
"Hidup terbina antara pahit dan manis.
Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan
kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan."
[Hamka]
--- Tetap bersyukur dengan nikmat, setiap pertemuan yang diaturNya.
Dan...
Moga-moga, kita sentiasa dilindungiNya ketika berpisah.
2 comments:
Sederhanakan manis, sederhanalah pahit
Maha Adil, Maha Bijaksana Dia
yang ciptakan rasa manis-pahit, manis-pahit
silih berganti, demi menyerlahkan
Kebenaran hakiki, kepada yang mencari.
Dalam diam, Dia ingin dikenali
di balik selubung manis-pahit dunia ini
sudahkah ditemui?
Wahai diri, moga makin terfahami ma'na di balik tabir masa dan kejadian yang berlalu..
dengan kemurahan~Mu jua, Ilahi.
Benar sahabat. Sederhanakan manis, sederhanalah pahit.
Jika terlalu manis hidup ini, takut-takut kita akan melupakan Yang memberi rezeki, Yang melimpahkan nikmat dengan penuh kasih sayang sehingga tidak mampu kita untuk membalasnya.
Biarkan...dengan hadirnya rasa pahit dalam kehidupan, dapat kita sentiasa bergantung harap padaNya-sesekali tidak akan melupakanNya.
Terimas atas peringatannya,sahabat.
Semoga kuat, dalam menghadapi pahit manis kehidupan yang telah ditetapkanNya buat kita.
:D
Post a Comment