September 08, 2012

Sembilan.


Alhamdulillah. Sesi persekolahan 2012 sudah hampir tamat. Kerja juga makin bertambah. Insya Allah, anak-anak serta kami mula sibuk membuat latihan bagi majlis Ihtifal sekolah kami. Setiap kumpulan akan ada dua buah kelas yang bergabung.

Sesi petang. Sedang anak-anak solat berjemaah. Hati saya terdetik. "Kumpulan kami, lemah ni."
Apabila melihat anak-anak kelas kuning dan oren bergabung, buat saya tidak senang duduk. Bukan mudah untuk melatih mereka.

Kelas oren. Ramai yang berkata kelas itu pasif. Apabila saya sendiri yang mengajar kelas itu, ternyata ada kebenarannya. Tetapi saya cuba buat, mereka dan diri saya terus berubah. Sedikit demi sedikit. Saya tetap meraikan mereka, bercanda dengan mereka, dan saat ini, ketika sesi latihan bersama, saya akan tegas.

Teacher. Kumpulan lain kuatkan? Biru dan Hijau. Merah dan merah jambu. Tetapi saya rasa ada sebab mengapa Allah bagi kita kumpulan ini. Mahu mereka berubah dengan izin Nya.
Sahabat saya tersenyum dan bersetuju.

Hari ke-dua latihan. Kami mula serius, fasihkan sebutan mereka. Lantangkan suara mereka. Tanamkan semangat yakin pada diri sendiri.

Allah Allah.
Bukan mudah, tetapi sahabat-sahabat saya dan saya yakin, ia bukannya mustahil, kami akan buktikan yang terbaik-insya Allah.

Perlu du'a daripada semua.
Mohon, kami terus diberi kekuatan dariapda Nya dan Allah satukan hati-hati kami.
Ameen.

Nota kaki: Mencari teduh, melakar mimpi, menyuluh jiwa, melara rasa dan  hidupkan sunnah, antara tulisan guru yang terbaik, saya kira.