October 31, 2007

Manusia dan Rezeki

Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja.
Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir.
Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
Jika rezeki itu memang Allah S.W.T takdirkan untuk kita, maka tiada sesiapa pun yg dapat menghalangnya. Dan jika rezeki itu memang ditakdirkan bukan milik kita, maka usahalah seberapa banyak mana pun, maka tetap jugak tak akan menjadi milik kita. Allah berkuasa memberi rezeki kepada makhluk-Nya.

October 29, 2007

Andai bisa ku kirimkan air mata

andai bisa ku kirimkan air mata..


pasti sudah lama ku lakukannya..
moga ia mampu bersama..
menjadi penguat jiwa..
kerna aku hanya seorang anak yang biasa..
kepada seorang ibu yang tabah lagi mulia..
sentiasa mengharap doa tulusmu menghadapi ranjau dunia..
maafkan salah silap anakmu yang berdosa..
kerna tidak pernah terlintas dari segenap rasa..
untuk membuatkan kau terluka..
tapi hati tidak dapat menerima..
walaupun dikau kata aku bukan penyebabnya..
kerna sepertimu..
aku turut punya rasa hatiku..
dan hatiku berkata denganku..
bahawa aku ada dosa denganmu..
lantaran itu..
mana mungkin aku mampu tidak mengalirkan air mata..
ku hanya mampu mengharap..
mengharapkan kepada air mata..
agar air mata murahku ini..
mampu membeli kemaafan yang tinggi..
kemaafan ikhlas dari dirimu yang mulia..
yang tidak pernah tua di dalam hatiku..
malah sentiasa gagah seperti orang muda..
moga kau maafkan kesalahanku..
tidak pernah sekalipun terlintas di benak fikiranku..
untuk membiarkan kau berduka..
maafkan ku..

October 28, 2007

Insaf



A: " 80% industri halal dimonopoli bukan bumiputera."

B: "Agaknya bumiputera belum nampak potensi."

Senyum kambing-utusan malaysia-27/10/2007

October 27, 2007

Seni atau Sindirian?

Coklat Masjidil Haram
Chefs put finishing touches to a chocolate model of the Grand Mosque in a luxury hotel in Jakarta September 16, 2007. The chocolate sculpture, measuring 2.5 metres by 5 metres, was made from 150 kg of chocolate. The model will be displayed in the lobby of the Grand Melia Hotel during the Muslim fasting month of Ramadan. REUTERS/Supri (INDONESIA)

Jawapan cinta




October 25, 2007

Cinta Oh Cinta


Pantun orang Melayu zaman dahulu:

Nasi lemak buah bidara
daun selasih saya lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan

Kalau roboh kota Melaka
papan di Jawa saya sorongkan
kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga saya serahkan

Orang muda kita pula berkata:
‘cinta itu buta’
‘cinta tak boleh dijual beli’
‘cinta medic’
‘sms On Cinta’


‘engkau bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu’
‘dua hati jadi satu bila kita bertemu’
‘bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu’
‘aku memang pencinta wanita tapi ku bukan buaya’
gila-gila cinta
harganya mahal
nak beli tidak daya
tapi ia datang percuma
dengan sepenuh jiwa dan raga
meredah, melanggar sesiapa sahaja yang menghalangnya
kerana ia tidak bermata
emak sendiri pun sanggup dibuang
demi kesetiaan pada si dia
mata sepet tidak mengapa
hidung kembang alangkah lawanya
sudah bersatu dunia kita
susah senang kita berdua
dunia akhirat kita bersama

wah …. wah …. wah

Datang zaman kebangkitan Islam. Arus dakwah terkena kepada sesiapa sahaja samada orang ini memang nak berdakwah atau orang ini adalah sasaran dakwah. Berubah nilai dan neraca. Yang dahulunya jahiliah bertukar jadi Islamik dengan sedikit ‘dakwahisasi’. Orang muda sekarang cerdik sungguh…. Pandai ‘adjust-adjust’. Pandai ‘modify’. Mereka ni mungkin tak pernah lagi berjaya mengislamkan orang bukan Islam,tapi mengislamkan unsur-unsur jahiliah ni cekap bukan main. Bukankah Adam dulu juga bercinta dengan Hawa? Bukankah Nabi Sulaiman juga bercinta dengan Ratu Balqis? Bukankah qudwah cinta sejati itu pada Ali dan Fatimah? Ni semua akibat baca silibus usrah tak betullah ni.

Lalu da’ie zaman moden pun bercintalah juga. Tapi mereka bercinta tidak sama macam orang lain tahu. Sempadannya batasan syarak. Main-main perasaan sahaja, tidak lebih dari itu. Takut Allah murka, tak berkat dakwah nanti.

kau tahu ku mencintaimu
ku tahu kau mencintaik
uooohhhh kasihbersabarlah sayang
saat indah kan menjelma jua

tapi …….
'sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan’

Temu janji bukan di panggung wayang. Bukan kat Dataran Merdeka. Bukan kat Hard Rock Cafe. Ni da’ie ni ….. Tempat-tempat lagho macam tu tak mainlah ….

alangkah riangnya hatiku
luahan rasaku mendapat perhatian
ku terima balasan darimu
kau jua menyimpan perasaan
warkahmu memberi kepastian
agar kejayaan menentu pertemuan
setiap kali di akhir katamu
kau selalu tulis
SEE YOU DI ICV …eeh silap IPT (sorry orang Victoria)

Mereka ada fikrah Islamiah …. fikrah asolah lagi. Sebab tu bila bercinta mereka ni setia dan sanggup berkorban segala-galanya. Maklumlah … cinta mereka ni lahir dari tasawwur yang jelas dan fikrah Islamiah yang tulen.

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biar pun sengsara
berkorban segala-gala

Samar …. Buka Lampu Sikit

Sikit membebel ni bukan kerana apa. Kerana sayang dan harapan yang kami berikan kepada pendakwah-pendakwah muda. Harap-harap jangan tertipu dengan perkara-perkara seumpama ini.
Cinta sememangnya fitrah manusia. Jalan terbaik untuk menyalurkan fitrah adalah pada perkahwinan. Penegasan diberikan oleh Rasulullah s.a.w.: “Tetapi aku berkahwin dengan wanita. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku.”

Jaga pandangan mata. Jaga pergaulan. Kita ada batas pergaulan kita sendiri.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.” Sabdanya lagi: “Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”

Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie. Jangan suka sangat chating dengan orang yang kita sendiri pun sebenarnya tak tahu mana datangnya. Buang masa satu hal. Letih melayan perasaan satu hal lagi. Letih nak ‘mengayat’ satu hal lagi.

Jangan juga ambil kesempatan untuk buat ‘marketing’ dalam aktiviti-aktiviti bersama lelaki perempuan. Kalau aktiviti sesama lelaki, pakai kain pelekat dengan t-shirt pun tak pe. Busuk sikit, tu bukti kita kuat buat dakwah sampai tak sempat nak mandi. Kalau aktiviti bersama, siap mandi dan sental seluruh badan. Seterika baju, pilih baju, pakai stokin, kiwi kasut, pakai gel rambut dan pastikan ‘gaya thiqah’.

Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.” Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’. Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu? Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat.

Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.

Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama. Macam pelik je bunyinya tu.

Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.

Memanglah pendakwah muda ni kalau tulis email dan berchating, dia tak tulis macam orang lain. Jiwang-jiwang tak mainlah. Mereka ni baca kitab Muntalaq. Kami adalah anak-anak singa dan bukannya kijang yang jinak. Amboiii. Tapi kadang tu kita tak perasan, jiwang tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Jahiliah berubah bentuk. Maka begitulah juga dengan jiwang. Dulu ‘I love you’. Sekarang ‘bersamalah kita memburu cinta Allah’. Dulu ‘demimu sayang lautan sanggup ku redah’. Sekarang ‘moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini’.

Ini adalah sikit nasihat. Harapnya tidak ada yang berasa hati. Moga kita dapat menjaga diri kita lebih dari kita menjaga diri orang lain.

October 22, 2007

Berapa Nilai Masa Pada Anda?



Masa adalah anugerah Allah kepada semua manusia. Masa bererti peluang buat kita semua. Nilai masa pada orang Melayu lebih dari emas. Orang Arab pula menganggap masa dan manusia seperti dua musuh yang berlawanan; si bijak akan menundukkan masa, yang tidak bijak akan dikalahkan oleh masa. Masa tidak akan kembali. Ia akan terus berjalan samada kita mahu atau tidak. Ia cukup bernilai. Yang telah lepas akan hanya tinggal kenangan. Yang akan datang belum tentu menjadi milik kita Yang kita miliki hanyalah saat ini.

Allah bersumpah dengan masa dalam banyak ayat di dalam al-Quran. ‘Demi masa’. ‘Demi waktu Fajar’. ‘Demi 10 malam’. ‘Demi waktu Dhuha’. ‘Demi malam ketika ia tiba’. ‘Demi siang ketika ia menjelma’.

Lima perkara yang sepatutnya direbut oleh manusia; semuanya berkait dengan masa. Masa hidup sebelum mati. Masa kaya sebelum masa miskin. Masa lapang sebelum masa sibuk. Masa muda sebelum masa tua. Masa sihat sebelum masa sakit.

Begitulah sebenarnya nilai masa pada manusia.

Kita akan makin sibuk dari hari ke hari. Tanggungjawab akan semakin besar. Kerja akan bertambah. Cabaran dalam kehidupan akan meningkat. Dulu kita ada masa untuk berbual panjang; sekarang nak bincang kena mencuri-curi masa. Dulu kita boleh makan-makan dan jalan-jalan; sekarang makan dan jalan di tempat yang kita kena buat kerja sahaja. Tengah-tengah suasana sibuk itu juga kadang-kadang kita jatuh sakit. Tengah-tengah sibuk itu kadang-kadang kita ada masalah-masalah yang kecil. Susahnya nak cari pembantu masa tu. Ada yang tak dapat membantu sebab dia pun tak cukup masa. Tapi tak kurang juga yang tidak boleh membantu sebab dia tak reti guna masa. Dakwa sibuk, masa lapang sebenarnya bersepah-sepah. Tidur sampai berjam-jam sehari. Menung pun panjang. Melayan hobi sendiri bukan main lama. Kerja bagi tak siap-siap.

Hasan al-Banna mewasiatkan agar kita nasihat menasihati satu dengan yang lain dalam masalah masa. Katanya: “Kewajipan lebih banyak dari masa. Bantulah orang lain agar mereka memanfaatkan masa mereka. Jika kamu ada urusan (peribadi) lakukanlah dengan ringkas.”

Sememangnya kita perlu kepada nasihat ini. Kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita tak gunakan masa kita secara maksima. Lepas beberapa hari, rupanya banyak kerja tertangguh. Sebab tertangguh, tanpa sebab! Puncanya kerana kita tak hargai masa. Kita rasa ada masa lagi, rupanya dah tak ada masa. Kalaulah masa tu macam kredit talipon kita, tentu kita lokek untuk membazirkannya macam kita kedekut nak bagi orang lain pinjam talipon kita. Tapi oleh kerana masa tak macam tu, mungkin kita tak terasa sangat kehilangannya.

Kita kadang-kadang tak sedar yang kerja kita ni ditanggung oleh orang lain sebab kita tak selesaikannya. Ada orang yang dah terbeban dengan satu bebanan di luar dari batas perikemanusiaan kerana menanggung kerja-kerja orang lain yang tak siap-siap. Kita buat selamba je. Lepas tu boleh nasihatkan lagi kawan kita supaya thabat dan bersabar. Janganlah macam tu. Rahmatlah sikit kat orang lain.

Cuba kita bayangkan kalau semua dari kita jaga masanya dengan baik dan isi dengan tugasan-tugasan yang diberikan …. alangkah indahnya dunia ni. Beban makin berat jadi kita kena bersedia. Cabaran makin besar maka kita kena sempitkan masa untuk urusan peribadi dan berikan masa kepada amal-amal kita.

Berilah masa nilainya yang hakiki.

October 20, 2007

Sekiranya Kita Suka Dan Rela






Bismillah


Tiada kata yang mampu diluah lagi. Atau, apakah makian paling keji yang harus dihembur?


Yang pergi, sudah selamat disemadi. Yang tinggal, masih belum lerai penderitaan, jua tangisan. Sungguh memilukan. Pemergian yang sangat merobek hati-hati dan jiwa-jiwa seorang manusia. Sangat pasti, kanak-kanak sekecil adik Nurin Jazlin, mulus daripada dosa, walau sezarah pun.


Pada ketika umat Islam berada dalam bulan yang tersangat mulia dan bakal menyambut Aidilfitri yang bahagia, hati kita disiat-siat tanpa memikir akan deritanya. Rakyat Malaysia digempar lagi dengan pemergian adik Nurin Jazlin yang didera, dirodok kemaluannya dan mayatnya disumbat di dalam beg. Semua insan berdukacita dan tidak kurang juga yang mencerca.


Namun, apakah cukup dengan air mata atau cacian yang paling hina?


Teringat saya akan peristiwa sebelum Tanah Melayu merdeka. Kisah seorang wanita keluar dari agama (murtad). Gegar bumi Malaya, bila seluruh rakyatnya bangkit menentang apa yang menimpa. Demikian hingga ke beberapa ketika, rakyat Islam Malaysia masih memandang penting perkara murtad. Namun, kini suasana telah bertukar. Perkara murtad seolah-olah tiada apa-apa kerna sudah terlalu lazim dan biasa hatta seorang mufti berbicara untuk apa kita halang orang yang murtad?


Apa yang saya ingat, HIV mula masuk ke Malaysia pada awal 80-an. Pada waktu itu, semua risau dan gempar dengan virus ini. Hari-hari terpapar di dada akhbar, television dan lain-lain media massa. Namun hari ini, suasana telah bertukar. Virus ini sudah jarang diperkata kerna ia sudah terlalu biasa.


Begitu halnya perihal dadah, kes rogol dan macam-macam lagi jenayah yang menimpa. Di awal kewujudannya, ripuh orang berkata. Bila sudah lazim dan terbiasa, ia akan lenyap. Walhal semua itu mengundang bala.


Pada saat ini, kisah adik Nurin Jazlin begitu mencuri perhatian semua warga. Masing-masing meluahkan rasa. Namun, tidak mustahil kisah umpama ini suatu masa nanti akan lenyap lantaran ia sudah biasa. Walhal, ia terlalu bahaya. Kalau kita tidak sama mengubah dan membanteras dari akar umbi, pasti ia akan terus berluasa.


Apakah kita redha dengan apa yang menimpa atau cukupkah dengan hanya meluah rasa? Pasti tidak cukup. Oleh itu, apakah vaksin yang paling ampuh? Sudah pasti dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.



Pada pandangan saya, apa yang menimpa adik Nurin, secara langsung atau tidak, kita turut terlibat sama. Penderitaan seksual yang dialami oleh anak kecil ini adalah kesan masalah tekanan seksual yang dideritai si perlaku.


Saksikanlah apa yang ada di sekitar kita. Semua sudut dan ketika, semua tempat dan masa, sukar untuk kita larikan diri dari memandang perkara yang merangsang nafsu. Pada television, surat khabar, majalah, masyarakat dan pergaulan serta apa jua, banyak yang terdedah dan terbuka. Apakah manusia tidak ada nafsu melihat semua itu?


Telah jelas Allah berfirman di dalam kitab-Nya yang bermaksud:


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).(Ali-Imran:14)


Kerana itulah Allah perintahkan agar wanita-wanita menutup aurat mereka. Untuk ketenteraman dunia.Sabda Nabi s.a.w:


المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان وأقرب ما تكون من ربها إذا هي في قعر بيتها

Ertinya : "Wanita itu adalah aurat (seluruh tubuhnya kecuali tangan dan wajah menurut jumhur ulama), dan apabila ia keluar dari rumah, maka Syaitan akan menghiaskannya (sehingga mampu menarik padnangan lelaki), dan paling hampir wanita dengan tuhannya adalah apabila ia berada di rumah" (Riwayat at-tirmidzi, no 1173, 3/476 ; Ibn Hibban, 12/413 ; Imam Tirmizi berkata : Hasan Gharib ; Syuaib Arnout : Sanadnya sohih)


Lelaki mana yang tidak terliur melihat dada yang terbelah, betis putih bunting padi. Bayangkan kalau ini menjadi tatapan harian, jiwa manakah yang mampu bersabar. Mahu berkahwin, ekonomi kurang menggalakkan. Akhirnya kanak-kanak seperti adik Nurin Jazlin menjadi mangsa. Dia masih lemah, mudah diperdaya dan tidak mampu berbuat apa-apa.


Oleh itu, sekiranya kita suka dan rela melihat babak dalam kisah anak malang ini berterusan, teruskanlah dengan pakaian putih ketat. Kain belah dan skirt singkat. Dedahlah segala apa yang ada pada kita dengan mencampak semua suruhan dan larangan Allah. Tidak takutkah kita pada azab Allah di akhirat kelak?



Moga Allah pelihara diri kita, keluarga kita dan masyarakat Islam seluruhnya. Moga Allah golongkan kita di kalangan mukimin yang sentiasa memlihara agama-Nya. Ya Allah, ampunilah dosa kami semua. Al-Fatihah buat adik Nurin Jazlin Jazimin.


Wallahu a'lam