawab salam saya dan kaget seketika. Malu-malu dan sambil tersenyum,dia menyebut nama saya.
Allah Allah. Saya terharu.

Bertanya kabar diri dan keluarganya.
Keadaan teman-teman dan suasana di sekolah baru.
"Best!", balasnya.

Ibunya berkerja di awan biru,dan Alis belajar di sekolah tahfiz, buatkan saya amat terharu dan semakin rasa kagum dengan kerja Tuhan.

"Alis. Cakap dengan mama, teacher kirim salam."

"Okey!" Sambil kami bersalaman.

Melihat dia berlari ke arah ayahnya dan saya berdoa,semoga panjang jodoh kita.
Jumpa lagi, ya Alis!

Moga dirimu dan teman-teman seperjuanganmu dalam bimbingan-Nya selalu.

Nota kaki: Sore yang indah.

Koyak.

Selalu.
Saya kurang faham bahasa kasih,sayang dan cinta anak-anak.
Hingga saat ini,saya masih terus memerhati dan cuba memahami bahasa mereka.

"Insya Allah. Nanti,teacher gam ek Fan."

Janji saya pada si Irfan, setelah dia menunjukkan pada saya, bukunya sudah koyak.
Lama selepas itu,saya hairan,bukunya masih belum di gam-gamkan oleh ibu mahupun ayahnya.
Saya yakin ibu ayah Irfan seorang yang teliti dan menjaga baik buku anaknya,tetapi buku kuning itu masih belum digamnya.

Hinggalah,satu hari, "Irfan! Teacher nak buku Fan,boleh? Mahu betulkan buku Fan balik."
Dengan pantas dan berlari-lari anak dia memberikan bukunya kepada saya.

"Okey Ifran. Dah siap! Maaf, teacher lambat betulkan buku Fan."

"Thank you,teacher!",katanya sambil senyum tiga.

Allah Allah,musykil saya.
Barangkali,sebelum-sebelum ini, saya selalu membetulkan buku kawan-kawannya yang semakin teruk walaupun baru lima bulan bersekolah.

Barangkali juga,terdetik juga dalam hati si Irfan, "Kenapa teacher tak pegang buku aku agaknya?"

Barangkali...


Nota kaki: Melihat mereka semakin membesar!

April 23, 2012

Tiga belas.


Alhamdulillah.
Malam itu, saya bawa balik ke rumah, sate. Buat coklat kek dengan coklat cream cheese.
Semangat berkobar-kobar masa tu.

Isya' baru naik,bersihkan diri. Dan bila saya turun kembali ke ruang tamu.
Ibu ayah telah pulang,dan..."Makan,kak!"

"Kenapa beli sate?"

"Teringin nak makan. Pastu raikan Mal,bu."

Tak sangka pula ibu saya sayu.

Mal tiada di rumah ketika itu. Kami raikan Mal dari jauh dan bertiga sahaja-ayah,ibu,saya. Tetapi saya amat yakin,Yang utama lagi mulia seiring dengan kami, sama-sama mendu'akan Mal.

Sudah besar Mal. Sudah boleh jadi abang saya juga.
Kehidupan di sana barangkali mematangkan Mal.

Saya du'akan,moga Mal berjaya dunia dan akhirat!

"Ibu,ayah. Terima kasih kerna lahirkan Mal",ucap saya buat mereka, mewakili Mal.


Buat Mal...

Pagi sembilan belas haribulan yang lalu,kak fqh ternampak satu kemalangan. Berlaku berhampiran rumah kita. Ada kereta Avanza hijau, terbalik ketika keadaan di kawasan rumah kita,hujan turun,amat lebat. Memang rasa sayu dan insaf - takziah buat mereka.

Ketahuilah Mal sayang. Barangkali kita sememangnya gembira dan bersyukur apabila menyambut ulang tahun kelahiran kita.Tetapi, perlu sedar Mal, pada tarikh yang sama pasti ada mereka yang pergi menghadap Illahi.

Oleh itu Mal, setiap pagi, bangun dari tidur. Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi dan juga sebelum kita tidur. Moga Allah merahmati hidup mereka.
Yakinlah Mal,giliran kita juga akan menyusul.

Senyum selalu,Mal. 
Seronokkan kena baling tepung dengan teman-teman?
Raikan dan doakan mereka selalu.

Ya Mal,selamat ulang tahun ke tiga belas!


Nota kaki: Ya Rabb,satukanlah hati kami adik-beradik dan kuatkanlah iman kami dalam ujian yang telah Engkau tetapkan buat kami.

Nota kaki dua: Selalu cakap dengan Mal,apa yang kami. Kakak-kakaknya buat perkara yang tidak baik,janganlah diikuti dan diulangi. Ikutlah apa yang baik-baik sahaja daripada kami. Salam rindu,Mal!

Nota kaki tiga: Gambar-Sore di Masjid Besi. Sangat sabar si kakak melayan kerenah si adik.

April 09, 2012

Dua per tiga.

Saya pulang lewat.
Dhuha di Masjid Besi, isya' juga begitu.
Terapi diri buat saya sebelum segalanya bermula kembali, es-em-es saya kepada seorang teman.

Jumpa ibu sebelum tidur,dan antara nasihat ibu buat saya.

"Tahjud buat selalu. Dah tua-tua ni, tak yah nak tinggal tahjud."

Adehhh.
Dah tua-tua.
Menikam kalbu saya.
Tahjud-insya Allah akan terus bermujahadah dan istiqamah.

Ibu tahu bagaimana keadaan anaknya.
Terima kasih ibu,kerna sentiasa mengingatkan saya.

Moga Allah sentiasa menjaga ibu setiap detik.
Moga kami,anak-anak ibu juga tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan ibu dunia akhirat.

Nota kaki: Bagaimana keadaan kami,anak-anak ibu, ketika menjadi gadis semasa?

April 07, 2012

Cair I.


MyGMJ







Saat itu saya cair,teringat saudara-saudara seIslam di sana.
Peranan saya yang jauh beribu batu ini,perlu dilipat gandakan lagi,insya Allah.

Ikram

Ibunya bercerita, Ikram hampir setiap malam akan bertanya pada saya...
"Mama. Mama rasa Teacher Afiqah dah tidur ke?"

"Dah,Ikram."

Jika hujung minggu pula,
"Mama. Mama rasa, Teacher Afiqah sekarang tengah buat apa?"

Adeh. Tak terjawab si mama-nya.

Tanya teman saya,saya telah buat apa pada si Ikram?
Saya kira layanan saya terhadap anak-anak, sama rata.

Ikram benar-benar buat saya cair.


Arman

"Arman! Arman, conteng buku? Arman tak sayang teacher ya?"

"Sayanggg!"

Angin saya, bila anak-anak conteng buku. Memang menguji kesabarankan?

Bila mahu pulang, Arman menaiki van. Saya lambai Arman dari atas.
Dia nampak saya,kembali senyum dan lambaiannya kencang sekali.

"Bye,teacherrr!"

Demi Allah,saya cair kembali.


Nota kaki: Kuatkan hati hamba-Mu Ya Rabb!