January 28, 2009

Laskar pelangi



Laskar pelangi-Nidji

Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…


Suka dengan liriknya dan amat bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan olehNYA. Video clipnya buat saya rasa...sangat bersyukur.

Nikmat amannya negara, masih lagi diberi peluang beribadah dengan tenang, masih juga dapat menekan-nekan papan kekunci,nikmat hidayah serta iman, nikmat kasih sayang dan lagi...tidak tertulis nikmat-nikmatNYA pada saya. Alhamdulillah~

"Macam tak percaya novel yang pernah dibaca, berada di layar perak.",kata-kata Yang utama dan yang mulia.



Al-fatihah buat saudara-mara seIslam yang syahid di Gaza.

January 27, 2009

Pengharapan.



Ya Allah.

Maniskanlah wajahku,
Lembutkanlah tutur kataku,
serta,
Perbaikilah akhlakku,

Ketika berhadapan dengan
kedua ibu bapaku.




Ameen. Ameen. Ameen.

January 20, 2009

Nasihat.

Saya dinasihati oleh mereka-mereka itu...



Waqiah' selalu baca...dan jangan tinggal dhuha.

Seterusnya....


Jaga diri dan ibadah harian.


Akhirnya...



Berhijrahlah kita setiap saat,hampir dan tetap dalam kebaikan.In sya Allah.


Terimas semuanya. Bersyukur ketika masih ada mereka yang mengingatkan.
Dan pagi ini, saya tersenyum sendirian serta bermuhasabah diri di hadapan monitor, sedang asyik membaca entri-entri reti masak.

Cukup bagiku...




Cukup Bagiku
-Opick feat Gito Rollis

Penuhi jiwa ini dengan satu rindu
Rindu untuk mendapatkan rahmat-Mu
Meski tak layakku harap debu cinta-MU
Meski begitu hinaku bersimpuh

Cukup bagiku Allah segalanya untuk-ku
Di hatiku ini penuh terisi segala tentang Allah
Kepada Nabi Muhammad tercurah sholawat Allah
Tiada Tuhan selain Allah cukup bagiku Allah

Hasby Robbi Jalallah
Mafi qalby Illallah
Alalhadi Shalallah
Laa Ilaa ha Illallah

Alhamdulillah...sangat saya syukuri dengan nikmat daripadaNYA saat ini.

January 12, 2009

Ketetapan dan perubahan..

dalam pengembaraan kehidupan..
ada ketetapan..
ada perubahan..

mengapa disibukkan apa yang telah ditetapkan..
sedang banyak lagi perlu dikerjakan..
bukankah perubahan menuntut pengorbanan?..

apakah diimpikan keindahan..
namun tiada kudrat yang mampu dihulurkan?..
apakah diimpikan setiap idaman..
namun tiada pengorbanan sanggup dilakukan?..

hentikan angan-angan..
andai beginilah cara pemikiran..
nescaya punah pengakhiran..
pasti bukan kemenangan yang disaksikan..

setiap yang diberi penghargaan..
pasti ada harga tawaran..
apakah mampu kita menyiapkan bayaran?..

dalam pengembaraan kehidupan..
ada ketetapan..
ada perubahan..

ketetapan urusan Pihak atasan..
sedang kau hanya orang bawahan..
ketetapan itu hak Tuhan..
kau hanya hamba suruhan..

apa yang dirisaukan..
andai kata ia telah ditetapkan..
apakah kau punya keputusan?..

siap sedialah dengan keputusan..
kerna keputusan tidak dapat dibalikkan..
sungguh Dia menetapkan..
sesuai dengan kemampuan..

January 08, 2009

Saya dan mereka.

Lama sudah saya tidak berkelana dari satu blog ke blog yang lain. Mencari ilmu, bermuhasabah diri. Menikmati konsonan-konsonan yang teratur rapi serta sarat makna. Sedar akan iman yang sentiasa turun naiknya persis saham dunia. Sangat saya syukuri nikmat berlari-larian di taman-taman syurga di alam maya ini. Ilham khalifah amat bererti buat saya.


Ketika Gaza berdarah. - rausyanfikir


Saya kurang berpuas hati dengan pembentangan saya yang sampaikan semalam di Masjid Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Saya sepatutnya boleh menyampaikan wacana tersebut dengan lebih baik dan kemas tetapi atas beberapa faktor seperti kesuntukkan masa, dan yang paling sukar adalah hakikat wacana tersebut yang sememangnya agak berat.



Semua yang saya perkatakan semalam hanyalah sejemput daripada apa yang saya faham. Hanya Sejemput.


Dan sejemput itu adalah titisan-titisan kecil daripada lautan ilmu berkenaan krisis di Gaza.



Walau bagaimanapun saya kira ada beberapa perkara penting yang telah saya lontarkan untuk kalian tafakkur dan muhasabah.



Mari kita cuba rumuskan kembali apa yang telah kita sama-sama kongsikan.



Kerangka analisis

Semalam, saya membawa tiga ulama’yang berwibawa dalam perihal yang kita bincangkan. Mungkin tidak bagi kehadiran berupa fizikal tetapi dari segi semangat kefahaman yang mereka wariskan sudah cukup untuk menjadikan kita tidak buta dalam kegelapan siang hari. Mereka adalah:



Ibn Khaldun

Kita bersepakat bahawa ma’na sejarah yang dilontarkan oleh Ibn Khaldun bukanlah sama seperti yang diajar di sekolah menengah dahulu. Perkataan ‘ibar yang menjadi thesis statement kepada magnum opus beliau ya’ni Kitab al-‘Ibar @ Muqaddimah merupakan konotasi penting dalam analisa yang dianjurkan beliau.


Seperti yang dijelaskan oleh Profesor Muhsin Mahdi, gagasan Ibn Khaldun ini membawa ma’na:


“…some kind of repetition” = peristiwa yang akan berulang dan terus berulang. Dalam konteks Gaza, kita dapat padankan krisis ini seperti yang telah berlaku pada zaman kekejaman Mongol/Tartar di Baghdad, Pencerobohan Tentera Salib di Palestin pada zaman Salahuddin Ayyubi, dan juga kekejaman Kristian dalam Inquisition di Andalusia satu ketika dahulu



“…penetrating behind the changing particulars, learning about the nature and cause of historical events” = harus menembusi ma’na perubahan yang wujud dan mengenal pasti hakikat dan sebab-musabab kepada berlakunya masalah tersebut dalam latar sejarah. Dalam konteks Gaza, seperti yang kita bincang semalam bukanlah semata-mata kekejaman Israel tetapai ada hubungan simbiosis yang kompleks yang kita boleh kategorikan sebagai Ahzab moden.



“philosophic investigation (hikma, sophia)…history is contemplated (tafakkur) with the aim understanding its nature and of utilizing the knowledge thus gained in action” = sejarah merupakan satu kajian falsafah/hikmah/sophia..perlu diperhalusi dengan bertafakkur untuk mengetahui hakikatnya. Dalam konteks Gaza, seperti saya katakan semalam harus direnungi bukan sekadar selapis, tapi dua tiga lapis permasalahannya!


Maka, kalau kalian dapat memahami kerangka ini, kalian akan lebih berhati-hati untuk membuat sebarang pertimbangan (tasdiq) terhadap krisis ini. Bukan semudah yang disangka.




Malek Bennabi


Beliau merupakan Ibn Khaldun versi moden. Malek Bennabi mengingatkan kita bahawa umat Islam pada ketika ini berada dalam fasa kejatuhan ketamadunannya. Kita bukan lagi tinggal dalam ruang lingkup zaman keemasan Islam. Biarpun kita membangun tetapi hakikatnya kita masih mundur.


Dalam konteks Gaza, krisis yang berlaku ini bukan semata-mata kerana kekejaman Israel dan Barat tetapi turut sama menyumbang kepada krisis ini adalah kerana kelemahan yang ketara pada diri umat Islam itu sendiri.


Seperti yang saya hujahkan semalam, dari segi ilmu sahaja kita sudah kalah dengan mereka. Semangat juang para Orientalis, kecintaan budaya ilmu yang tinggi, telah melahirkan satu kekuasaan buat diri mereka sebagai Ahzab moden. Pra-syarat kepada kekejaman dan penunddukkan kuasa umat Islam bertitik tolak daripada kekuataan keilmuan yang diperolehi oleh mereka. Dengan ilmu yang jitu maka lahirlah amal yang berkesan. Dalam hal ini, ilmu yang mereka kecapi melahirkan kekejaman durjana di Gaza.



Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas

Melihat permasalah mutakhir umat Islam ketika ini, Prof. al-Attas menegaskan bahawa sejarah harus dikira sebagai fardhu ain. Keruntuhan jati diri yang begitu dahsyat di kalangan umat Islam memberi ruang vakum yang cukup luas untuk pengaruh asing seperti sekularisme, liberalisme etc. untuk masuk ke lubuk hati dan aqal umat Islam.


Slogan “kembali kepada Al-Quran dan Sunnah” harus diperhalusi lagi dengan bantuan sejarah ya’ni dengan mengambil kira bagaimana umat Islam yang telah hidup sepanjang 1400 tahun dahulu, melaksanakan slogan tersebut sehingga berjaya membangunkan ketamadunan Islam yang tiada tolok bandingannya.



Dalam mengkaji permasalahan Gaza serta masalah sebenar umat Islam ketika ini, Prof al-Attas mengajurkan paradigma/sudut pandang berbentuk ketamadunan. Ini bermakna, kita harus mengambil kira krisis ini dalam satu konteks yang lebih besar dan panjang masanya sehingga jelas dapat kita timbulkan titik-titik penting yang telah berlaku dan mungkin akan berulang (mengikut Ibn Khaldun) dalam paradigma ketamadunan.



Prof. al-Attas juga berhujah bahawa krisis yang berlaku ketika ini merupakan pertembungan Ketamadunan Barat dan Ketamadunan Islam. Bukan semata-mata Israel lawan Palestin atau Amerika lawan Iraq. Tambah beliau lagi, pertembungan ini merupakan pertembungan yang kekal (perennial/permanent) seperti yang dapat kita kaitkan dengan hadith Nabi:



Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga ummat Islam membunuh orang-orang Yahudi. Mereka akan terus membunuh sehinggalah orang-orang Yahudi itu akan bersembunyi dibelakang batu dan pokok, lalu berkatalah batu dan pokok tersebut: “ Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi dibelakangku, kemarilah dan bunuh ia! Kecuali sejenis pokok yang tidak berkata, iaitu pokok Ghorqod, sesungguhnya itu adalah pokok Yahudi.”
-H.R Bukhari dan Muslim-



Ini bermakna perjuangan umat Islam dalam konteks krisis di Gaza tidak akan berakhir dengan
mudah! Pebezaan fundamental antara Ketamadunan Barat dan Islam sangat jelas dan tidak mungkin dapat disatukan kecuali dengan penerimaan hakikat perbezaan tersebut seperti yang telah ditonjolkan oleh kerajaan Islam di Andalusia yang menerima orang Yahudi dan Nasrani sebagai sebahagian daripada rakyat mereka dengan begitu baik sekali.



Ini berma’na umat Islam harus benar-benar faham apakah itu Ketamadunan Barat dari segenap segi seperti mana para Orientalis sendiri memahami Islam itu dari setiap seginya!



Jikalau Goldziher boleh bertalaqqi dengan Tok Syeikh di Mesir, menuntut bersungguh-sungguh di al-Azhar, dan Hugrounje boleh mendampingi ulama’ Aceh dengan tipu daya sulit, masakan tidak kita juga, terutamanya mahasiswa menjadi ghairah seperti mereka untuk mengenali musuh kita yang sebenar! Perlu wujud para Oksidentalis (yang mengkaji Barat) dengan bersungguh-sungguh untuk kita faham benar siapa mereka.




Ini baru kupasan berkenaan kerangka analisa. Kita tidak lagi pergi kepada isi-isi penting yang saya lontarkan semalam. Sebenarnya, pada hemat saya, dalam membicarakan soal krisis Gaza ini, kita harus berbincang berkenaan Ketamadunan Barat dahulu. Mungkin boleh dirancang pada waktu yang lain untuk kita menyelusuri sejarah musuh kita ini agar benar-benar faham siapa mereka.



Tetapi tidak mengapa, dalam konteks kita pada hari ini, masalah Gaza ini harus dipecahkan kepada dua:


Jangka Pendek


Kegiatan boikot-memboikot harus diteruskan sederas mungkin. Koordinasi gerakan Islam di seluruh dunia harus serius. Kita pernah berjaya memberi impak kepada Denmark tempoh hari dalam isu berkaitan karikatur Nabi Muhammad s.a.w maka kita pasti boleh berjaya lakukan pemboikotan kepada Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.



TETAPI, kita harus ingat, kerja-kerja memboikot ini harus ditimbang tara impaknya juga. TIDAK semua perkara kita mampu boikot kerana jaringan kebergantungan umat Islam terhadap Barat dalam sektor ekonomi sangat jelas sekali!



PERLU ada alternatif kepada sebarang pemboikotan. Jika tidak ianya hanya mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.



Saya sudah bagi contoh yang jelas. One to one boycott terhadap komoditi asasi yang mana KITA SENDIRI MEMILIKINYA perlu dilakukan. Jikalau 4 bulan lepas kita semua membeci PETRONAS kerana harga minyak yang menggila ( hujah Pakatan Rakyat sangat tempang dalam isu ini kerana bukan PETRONAS yang menggilakan harga minyak) tetapi pada ketika inilah WAJIB menggunakan sumber minyak yang dikeluarkan PETRONAS berbading syarikat minyak kapitalis yang menjadi sebahagian daripada rakan kongsi penyembelihan di Gaza dan Iraq. Rujuk artikel saya yang lalu berkaitan hal ini disini .




Jangka Panjang

Seperti yang telah saya gariskan di atas, perlu ada usaha yang serius dalam gerakan Islam mahasiswa di seluruh negara untuk benar-benar merungkai masalah ini dari sudut keilmuannya dahulu bagi menjadi bekalan penting untuk perjuangan umat pada masa akan datang. Kita harus bijak mengenali potensi-potensi ‘Israel kecil’ yang wujud di seluruh rantau umat Islam di dunia ini.



Prof Ismail Raji al-Faruqi menjelaskan bahawa Empayar British dahulu telah menggunakan metode klasik dalam usaha penjajahan ke atas umat Islam melalui divide et impero ya’ni dasar pecah dan perintah. Pergaduhan sesame umat Islam baik yang sekular vs. Islamis, liberal vs. Islamis merupakan rahmat kepada musuh Islam melalui dasar ini.



Bukan itu sahaja. Tambah Prof al-Faruqi lagi dalam bukunya “ Islam and the Problem of Israel” telah mengenal pasti trend bahawa Ketamadunan Krisitian Barat sengaja membenihkan ‘Israel kecil’ dengan meletakkan bangsa asing dalam dunia Islam seperti Cina di Malaya, pengwujudan Negara Singapura (jelas orang Melayu tertindas secara terang dan halus), orang Greek di Cyprus, orang Greek dan orang Itali di Alexandria dan orang Armenia di Lebanon.



Hubungan yang terbentuk daripada kemasukkan elemen asing dalam sosio-politik dan budaya tanah air umat Islam ini sangat berpotensi untuk melahirkan wabak baru seperti yang berlaku di Palestin sekarang.



Perlu ada ahli gerakan Islam yang benar-benar menguasai kefahaman berkenaan sosio-budaya, pandangan alam, bahasa, agama mereka agar kita tahu dimana harus kita push and pull bila perlu.



Bukan semua orang Yahudi, Cina itu musuh. Islam tidak pernah mengajar kita bersikap biadap kepada bangsa lain. Salahuddi Al-Ayubbi pun bersahabat baik dengan King Richard the Lionheart walaupun dalam Perang Salib masing-masing adalah musuh sejati.



TETAPI dalam era dimana sekularisme itu mendominasi kehidupan manusia, apabila kuasa menjadi pegangan kepada yang bukan ahlinya, siap sedialah untuk kita berhadapan dengan kerosakkan yang bakal timbul.



Kuasa dan harta TANPA aqidah yang sahih, melahirkan pemimpin yang zalim. Peristiwa kejatuhan khilafah di Andalusia oleh kompromi kekuasaan bersama Krisitian dan juga janji manis Lee Kuan Yew kepada orang Melayu Singapura harus ditanam dalam benak diri masing-masing.



Sejarah telah membuktikan dan berulang kali ditayangkan kepada kita bahawa perjuangan Islam harus berpaksikan al-haqq! Apabila kita dengan mudah berkompromi dengan orang bukan Islam dalam keadaan kita sendiri sekadar kuda tunggangan mereka, jawapnya bersedialah untuk mengulangi sejarah lampau.



Sebab itulah dalam kitab aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah aliran Asy’ariyah dan Maturidiyyah seperti Aqaid al-Nasafi dan Aqidah al-Tahaweyah yang diajar di seluruh pelusuk dunia Islam dalam sejarah dan di alam Melayu khususnya menegaskan kita tidak boleh me-ma’zul-kan (memecatkan) pemimpin Islam yang zalim kecuali beliau menjadi kafir!



Imam Tahawi, salah seorang Imam besar dari Mazhab Hanafi telah menjelaskan dalam kitab Aqidah al-Tahaweyah:

"Kita tidak boleh keluar dari para penguasa yang bertanggung jawab atas urusan kita, sekali pun mereka telah berbuat zhalim. Tidak boleh mendo'akan kejelekan bagi mereka dan tidak boleh melepas tangan dari ketaatan kepada mereka. Kita menganggap bahwa taat kepada penguasa muslim berarti taat kepada Allah yang wajib atas kita, kecuali mereka memerintahkan kemaksiatan kepada Allah. Kita juga mendo'akan mereka kebaikan dan kesejahteraan."



Ulama’ silam tidak bodoh dalam melakukan pertimbangan. Tidak ada isitilah rampasan kuasa (i.e janji 16 September) atau coup de tat terhadap pemerintah Muslim yang zalim. Kenyataan yang diberikan mereka dalam kitab-kitab aqidah yang mu’tabar ini jangalah disanggah mentah-mentah. Harus diteliti dengan lebih mendalam akan apa sebenarnya yang mereka maksudkan itu.



Kemenangan Islam harus datang daripada Kebenaran! Bukan kuantiti dan kompromi kekuasaan! Hakikat demokrasi yang wujud di bumi umat Islam bukanlah boleh difahami melalui sudut fiqh sahaja malah perlu dikaji akar epistemologi-nya juga!



Biar lambat asalkan selamat. Islam pasti menang.


Penutup



Dengan itu saya meminta maaf atas kekurangan yang ada sepanjang saya menyampaikan ceramah saya semalam kerana saya bukanlah autoriti dalam perkara ini. Niat saya hanyalah untuk berkongsi dan menimbulkan kebangkitan intelektual dikalangan mahasiswa khususnya di Universiti Malaya agar sebarang isu dan masalah umat Islam harus dikaji dengan jitu agar keputusan yang diambil untuk menangani masalah tersebut lebih komprehensif dan berkesan.



Perjuangan kita baru sahaja bermula. Di universitilah medan kepada pembinaan fikrah/idealisme kita. Medan sebenar adalah di luar. Rugilah buat diri mahasiswa yang memandang enteng budaya ilmu sewaktu tinggal di universiti. Jikalau musuh Islam begitu serius untuk memahami kita, maka kita harus berkali ganda serius memahami mereka. Ulama’ silam seperi Abu Rayhan al-Biruni, Ibn Hazm al-Andalusi, al-Baghdadi, dan al-Nawbakhti yang menjadi intelektual gergasi dalam bidang al Milal wa al Nihal ( Studies of Religions and Para-Religions) harus dijadikan sumber inspirasi buat kita generasi muda untuk menjadi seperti
mereka.

Umat Islam tidak pernah kering contoh dan tauladan pelbagai jenis tokoh! Tidak ada alasan untuk kita memandang enteng kepada sejarah ketamadunan Islam yang berusia 1400 tahun untuk menyelesaikan krisis Gaza ini!


Wallahua’lam.



Membumikan perjuangan rakyat

January 06, 2009

Pulang.

"Kak, saya asyik ingat ibu je. Nak tidur ingat ibu. Makan ingat ibu. Asyik ingat ibu ayah je. Nape kita selalu ingat ibu je kak?"

"Biasala...perasaan duk asrama memang macam tu. Ye la Mal. Bayangkan dah hampir sepuluh tahun duduk dengan ibu. Ade masalah sikit bilang sama ibu, mana tak rindu.
Lagipun ibu yang lahirkan kita, besarkan kita. Kakak, dulu pun camtu gak."

"Agak-agak, Yang utama dan yang mulia pun camtu ke kak?"

"Mestila Mal. Kami masa nak periksa pun mesti call ibu. Ada test pun akan call. Mal ada apa-apa masalah bagitau cikgu. Cerita pada kawan."

Pulang ke asrama. Siapa yang akan gembira? Sejam sebelum naik kereta, Mal dah kurang ceria. Serius sedikit wajahnya. Saya yang selalu kacau dia. Masih boleh gelak tawa lagi.

Berair mata dia bila kami hendak pulang. Tapi masih tak tumpah. Kawal macho barangkali. Masa bersalaman pun dia dah sedih. Sempat lagi saya mengusik dia. "Tu la. Dulu, ajuk kakak!"

Dia jeling saya dan kami bersalaman. Saya ucapkan semoga berjaya padanya. Semoga tenang hatinya dalam menimba ilmu dan berseronok ketika berada di dalam taman-taman syurga doa saya buat dia.



Saya cerita pada Yang utama dan yang mulia, saya benar-benar menikmati keindahan ciptaan Tuhan bila memandang cikgu Mal.

"Gila!" balasnya dan lantas beristigfar sambil ketawa bila dia mendengar kata-kata saya.

Insya Allah, jumpa hujung minggu ini Mal.