May 30, 2012

Du'a.


Selalu.
Jiwa saya bergetar.

Apabila anak-anak yang baru kenal dunia, masih boleh di lentur lagi, meminta pada Nya dengan penuh semangat agar Allah rahmati hidup ibu dan ayah mereka, hampir setiap hari.

Kadang-kadang, rasa kecil sahaja ketika mereka bersama teman-teman bermunajat pada Nya.
Kadang-kadang, ketika mereka berdu'a, saya akan diam dan mengaminkan harapan mereka.

Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah buat ibu ayah mereka, juga saya, yang mungkin akan hadir dalam cerita hidup mereka buat sementara.


Nota kaki: Pertengahan tahun, penuh warna. Salam Rejab 1433H.

May 15, 2012

Alis.

Berkerudung dan berjubah hitam.
Saya ternampak mereka bertiga bermain, berlari-larian.
Keluar dari kereta,saya terdengar suaranya bergelak-ketawa bersama teman-temannya.

Saya amati suara itu,rasanya seperti saya pernah dengar tahun sudah.
Susuk tubuhnya juga buat saya tertanya-tanya,adakah dia?
Saya mengunci kereta dan menoleh ke arah mereka.
Mereka tiada lagi di hadapan saya.

Memberanikan diri,memasuki kawasan larangan,sekolahnya...dan saya terlihat wajah dia!
Sangat indah,berbeza dari dia yang dulu.

"Assalamualaikum. Alisss!", jerit saya.
Mahu sahaja saya memeluknya dan menciumnya ketika itu. Indahnya dia,Allah sahaja yang tahu.

"Alis,kenal siapa?", ramah saya.
Dia menjawab salam saya dan kaget seketika. Malu-malu dan sambil tersenyum,dia menyebut nama saya.
Allah Allah. Saya terharu.

Bertanya kabar diri dan keluarganya.
Keadaan teman-teman dan suasana di sekolah baru.
"Best!", balasnya.

Ibunya berkerja di awan biru,dan Alis belajar di sekolah tahfiz, buatkan saya amat terharu dan semakin rasa kagum dengan kerja Tuhan.

"Alis. Cakap dengan mama, teacher kirim salam."

"Okey!" Sambil kami bersalaman.

Melihat dia berlari ke arah ayahnya dan saya berdoa,semoga panjang jodoh kita.
Jumpa lagi, ya Alis!

Moga dirimu dan teman-teman seperjuanganmu dalam bimbingan-Nya selalu.

Nota kaki: Sore yang indah.

Koyak.

Selalu.
Saya kurang faham bahasa kasih,sayang dan cinta anak-anak.
Hingga saat ini,saya masih terus memerhati dan cuba memahami bahasa mereka.

"Insya Allah. Nanti,teacher gam ek Fan."

Janji saya pada si Irfan, setelah dia menunjukkan pada saya, bukunya sudah koyak.
Lama selepas itu,saya hairan,bukunya masih belum di gam-gamkan oleh ibu mahupun ayahnya.
Saya yakin ibu ayah Irfan seorang yang teliti dan menjaga baik buku anaknya,tetapi buku kuning itu masih belum digamnya.

Hinggalah,satu hari, "Irfan! Teacher nak buku Fan,boleh? Mahu betulkan buku Fan balik."
Dengan pantas dan berlari-lari anak dia memberikan bukunya kepada saya.

"Okey Ifran. Dah siap! Maaf, teacher lambat betulkan buku Fan."

"Thank you,teacher!",katanya sambil senyum tiga.

Allah Allah,musykil saya.
Barangkali,sebelum-sebelum ini, saya selalu membetulkan buku kawan-kawannya yang semakin teruk walaupun baru lima bulan bersekolah.

Barangkali juga,terdetik juga dalam hati si Irfan, "Kenapa teacher tak pegang buku aku agaknya?"

Barangkali...


Nota kaki: Melihat mereka semakin membesar!