July 29, 2009

Satu Malaysia (i).

Bismillah.

Entri kali ini, saya tulis dengan penuh rindu. Penuh cinta.
Ketika perdana menteri baru ini melancarkan Satu Malaysia yang mementingkan kepentingan semua kaum dan mendengar suara rakyat. Saya rindu pada teman-teman lama. Selama saya belajar di sekolah rendah dan menengah, teman-teman saya ialah mereka yang bukan Melayu.

Teman di sebelah meja, bukan Melayu. Rehat bersama dengan bukan Melayu.
Saya tak pasti mengapa saya boleh rapat atau masuk dengan bukan Melayu.
Pergi ke kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan lepak dengan bukan Melayu.

Empat sekawan.

Kami pernah sekali sahaja sekelas ketika di sekolah menengah. Tetapi, persahabatan kami kekal ke saat ini. Main ceper (penutup botol) bersama, perkara yang tidak boleh saya lupai. Tamat zaman persekolahan. Beberapa kali berusaha untuk berjumpa kembali, tetapi gagal. Ada sahaja yang sibuk atas urusan masing-masing. Cair saya, bila Kas mengajak saya turun ke Pulau Borneo(dia sedang mengaji di sana) untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Rindu untuk mendengar cerita(tentang keluarga dan teman-temannya) Deb yang boleh buat saya tergelak tak sudah. Begitu juga Janu. Mereka secara tidak sedar, banyak mempengaruhi hidup saya. Cara belajar, bergaul dan segalanya. Kebetulan, kami geng bulan Julai. Kami, majoriti lahirnya pada bulan Julai. Janu, 1 Julai. Saya sendiri, 2 Julai dan diikuti oleh Deb, 18 Julai. Cuma Kas yang lahir pada 30 Januari. Tetapi kesemua kami lahir pada bulan yang awalnya huruf J. Kerja-NYA, bukan?


Teman baik.

Radhika...teman baik saya ketika sekolah menengah. Mana saja kami pergi mesti bersama. Kami merupakan pengganas (baca:pengawas) di sekolah. Kami akan berusaha untuk mendapat tempat yang sama ketika bertugas. Macam biasa, mestilah permintaan kami tidak di penuhi. Rehat bersama. Kami makan roti coklat RM 0.50 tu. Setiap hari pula. Entah mengapa saya tidak bosan dengan roti tersebut.

Sebenarnya, pertemuan kami direncana awal oleh-NYA. Kami yang tidak sedar ketika itu. Mewakili sekolah masing-masing dalam pertandingan syarahan ketika darjah enam merupakan pertemuan pertama kami. I'ya...seingat saya, Radhika merupakan satu-satunya peserta bukan Melayu. Kami bertukar cerita ketika masuk ke sekolah menengah dan hingga saat ini, saya merindui untuk berjalan bersama Radhika.

Ole-ole yang diberi olehnya empat tahun yang lalu, masih saya simpan dengan baik.

Nota 1: Ketika pilihan raya kecil di Manik Urai. Saya bertanya pada yang utama dan yang mulia mana satu yang patut saya pilih. Dah boleh mengundi sekarang. Jawabnya, "Dah boleh undi? Makin berat amanah kamu kak."
Saya diam. Dia telah mengingatkan saya tentang amanah.

Nota 2: Pernah mengusik Deb agar dia berbaju kurung(ibunya kelihatan anggun ketika mengenakan baju kurung). Tetapi dia menolak. Saya suka melihat teman-teman yang belum Islam berbaju kurung. Mereka nampak ayu.

July 12, 2009

Jatuh.

July 09, 2009

Perlukah?

perlukah?

perlukah ku khabarkan hati yang pedih?

perlukah ku canangkan jiwa yang menderita?

perlukah?
perlukah?

tidak perlulah.

dunia ni cuma singgahan sementara.

pejamkan mata dan biarlah semuanya berlalu begitu sahaja.

percayalah, semua yang terjadi (baik atau buruk) dari izin yang Esa.

apa salahnya DIA mahu bermanja.

menguji apakah kau benar setia dan rela.


Teruskan.

Saya sedikit tidak terurus akhir-akhir ini. Semalam, saya dapat lagi kata-kata hikmah yang bermakna. Gembira juga yang utama dan yang mulia bertanya kabar. Lagi, gembira ketika dapat message kak sarah (moga selamat tiba ke tanah air nanti). Seterusnya, sis dya berkongsi alternatif lain dalam membujuk hati.

Tanpa adik-adik, dunia saya sepi seketika. Ambil masa untuk sesuaikan diri.

Oh ya...hari ini, dua puluh satu tahun yang lalu. Umur saya baru tujuh hari. Masih gembira ibu dan ayah menyambut orang baru. Telah tertulis segala-galanya buat saya.

Minggu sudah. Saya terima es-em-es daripada haruman syurga.

"SELAMAT HARI LAHIR ya MOHD afiqah!"

Tak tahan gelak bila saya membacanya. Saya cerita sedikit tentang MOHD afiqah.
Kenalkan, Pak Cik Yaakob. Dia yang sering panggil saya begitu. Bila jumpa (masa zaman kanak-kanak), dia akan panggil saya MOHD. afiqah. Yang saya tidak boleh terima, anak-anak dia pun panggil saya begitu.

Mula-mula, saya senyum je bila di panggil begitu. Dah besar sedikit, saya bertanya pada ibu kenapa pak cik tu panggil saya begitu. Jawab ibu,

"Dulu, pak cik tu tanya kakak nama siapa. Kakak akan jawab MOHD. AFIQAH."

Gelak besar saya bila mendengar cerita ibu. Saya pun tak pasti kenapa saya jawab macam tu. Mungkin sebab nama saya sepatah, sedangkan orang lain berpatah-patah. Suka-suka hati nak tukar-tukar nama. Pernah saya bergurau dengan teman-teman sekolah yang pucuk pangkal nama saya ialah Siti nur nurul afiqah (memang tidak ada kerjakan?)


Baiklah...saya perlu teruskan kerja. Rasa-rasanya saya bukan lagi orang muda (entri basah). Sangat bersyukur dengan nikmat muda yang Allah kurniakan. Sudah bertambah usia, banyak perkara yang perlu dibereskan. Tentang ibadah,ilmu serta akhlak. Banyak yang perlu diperbaiki.

Kelmarin, ibu dapat jemputan perkahwinan daripada teman sekantornya. Saya baca kadnya dah bulat mata saya bila pengantin lelakinya berstatus haji. Aisey...mungkinkah kakak itu berkawin dengan pak haji atau pun sang pengantin lelaki sudah berstatus haji muda? Nantilah saya tanya ibu.

Dah lama saya simpan azam untuk ke Tanah Haram dalam usia muda. Moga DIA mendengar suara kecil dan antara permintaan besar saya.

July 02, 2009

Semoga 'panjang umur'.



“Selamat pendek umur,” saya bergurau.
Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.
“Kenapa pula?” tanyanya. Dia kelihatan ceria. Hari ini ulang tahun hari kelahirannya. Saya meraikan dia dengan belanja makan di restoran berhampiran tempat kami bekerja.
“Yalah… bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu…”
“Makna, semakin hari semakin pendeklah umur kita?” tingkahnya penuh pengertian.
“Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian.”

“Pelik, selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan. Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang kematian pula.”
“Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan ‘mati’,” balas saya.
“Kenapa pula?”
“Hukama berkata, barangsiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”
“Untuk apa kita mati?”
“Untuk hidup…” kilas saya lagi, sekadar bermain kata, bersilat bahasa untuk meninggikan makna.
Dia diam. Menung dan alam fikirnya telah terusik barangkali.

“Mati untuk hidup?”
“Ya, mati bukanlah suatu pengakhiran tetapi hanya satu permulaan…”
“Satu permulaan? Maksud kau?”
“Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – alam akhirat. Kau masih ingat kata-kata Umar Ibn Aziz yang aku sering ungkapkan dulu?”
“Hampir terlupa. Waktu di kampus dulu?”
“Umar berkata, manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”
Terkesima dia. Jari-jarinya mula mengetuk-ngetuk meja. Perlahan. Tetapi saya yakin gerakan mindanya makin laju. Dia biasa begitu.

“Jadi, hidup ini untuk mati dan mati itu untuk hidup?”
Wah, saya pula yang terkejut mendengar liuk lentuk bahasanya. Berputar-putar seputar maknanya.
“Ya. Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup di sana, di akhirat. Itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa itu. ”
“Jika demikian apa ada pada umur?”
“Umur hanyalah putaran surya, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arlogi,” balas saya. Seronok sekali-sekala, berbual dengan bahasa berbunga di sulam kosa kata yang yang berputik dan berbuah.

“Maksudnya kita abadi?”
“ya, tapi bukan abadi seperti Khalik yang tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran. Kita tetap makhluk.”
“Jika demikian, umur itu relatif juga kan?”
“Ya, kan Enstein pun fahamnya begitu? Masih ingat Teori Relativiti masa?”
“Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti.”
“Juga bukan pada yang zahir tapi juga yang maknawi.”
Semakin rencam perbincangan kami. Tidak mengapa, sekali-sekala apa salahnya… berfalsafah kekadang lebih indah.

“Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi ‘panjang’ ilmu dan abadi jasanya. Imam Safie, Imam Ghazali… tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangannya melangkaui dekad dan abad,” tambahnya memberi contoh.
“Umar ibn Aziz memerintah hanya kurang lebih 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya,” sambungnya lagi.
“Rupa-rupanya petua nak panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa,” kata saya seakan merumuskan.
“Harta boleh panjangkan umur… sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur… hubungi silahturrahim, panjanglah umur kita. Demikian maksud hadis.”

“Apakah rahsia kejayaan orang-orang yang ‘panjang’ umur itu?”
“Mereka sedar tentang tujuan! Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu . Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.”
“Hasilnya?”
“Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is wiill, the is a way!.”
“Tapi kita bukan mereka?”
“Betul. Tapi itu bukan kelemahan, bahkan satu kekuatan. Setiap kita adalah unik. Tuhan tidak ciptakan manusia bodoh, tetapi Dia mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”
“Kita lebih bijak daripada mereka?”
”Ya, di sudut-sudut tertentu. Seorang pemandu lebih bijak daripada seorang profesor dari segi pemanduan kereta.”

“Tetapi keintlektualan lebih berharga daripada kebolehan memandu kereta. Profesor lebih berharga daripada seorang ‘driver’. Gaji mereka lebih tinggi”
“Maksudnya, umur seorang profesor lebih ‘panjang’ berbanding seorang driver? Maksud kau begitu?”
“Perbezaan itu bukan perbezaan taraf, tetapi perbezaan jalan. Jalan untuk seorang driver menjadi hamba Allah berbeza dengan jalan seorang profesor. Itu sahaja.”
“Kau tidak mengiktiraf derjat orang berilmu?”
“Tidak begitu. Orang berilmu memang dilebihkan beberapa derjat… tapi dengan syarat, mereka takutkan Allah. Kan itu takrif sebenar seorang ulama?”
“Maksudnya?”
“Seorang driver yang takutkan Allah lebih tinggi derjatnya daripada seorang profesor yang tidak takutkan Allah. Tetapi sekiranya kedua-duanya takutkan Allah, tentu sahaja ‘umur’ profesor itu lebih panjang daripada umur seorang driver lantaran ilmu dan amalanya yang lebih tinggi dan berharga!”

“Ah, surah Al Baqarah menukilkan seorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup… Syuhadak mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada Allah. Jadi, satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid,” ujar saya mengalih arus perbualan.
“Benarlah kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan generasi hari ini ‘mati’ kerana mencintai hidup.”
“Wah, terlalu panjang perbualan kita petang ini. Apapun aku ingin mengucapkan ‘selamat panjang umur’ sempena hari lahir kau yang ke 40 tahun hari ini,” pintas saya sambil bangun. Jam telah menunjukkan pukul 6 petang. Hari semakin pendek.
“Eh, tadi kau kata ‘selamat pendek umur’, sekarang dah bertukar balik seperti ucapan biasa yang aku dengar… selamat panjang umur?” tanya hairan.
“Eh, kau lupa agaknya. Maksud ‘panjang umur’ ku berbeza dari biasa. Maksudku, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silahturrahim, srlamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah. Ya, itulah. Itulah maksudku selamat panjang umur!”


Nota: Terimas bagi mereka yang sentiasa tidak putus-putus mendu'akan saya. :)