May 31, 2009

Mal.



Semoga hijrah kali ini, membawa manfaat buat kamu, serta kami...Mal.
Semoga DIA permudahkan urusan dunia dan akhirat, kita.

Sayang kamu, selamanya.

May 28, 2009

Sabar menanti.



Sebelum asar...

saya: tapi saya jenis orang yang cepat berputus asa jika sedang giler berusaha.

dia: DIa maha pembantu.

dia: Sungguh syaitan itu suka menyelinap sekitar kita, apatah dalam susur yang paling halus, pasti bisa dia tembusi, Rasul sendiri ada bersabda, syaitan itu mengalir di dalam darah.

dia: itu bisikan rasuk syaitan, lalu pohonlah keampuanan pada ALLAH swt kerna DIa amat cinta orang muda yang selalu kangen memohon ampun dan pertolonganNya.

dia: kamu kan orangmuda :)

saya: terimas ingatkan saya tentang tanggungjawab sebagai orang muda.

dia: insyaALLAH... kalau ibu itu yakin denganmu, maka ALLAH itu lebih yakin dengan kamu... masakah kamu tidak yakin kerana Dia dan ibu senantiasa di belakang kamu.

saya: sugguh, saya terlupa akan itu...

Jarang-jarang saya mengeluarkan perbualan di yahoo messenger saya di blog. Tetapi ia buat diri...sekali lagi tentang orang muda.

Hampir terlena...

Telefon bimbit saya berbunyi, tanda ada es-em-es masuk.

"Selamat malam alif.fa.ya.qof.ha.
Allah selalu bersama-sama mu.
DIA tidak pernah meninggalkanmu.
Moga mimpi indah ya."


Alhamdulillah. Sangat bersyukur di atas nikmat pertemuan kali ini. I'ya, kerja Tuhan pernuh rahsia.

Buat diri: Moga terus mampu berjalan.

May 25, 2009

By John Schmidt


Walimah.

Okey. Alhamdulillah. Dapat juga saya memenuhi jemputan Kak Kinah. Pertama kali menjejakkan kaki ke Sabak Bernam, buat saya begitu teruja. Persekitarannya yang penuh dengan hijau-hijauan, saya tidak melelapkan mata walaupun sesaat sepanjang perjalanan (kecuali waktu pulang).

Bertemu dengan pasangan raja sehari membuatkan saya sedikit lega kerena dari rumah ke rumah pihak lelaki membuatkan saya tidak senang duduk, memandangkan ayah juga tidak biasa ke sana.

Alhamdulillah. Dengan izin-NYA, dipermudahkan perjalanan kami ke sana.

Pulang. Kami beli oleh-oleh untuk dijadikan kenangan.Yang utama dan mulia berkata, jeli kelapa di sana lebih enak berbanding di bandar Hang Tuah. I'ya, saya tidak menafikannya. Sangat enak dan segar!

Sangat meletihkan perjalanan ke sana tetapi pengalaman yang diperoleh amat saya syukuri.
Buat Kak Kinah dan suaminya, selamat mulakan kehidupan berdua dan tinggalkan berita pada saya jika sudah bertiga.

Buat ibu,ayah serta yang utama dan yang mulia...terimas kerna sudi penuhi kehendak saya.

May 15, 2009

Adakah kau lupa.



Selamat hari guru buat cikgu-cikgu yang mendidik diri ini hingga menjadi manusia serta du'a yang tidak putus-putus buat saya dan juga teman-teman untuk berjaya dunia dan akhirat.
Mudah-mudahan cikgu-cikgu, dibawah lindungan rahmat Illahi sentiasa.

Juga...buat mak lang dan haruman syurga, Selamat Hari Guru!

Nota: Tak jumpa lagu buat cikgu...tetapi, haruman syurga mainkan lagu ini buat anak-anak muridnya yang masih hijau itu.

Terimas cikgu!

May 12, 2009

Rotan.

Lagi cerita tentang pelajar perlu dirotan guru oleh guru jika ada masalah disiplin. Bagi saya...ibu bapa yang perlu merotan pelajar(anak-anak) terlebih dahulu sebelum guru. Sebelum itu, yang menulis entri ini, bukanlah seorang guru tetapi seorang pelajar(akan sentiasa menjadi pelajar) dan juga bukan seorang ibu (sedang bersiap sedia ke arah itu) tetapi seorang anak.

Kena rotan.
Antara cara didikan ayah saya ialah rotan. Memang masa saya kanak-kanak, rotan sudah tidak asing bagi saya. Bukan apa, jika ada kesalahan yang dibuat, pasti balasannya ialah rotan yang ayah beri. Ayah saya bukan gila untuk merotan anak-anaknya sesuka hati. Dan, tidak pernah merotan saya dengan mengikut hawa nafsunya tetapi ayah sentiasa waras ketika menghukum kami.

Ketika sahur di bulan Ramadhan. Ayah akan pastikan kami akan makan berjemaah. Nak tak nak, anak-anak kena bangun sahur...jika tidak, rotan sebagai pangganti sahur. Pernah sekali (sedang belajar puasa), saya sudah duduk sebelah ayah. Tetapi mata saya sedang pejam. Tiba-tiba, "Zasss'!" sipi lagi saya kena, ayah merotan simen sebelah saya. Memang terpaksa sahur juga. Cerita ayah tentang nikmat sahur kurang saya peduli, nikmat tidur lebih saya harapkan.

Bila sudah sedikit berilmu, hidayah Allah turun...saya berubah. Sudah mula mudah bangun sahur dan saya sendiri, wajib bersahur. Semasa di asrama, roti dan air kosong menjadi santapan dan saya perlu terhegeh-hegeh mencari pahala buat bekalan di'sana'.

Terima kasih, ayah.

Sampai bila?
Saya tidak ingat bila ayah mula tidak memberi rotan sebagai hadiah buat kami. Tetapi, sangat yakin...darjah tiga(atau empat) memang saya dah tidak di rotan. Ayah guna pendekatan lain yakni bersuara sahaja jika menegur saya.


Marah dan sayang.
Bohong la jika saya cakap, saya tidak marah akan ayah asbab merotan saya (perasan rasa diri saya betul). Mesti ada perasaan itu. Ayah pandai mengambil hati kami selepas kami kena rotan, ayah yang mulakan kembali bicara dalam keadaaan biasa. Ayah lebih kenal anak-anaknnya (saya akan diam, kadang-kadang sehari tidak bercakap,selepas kena marah!) Tetapi,marah saya tidak akan lama walaupun tempat kena rotan itu akan saya ingat. Siapa saya untuk menyimpan perasaan itu terhadap ayah?

Sekali lagi...bila sudah sedikit berilmu, hidayah Allah turun...saya cuba faham kenapa ayah rotan saya. Tidak pernah saya tinggal mendoakan buat ibu ayah usai solat setakat ini(alhamdulillah). Perasaan sayang semakin menebal. Sentiasa berusaha menggembirakan ibu ayah kerna sedar diri ini tidak mampu membalas jasa mereka.

Terima kasih, ayah.

Sebagai pelajar.
Saya rasa lebih baik kena rotan oleh ayah atau ibu di rumah berbanding di sekolah. Lagi malu seh...depan teman-teman, cikgu-cikgu kena rotan.

Masakan akan kena rotan di sekolah jika di rumah sudah merasainya.
Doa ibu ayah amat perlu kerna ia penuh makna.

Terpulang...
Pastinya cara didikan setiap ibu ayah buat anak-anak berlainan. Satu bonus yang Allah beri bila anak-anak mudah di bentuk, di corakkan tidak perlu dirotan (begitu juga buat si anak, ibu bapa tidak pernah merotan anda, patut bersyukur). Tetapi jangan lupa yang kita sentiasa layak diuji.
Doa ibu ayah sangat penting buat anak-anak berjaya dunia,akhirat.
Saya bersyukur mendapat ibu dan ayah.

Mula faham.
Usia semakin bertambah...saya semakin faham kenapa ayah dan ibu buat itu,ini pada saya dahulu.
Faham juga...kenapa orang-orang dulu mengatakan susah jaga anak perempuan walaupun seorang.
Faham...bukan mudah untuk membentuk manusia tetapi ia mudah dalam membentuk orang.
Banyak perkara yang semakin saya faham akhir-akhir ini.

Tetapi...saya rasa tidak best menjadi orang dewasa.


Salam manfaatkan masa lapang dan saat muda.

May 05, 2009

Solat.

SATU.

"Lama kamu solat kak", kata dia.

Balas saya..."Maaf Mal!"

Sebenarnya saya memang ada masalah sedikit jika bersolat di luar rumah.
Mereka yang menanti saya pasti akan sedikit gusar, kerna lamanya saya bersolat.

Maafkan saya.
Entah mangapa dan sehingga saat ini, saya masih berusaha untuk menjaga hati mereka yang keluar bersama saya kerna kelewatan saya. Pelbagai alternatif yang saya buat.

Maaflah...kadang-kadang solatnya cepat,bersiapnya lama.

Tapi...memang saya sedikit menggelabah jika ada yang menanti saya bersolat.

Nota: Tenang-tenang Mal.

DUA.

Usai mengikuti satu program. Saya merindui wajahnya yang manis itu.

"Ana malu!"

"Malu? Kenapa ukhti?"

"Saat fesi bertanya, " Parents siapa yang tidak mengajarnya solat, angkat tangan!" Ana angkat. Tapi macam semua orang kat situ bohong! Dalam tiga orang je yang angkat tangan waktu tu."

Saya bungkam.

Apa yang berlaku. Ukhti di hadapan saya, bukan calng-calang orangnya. Ilmu, sentiasa dia tagih, percakapannya membuatkan mereka yang mendengar berfikir. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki akhlak dan berusaha menjaga solatnya!

Maafkan mereka yang melahirkan dan membesarkan kamu ukhti. Pastinya kedua orang tuamu, mahu melihat anak-anak mereka, menjadi lebih baik daripada mereka. Tahniah kerna berjaya hingga ke saat ini. Ingatlah...kita bukannya seorang anak yang sempurna, begitu juga mereka. Tetapi kita semua sentiasa berusaha untuk menjadi sempurna. Moga-moga, kamu menjadi seorang bonda yang baik, kelak.

Nota: Jealous membaca du'a Abusaif. Ameen untuk du'anya.

TIGA.

Ada kelas tambahan yang perlu saya hadiri selepas tamat waktu persekolahan (ketika di tingkatan lima).
Saya perlu menaiki bas awam, kerna sudah terlepas bas sekolah.
Perjalanan dari perhentian bas ke rumah mengambil masa lebih kurang tiga puluh minit. Dalam keadaan panas terik, saya perlu berjalan pulang.
Teman sepanjang perjalanan saya ialah Malar. Kami tinggal di taman yang sama tetapi jalan yang berlainan.

Mestilah sebelum pulang ke rumah saya perlu solat zohor terlebih dahulu di surau sekolah. Jika tidak, saya perlu bermujahadah untuk mendirikan solat setelah penat berjalan.

"Maaf lambat, Malar. Terima kasih sebab tunggu saya" kata saya, setelah bersolat.
"Tak pe." balasnya sambil tersenyum.

Kami sepakat untuk pulang bersama dan Malar duduk di kantin dan menunggu saya bersolat. Hampir setiap hari, saya pasti akan mengungkapkan ayat yang sama begitu juga dengan Malar.

Sehinggalah satu hari...ayat yang sama saya ucapkannya cuma, Malar yang sedikit berbeza balasannya.

"Ada ke orang yang berjumpa dengan Tuhan-nya sekejap?"

Soalan Malar membuatkan saya diam.

Situasi lain...

"Kita keluar malam nak? Lepas kamu sembahyang Mahgrib. Okey?", pesan Kim.

Saya, "Okey! Jumpa kat pekan, nanti."

Nota:Rindu untuk keluar dengan teman-teman yang belum Islam.

EMPAT

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."
(Surah Ibrahim:40)

"…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran."
(Surah Al-Ankabuut:45)


Muhasabah diri,wahai diri.