March 23, 2013

Dhuha lagi.



Jangan bayar zakat, bersedekah atau solat Dhuha secara materialistik.
Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim

Sering kita dengar kenyataan sesetengah orang yang berkata:

“Semenjak saya membayar zakat, bersedekah atau bersolat Dhuha rezeki saya semakin melimpah ruah”.

Sebenarnya sikap sebegini kurang tepat dan bersifat materialistik. Sepatutnya seorang Muslim yang baik beribadah bukan kerana hasrat material tetapi demi mencari keredhaan Allah dan mengamalkan sunnah baginda SAW. Kenyataan terbaik adalah:

“Saya membayar zakat, bersedekah dan bersolat Dhuha sebagai tanda syukur kepada Allah yang memberi saya peluang hidup, bertuhankan Allah dan beragama Islam. Ada atau tidak kelebihan selepas amalan itu saya tak kisah kerana bukan itu tujuan saya...Ibadah saya hanya untuk mendapat keredhaan Allah”.

Firman Allah:

وَمَا آَتَيْتُمْ مِنْ رِبًا لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِنْدَ اللَّهِ وَمَا آَتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ

Ertinya: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda (al-Rum[30:39]).


Sebenarnya apa yang melapangkan rezeki adalah sifat taqwa dalam setiap amalan yang dilakukan. Firman Allah:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Ertinya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan (al-A’raf[7:96]).

Juga firman Allah:

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ

Ertinya: Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu (al-Hajj[22:37]).


Nota kaki: Perbaiki niat!

March 10, 2013

Minta.

"Teacher? If we wish something, we must ask Allah, am I right?"

Terpana saya.
Sungguh buat saya bermuhasabah diri, bila ditanya oleh orang muda semasa saya berada di dalam kelas.

Haziq.
Di besarkan dibumi kangaroo.
Baru sebulan bersama kami, sungguh menyenangkan. Suka saya mendengar ceritanya yang tak sudah bila saya menemaninya membuat kerja.

"Teacher, sekolah Haziq kat Australia kan, ada park, painting, drawing. Haziq suka sekolah sana."

"Teacher, kat Australia kan... Haziq ada kawan. Rumah dia dekat je dengan rumah Haziq. Haziq suka main dengan dia."

Saya, "Ohoo. Kawan Haziq, dah balik Malaysia ke belum?"

"Belum, dia kat Australia lagi. Haziq nak jumpa dia lagi."

Alhamdulillah, bila Allah gerakkan hati saya memandang anak-anak ini dengan mata hati.
Moga kalian, dalam rahmat Allah selalu anak-anak!

Nota kaki: Ya Afeef! Selamat menjalani ibadah umrah. Moga selamat pergi dan pulang. Du'akan teacher juga ya.