December 16, 2009

Sepuluh disember.

Seminggu berlalu. Akan saya ingat saatnya. Khamis lalu, bersamaan sepuluh disember, saya dalam keadaan yang menggelabah...tak tahu nak buat apa pun ya juga. Pengalaman pertama membuat kek yang akan menjadi hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki.

Hasilnya...








Cerita sepanjang hari apa yang berlaku. Biar saya simpan buat kenangan. Banyak yang perlu saya baiki. Gembira saya, bila bakal raja sehari tersenyum puas melihat antara hasil hantarannya.



Nota satu: Ketika tuan empunya kek sampai rumah saya, untuk mengambil haknya. Saya segan(budak baru belajar-kemudian keknya menjadi hantaran pula). Ibu menjadi orang tengah.

Nota dua: Bersyukur kepada Allah...di atas nikmat yang diberi-NYA. Terimas buat ibu, juga sifu yang tidak jemu mencurahkan ilmu buat saya. Ayah, adik-adik serta teman-teman yang saling mendu'akan. Alhamdulillahhhh!

Nota tiga: Akhir-akhir ini, saya tidak berpuas hati dengan kuih-kuih melayu disekitar pekan saya. Moga-moga Allah memberi saya kesempatan untuk meminjam(belajar ilmu-NYA) dalam membuat kuih-kuih melayu. Lepaskan rindu pada kuih melayu dengan Ketupat Cinta.

Kata empunya cahaya biru...Januari datang. Mentari riang. Raikan.

Salam awal muharam juga.

November 17, 2009

Redha.

Fudhail bin Iyadh berkata, "Mintalah pilihan dan janganlah kalian memilih. Betapa banyak hamba yang memilih suatu perkara untuk dirinya sendiri, padahal ia jesteru menjerumuskannya.

Benci.


Membenci itu satu dosa, melainkan benci dosa-dosa.





Jika menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika membenci seseorang, janganlah terlalu membenci, kelak tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.





Hidup terlalu singkat untuk membenci.




Nota: Salam sayang fillah.

November 14, 2009

Kerosakan di permulaan.

الفترة بعد المجاهدة : من فساد الابتداء

“Kelesuan selepas bermujahadah adalah kerana kerosakan di permulaan.”

al-fatratu ba’dal mujahadah min fasadil ibtida’



Pagi-pagi lagi saya telah berjumpa dengan ayat di atas. Lama. Saya berfikir apa erti disebaliknya. Akhirnya, saya buat keputusan untuk mencarinya.



Simptom-simptom

Dalam sepanjang minggu yang lepas ini, saya kerapkali merasakan lemah semangat, malas, terlalu sensitif dan lesu.

Ia membuatkan saya menjadi emo secara keseluruhannya walaupun saya masih lagi cuba untuk menyembunyikan perasaan itu daripada diketahui ramai dan daripada membantutkan gerakan tarbiyyah dan da’wah saya.

Perasaan yang saya rasa itu, cukup-cukup berbisa. Terasa hingga ke urat saraf otak saya dan menjalar ke seluruh muka, ke kerongkong, lengan dan kaki dan secara lahiriyyah dan batiniyyah-nya melumpuhkan seluruh anggota tubuh badan saya.

Saya tak suka perasaan itu.

Saya langsung tak suka.

Namun, apa kan daya walau bermacam-macam telah saya lakukan untuk berpisah dengannya, perasaan itu tetap lagi setia mencintai diri saya ini.

3 benda yang saya cari, Quran, duduk bersama orang yang soleh dan menyolehkan, dan munajat dalam solat berhasil menghilangkan perasaan itu, tetapi untuk kadar yang sekejap saja.

Saya syak ada sesuatu yang tak betul.

Tapi malangnya, saya tak berjaya ketemu punca utamanya.

Ia membuatkan saya menjadi lebih sedih. Dan emo.


Mujahadah Cinta


di sini bermula segalanya…


Sampailah saya disampaikan pada satu tahap, di mana saya diberi peluang untuk membuktikan semangat jihad dalam diri saya.

Saya ditawarkan untuk mengikuti mukhayyam di Gunung Nuang.

Walau pada hakikatnya, saya sememangnya sedar bahawa mukhayyam itu tak sampai secubit pun daripada masam-manis dan pahit ralit peluh dan darah da’wah baginda tercinta, [dan ia juga turut sama dipersoalkan oleh Izudin] namun ia tetap a big thing bagi saya.

Dihimpit dengan perasaan malas dan tak semangat langsung dalam emo saya, pilihan harus saya buat meski saya harus memaksa diri saya untuk melakukannya.

Rasa berat hati dan berat badan cuba dibuang jauh-jauh sebab saya sedar ia adalah sebahagian daripada proses pentarbiyyahan diri saya untuk melengkapkan kekurangan yang ada, untuk menyiapkan saya dalam jalan da’wah dan jalan jihad ini.

Rasa tanggungjawab akan pentarbiyyah diri sendiri dan pentarbiyyahan dan proses perapatan ukhwah bersama anak-anak usrah yang bersemangat akhirnya menundukkan rasa malas dan manja saya.

Walau saya pernah berkata pada anak usrah saya, dalam nada ala-ala memujuk dalam gurauan dan sedikit tegas dalam senyum terkelat-kelat saya yang sedang emo;

“Kalau enta tak datang, ana pun tak nak datang tau.”

Alhamdulillah, mereka mengingatkan balik saya;

“Kalau enta tak datang, then naqib enta pun tak datang. Semua pun tak jadi datang.”

Maka saya sedar saya harus paksa diri saya ini.

Saya tahu saya harus lakukannya walau dalam apa jua keadaan saya.

Hilang Sudah Semuanya


Mungkin berkat zikir alam yang berterusan, sampai saja saya di campsite Gunung Nuang, saya rasakan satu kelapangan yang menakjubkan sekali. Kelapangan dada yang tiada tara.

Subhanallah.

Saya baring terlentang di plastik yang dihamparkan di bumi, tangan kiri mendakap dada, dan tangan kanan bebas di lantai bumi sambil melihat kehijauan pohon dan kebiruan langit luas.

Tenang segalanya.

Saya tarik nafas dalam-dalam dan hembus seiring zikir kepadaNya yang telah melapangkan dada.

Alhamdulillah.

Perasaan tak senang hati yang saya alami menghilang sudah.

Dan di kala saat menjelang pulang, saya tak dapat menahan untuk berlari-lari keriangan sekali bersama dengan Akmal yang energetik saat menuruni Gunung Nuang itu.

Satu relieving feeling yang menakjubkan.

Saya tak berdaya menahan senyum seluas-luasnya dalam kesyukuran saya kepadaNya.

=D

Muhasabah Cinta



Sewaktu saya menjaga campsite di Gunung Nuang [saya tak mendaki ke puncak], saya sempat berbual-bual dengan Azim, seorang ikhwah daripada Nottingham University.

Perkongsian pengalaman saya dengannya sepanjang kami berada dalam jalan da’wah dan tarbiyyah ini membuatkan saya sedar punca ke-emo-an saya.

Saya terlalu tergesa-gesa dalam da’wah.

Dan ini berlaku sekembalinya saya ke rumah seminggu yang lalu. Da’wah yang saya cuba buat selama ini kepada ahli keluarga saya, seakan tak menampakkan hasil dan pernah at one point membuatkan saya kecewa.

Saya jadi penat buat kerja da’wah itu. Hingga membuatkan saya terhenti seketika dari bergerak.

Saya terlalu gopoh rupanya selama ini.

Astaghfirullah atas segala kesilapan dan kelemahan diri saya ini.

Astaghfirullahal azim.

Di saat itu juga saya sedar akan tabiat da’wah ini. Dan saya sedar akan kesilapan di permulaan da’wah saya itu. Juga kesilapan sepanjang saya cuba kembali ke jalan itu.

Bilamana, saya cuba secara artificialnya mencari ketenangan hati dengan mencari 3 benda itu tanpa cuba mencari dan menyelesaikan permasalahan utama yang dihadapi.

Bilamana, saya tak sedar bahawa permulaan yang cuba saya lakukan adalah dimulakan dengan kerosakan.

Kerosakan di Permulaan

Teringat saya akan pesan Ammar;

الفترة بعد المجاهدة : من فساد الابتداء

“Kelesuan selepas bermujahadah adalah kerana kerosakan di permulaan.”

Di mana permulaan itu dibahaskan ulama’ sebagai niat.

Futur atau lesu, lemah semangat selepas berusaha bersungguh-sungguh itu adalah berpunca daripada niat yang tak betul.

Dan tambah-tambah lagi kesilapan yang sering orang lakukan semasa dalam fasa futur ini ialah bilamana segelintir daripada mereka ini terus bertindak meninggalkan segala-galanya.

Mengasingkan diri daripada masyarakat.

Meninggalkan amal-amal harian seperti Quran, zikir yang ma’thur dan solat-solat sunat kerana tunduk pada perasaan malas dan lemah semangat itu.

Mereka lupa bahawa hakikat iman itu adalah sesuatu yang aktif, dan bertentangan sama sekali dengan perasaan malas yang pasif (seperti yang diusulkan oleh Imam dot-dot-dot).

Mutabaah Amalan


Di sinilah mutabaah amal kita main peranan.

Kita dah pun di-assign-kan dengan mutabaah amalan seperti baca berapa muka surat atau juzu’ Quran dalam sehari, qiam dan solat dhuha berapa banyak kali dalam seminggu, akhlaq apa yang perlu dijaga ketika bersama orang lain dll.

Dan salah satu peranan mutabaah ini ialah untuk mengikat kita, mengekalkan kita dalam ketaatan kita kepadaNya, no matter what state of mind we are in, no matter when and where we are at the time.

Mutabaah ini mengekalkan kita dalam state of blessfulness and of happiness meski sedang kita futur.

Persis seperti pesan Rasulullah SAW dalam hadis;

“Setiap amal ada masa naik semangat (syirrah), dan setiap masa naik semangat ada masa turun semangat (fatrah). Barangsiapa yang pada masa lemah semangatnya tetap berada pada sunnah-ku, maka dia telah mendapat hidayah (petunjuk)”

Analogi yang mudah ialah;

Kita bayangkan kita ialah sekeping layang-layang.

Dan mutabaah itu pula adalah tali layang-layang itu.

Andai saja kata, terputus tali itu, maka probability untuk layang-layang itu untuk jatuh menyembam ke bumi atau sesat entah ke mana-mana adalah very likely dan tersangat tinggi.

Namun, andai pula kata tali yang digunakan untuk melayangkan layang-layang itu ke langit itu kuat dan utuh, meski makin jauh dan tinggi terbangnya layang-layang itu ke langit 7 lapis, nescaya ia akan tetap terbang tinggi dan tinggi tanpa pernah tali itu terputus. Hingga satu masa, inshaAllah, layang-layang itu akan sampai jua ke Destinasinya.

Begitulah ibaratnya sistem mutabaah amal kita.

Bilamana motivasi komitmen mutabaah ini haruslah dijaga secara strict oleh diri kita sendiri [sebab orang lain tak boleh paksa kita nak buat apa yang kita tak nak buat].

Kerana salah satu tujuannya ialah untuk mengekalkan kita pada sunnah baginda tercinta SAW walau hati kita tengah berbolak-balik. Agar kita termasuk dalam group orang yang diberikan Hidayah (petunjuk) dariNya.

Agar mutu iman bertambah secara increasingly proportional dari sehari ke sehari, inshaAllah.

Maka;

“Selagi tak settle mutabaah, tak boleh tidur.”

Pesanlah diri sendiri pada hati.

Dengan harapan, kita akan terus-menerus berada dalam jalan juang kita ini tanpa mengenal erti penat, lelah dan jemu meski harus kita bekerja dalam peluh dan darah, dalam urat-urat tua kita 20-50 tahun akan datang, inshaAllah.

p/s ukhwah bersama mereka itu manis. menghilangkan sesak di dalam dada. maka, terima kasih teman! =) dan muga-muga Dia kan selalu menjaga dan mengukuhkan ikatan aqida antara hati-hati kami ini, amin..

p/s Kau datang jua Ramadan. sudah terlalu lama kiranya aku menanti kehadiranmu.



Entri diambil ketika di sini bermula dan apabila timbulnya kerosakkan di permulaan.

Kredit: Pak cik google dan something to ponder..

Nota: Sesetengah gambar-gambar peribadi tuan empunya entri telah saya tukarkan.


Buat diri: Ayuh...bangun!

November 07, 2009

Bunga&kumbang.



Nota 1: Kali pertama dan terakhir mendengarnya pada tahun 2007 dan dua hari sudah, telah menjumpainya kembali. Ada rezeki saya kongsikan nanti,insya Allah.

Nota 2: Selamat berangkat[8/11] ke Tanah Haram buat pak cik dan mak cik tersayang. Allah pasti sangat gembira dan menantikanmu.

...............


"Kak. Nama saya, adik kumbang? Kenapa?"...tanya Mal, sedang membelek telefon bimbit saya.

"Apa yang salah Mal?", balas saya.

"Mana aci. Yang utama yang mulia...awak letak adik bunga."

Aduhai mamat ni...tahan gelak saya waktu itu.

"Mal...dalam bahasa Melayu, bunga diibaratkan seorang perempuan. Kumbang pula lelaki. Tapi itu hanya perumpaan. Kamu jangan salah faham pula.", terang saya.

"Mana boleh. Tak pe kak...nanti tengok la saya letak nama awak apa.", balasnya tidak puas hati.

Saat ini,saya yang bersalah atau Mal?

November 06, 2009

Redhalah aku.



Nota: Kamu. Moga terus kuat.

November 04, 2009

Suka.

Saya...orangnya mudah 'tersuka'. Apa yang keluarga, teman-teman dan mereka di sekeliling saya suka, saya mudah untuk menyukainya.

Upin&Ipin.
Adik-adik amat menggilainya. Pada awalnya, saya rasa suara adik Fatehah yang comel. Watak Upin&Ipin tidak. Setelah dipaksa duduk, menonton tivi bersama mereka, saya mula menyukainya. Lebih-lebih lagi, orang-orang kita di belakang tabir. Ada ole-ole Upin&Ipin, khas buat Mal.

Musik.
Terharu, bila teman-teman sudi berkongsi musik yang digemari bersama saya. Biasanya, Allah temukan kita dengan mereka yang berlainan sifatnya dengan kita. Kesukaan pun berlainan. Saya suka dengan Hotel California nyanyian Eagles,lagi...oh, Bunga Melur, cari yang A.Ramlee nyanyi lebih mengusik jiwa. Ada teman yang amat menggilai kumpulan Jinbara. Bila lagu-lagu kumpulan Jinbara, keluar di corong radio pasti saya teringat pada teman saya itu.
Lantas saya boleh jatuh hati dengan musik yang mereka gemari.

Blog.
Jika diperhatikan cara saya menulis. Banyak juga dipengaruhi oleh blogger-blogger di sekeliling saya. Tajuk entri yang sepatah, ilham Bluehikari. Entri di hiasi dengan gambar-gambar yang indah, bila Firus fansuri mula berkongsi rasa. Secara tidak langsung saya menyukainya.

Glory, glory M.U!
Okey...satu kesukaan saya yang hanya di kongsi bersama teman gila bola. Saya penyokong setia M.U. Sesetia mana saya? Bagaimana saya mengikuti FT, begitu jugalah saya dengan M.U. Cuma, M.U lebih lama saya kenali berbanding FT! Ada teman yang mencadangkan tinggalkan Red Devils tu, saya enggan. Pernah ibu bertanya saya, apa faedah yang dapat menonton bola walaupun pada masa itu sambil membuat kerja sekolah. Saya hanya menonton perlawan M.U sahaja. Bila dah besar sedikit, saya hanya mengambil tahu M.U lawan dengan siapa dan apa keputsannya. Masa saya mengaji dulu, saya teringin untuk memiliki jersi yang ada nama sendiri dan nombor kegemaran sendiri. Memandangkan itu merupakan satu kehendak bukan keperluan, saya pendamkan sahaja niat itu. Tengok la jika ada rezeki nanti. Kak Sarah ada jersi nama dia sendiri ketika mewakili universitinya dalam pertandingan ping pong. Video yang saya kongsikan bersama teman-teman yang gila bola. Bagaimana saya boleh tersuka bola sepak? Kerna ayah. Ayah orangnya suka bersukan.


Terbaru...saya dan Mal berangan untuk bercuti setelah kami mendengar ia berulang-ulang kali!
Juga...tidak sabar untuk menanti PBKL 2010 kerna ada perkara yang saya ingini.
Bagaimana semua ini terjadi? Kerna...faktor mereka disekeliling saya.

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menyukai dan disukai. Maaf saya pinta, jika ada yang kurang senang dengan sifat saya, yang mudah tersuka ini. Jangan salah sangka dengan sifat saya yang satu ini.

Moga Allah merahmati ibu dan ayah, adik-adik(moga berjaya imtihan dan moga ditenangkan hati dalam menjalani kehidupan), ahli keluarga, guru-guru, sahabat-handai serta umat Islam keseluruhannya. Ameen.



Nota: Rasa suka,sentisa dalam lindungan Illahi.Hamdalillah.

November 03, 2009

Tentang ZM.

Tidak dapat dinafikan, ada ketikanya saya kagum dengan idea yang diketengahkan oleh Saudara Faisal Tehrani di dalam novel-novelnya. Walaupun tidak semua buku Suadara FT dapat saya terima dari sudut-sudut yang tertentu, tetapi saya memiliki ke semua buku beliau, kecuali yang terbaru untuk tahun 2007.

Eh, saya bukan mahu bercerita tentang Saudara FT sebenarnya. Grr…! Dia sudah cukup popular. Menjadi penulis kegemaran. Dan memiliki nama yang kebal dalam dunia penulisan sastera. Pun, tidak kalah difitnah. Apapun, saya memahami situasi seorang penulis. Kerana, penulis yang tidak popular seperti saya ni pun, kerap juga kena fitnah, walaupun saya sendiri tidak mengenali ramai penulis. Aneh bukan dunia penulisan ini?

Dulu, saya begitu teruja ingin mendapatkan tanda tangan sudara FT, tetapi tidak pernah kesampai kerana setiap kali melihat kelibat beliau di PWTC, secara tiba-tiba saya akan terus lari. Hahaha, tindakan refleks.

Tetapi, tahun ini, adik PUTEHSEROJA telah memuatkan satu gambar yang menarik di dalam blognya. Ya, gambar di atas kalau anda lihat secara dekat, hidung saya yang kemek ini tiba-tiba jadi kembang. Walaupun tak berjaya mendapatkan tandatangan FT, dapat auranya pun jadilah. Uhu…..

Zaharah Muhammad


Saya baru untuk mengenalinya.
Insya Allah, akan menjadi pembaca ZM selepas ni.


Nota: Berbunga hati saya ketika mendapat bungkusan dari selatan tanah air.

October 24, 2009

Satu cinta.

October 19, 2009

Dua.





Ya Allah...
Ampunilah daku dan kedua ibu bapaku,
dan kasihanilah kedua mereka seperti
mana mereka mengasihiku sejak dari kecilku.

Ameen ya Rabbal 'alamin...



Nota: Bila buat ibu?

October 12, 2009

Sungguh.


"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." [ 29:69 ]

October 05, 2009

Rugi.



Katakanlah: Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?

Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

Surah al-kahfi: 103-104

October 01, 2009

Ubah.



August 13, 2009

Ambang Ramadhan.

Terus terang.

Dua minggu sudah. Saya sedikit berasa tertekan. Segala yang dirancang,sedikit lewat ditunaikan. Begitu juga dengan tanggungjawab, amanah lebih tepat. Bangun tidur, hati rasa tidak sedap. Semacam ada dosa besar yang telah saya lakukan. Saat itu, saya muhasabah diri. Selang beberapa hari, saya teringat akan ibu.

Ibu,ibu dan ibu.

Saya tidak pasti sama ada saya ada buat hati ibu terguris atau tidak. Maaf, kadang-kadang saya berdarah muda...berjiwa muda juga. Demi Allah, kadang-kadang saya terlupa yang saya sedang bersama dengan ibu yang melahirkan serta membesarkan saya.

Asar. Saya ambil ibu, pulang dari kantor. Macam biasa, ibu yang banyak bercerita, saya lebih mendengar. Bawa kereta dengan perlahan, saya berterus terang pada ibu setelah ibu yang senyap seketika.

"Ibu, akhir-akhir ni ibu ada terasa dengan kakak tak?"

Berubah air muka ibu, "Tak de pun kakak. Kalau ada pun ibu dah maafkan."

"Maafkan kakak ibu, kalau kakak ada buat silap, buat ibu sakit hati atau apa pun. Akhir-akhir ni kakak rasa macam ada yang tak kena, hati tak tenang."

Balas ibu, "Okey je semua kakak. Buat apa nak berahsia dengan ibu. Ibu pun dah tak lama lagi."

Sekali lagi, saya bermohon maaf pada ibu.

Saya, orangnya kuat berahsia. Lebih selesa bercerita pada teman-teman atau menulis, luahkan apa yang terpendam. Bertambah selesa lagi ketika bercerita pada DIA.

Ibu, maafkan kakak. Teman-teman, du'akan agar saya selalu berbakti pada ibu bapa hingga ke akhir usia.


Pergi.

Macam tidak percaya saya, ketika menerima es-em-es daripada guru ngaji saya bahawa...Ustaz Asri-Rabbani, telah menghadap Illahi pagi tadi.

Du'a saya, agar beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang berjaya. Ameen.

Dua malam sudah, bersembang bersama sis dya, kemudian saya secara tidak sedar bertanya...

"Agak-agak sis, jika ada antara kita yang 'pergi' dulu. Macam mana ya? Siapa yang nak bagi tahu yang kita'dah pergi'?"

Dia diam. Saya bertambah diam lagi. Lama saya menanti jawapannya. Saya tinggalkan soalan itu dengan persoalan.

Pernah saya terfikir, bagaimana keadaan semua kegunaan saya di internet bila saya sudah tiada nanti...yahoo messenger, email, friendster, facebook, twitter dan juga blog ini? Tergelak saya bila membaca entri yang mencadangkan penggunaan widget untuk pemberitahuan yang kita telah tiada. :)

Saya tinggalkan juga...entri-entri yang bermanfaat mudah-mudahan, daripada empunya blog. Entri satu dan entri dua.

Dah lama saya baca, dan teringin juga untuk menulis tentangnya tetapi hari ini, baru ia terlaksana.

Tentang blog, saya suka membaca cerita orang. Tetapi tak faham, kenapa cerita yang karut-marut pun depa nak cerita(blog saya pun sama barangkali.)
Cuma,saya teringat pada Salsabila Fahim yang asyik bercerita tentang dirinya. Apa katanya...
"Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan ada seiapa yang mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu membaca cerita orang lain? Tak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu."

Setuju? Atau sekarang, lebih mengerti?


Ambang ramadhan.

Seminggu lagi kita akan menyambut bulan khas untuk kita, Ramadhan al-Mubarak. Tiada apa yang mahu saya coretkan. Cuma, salam menghidupkan ramadhan yang saya hulurkan.

Ya Allah, jadikan kami meneladani kebaikan-kebaikan pendahulu kami...

August 07, 2009

Hidup.



Kita perlu menyusun plan kehidupan kita, jika tidak, orang lain akan menyusun plan kita.
-Unknown

Waktu senggang.

Terkejut saya ketika mebaca komentar seorang pembaca ni. Mengenai FT. Bukan Faizal Tahir tetapi Faisal Tehrani.

Baru-baru ni (semasa ambik Hadiah Sastera Islam XII) saya jumpa Fadh Radzy. Alhamdulillah,
taklah sombong macam Faisal tu, memang tak mau
tegur langsung. Adakah jurang antara penulis TUA
dengan penulis Muda? (Tak patut).


Tulisan FT. Amat saya minati. Tetapi, bila dah besar sedikit, baru saya faham dan kenali ramai orang yang tidak membaca atau gemari tulisannya.I'ya saya setuju, selera masing-masing. Saya terima itu.

Bacaan zaman kanak-kanak saya ialah buku siri penyiasat. Siri tiga penyiasat amat saya gilai. Siri-siri lain juga begitu, masih saya simpan dalam koleksi.

Masuk sekolah menengah. Baru saya berjinak-jinak dengan dunia sastera. Banyak masa melepak di perpusatakaan sekolah (saya bukan seorang ulat buku), membuatkan saya terjerumus dalam bacaan sastera. Cerita sastera pertama yang saya baca ialah Pei pan. Bulat mata seorang teman ketika melihat saya berkepit dengan Pei pan. Kerna pada masa itu, teman-teman sekolah, sedang hangat dengan novel-novel cinta.

Jujurnya, saya pun ada membacanya. Meminjam daripada mereka (nak beli, rasa satu pembaziran yang maha besar). Saya tidak ingat novel apa yang saya mula baca. Ombak rindu , Pergilah sepi, Jendela hati, dan Setia menanti antara novel yang sempat saya baca.

Jika di tanya novel-novel itu berkenan apa, siapa wataknya, bagaimana jalan ceritanya. Sungguh, saya sudah lupa. Tetapi saya menghormati mereka yang memiliki koleksi novel jenis ini.

Tingkatan empat. Saya ke pesta muda-mudi (baca: pesta buku) bersama kakak sepupu. Mengajaknya untuk melihat novel-novel yang digilai oleh teman sekolah. Dia menuruti kehendak saya. Pulang. Dia bertanya, "Kenapa baca cerita macam tu? Tak buang masa ke?". Saya diam.

Dia memberi saya 1515 sebagai ganti. Tulisan FT pertama yang mula saya hadam. Kemudian, mulalah saya jatuh hati dengan tulisan-tulisannya.

Bermula dari situ, makin dekat diri saya dengan dunia sastera. Juga, tidak rasa membazir untuk melaburkan pitis agar bermanfaat untuk waktu senggang saya.


Nota 1: Merayakan waktu senggang.

Nota 2: Rawa, sudah berada dalam tangan. Belum sempat menikmatinya.

Nota 3: Sangat bersyukur dengan apa yang diberiNYA.

July 29, 2009

Satu Malaysia (i).

Bismillah.

Entri kali ini, saya tulis dengan penuh rindu. Penuh cinta.
Ketika perdana menteri baru ini melancarkan Satu Malaysia yang mementingkan kepentingan semua kaum dan mendengar suara rakyat. Saya rindu pada teman-teman lama. Selama saya belajar di sekolah rendah dan menengah, teman-teman saya ialah mereka yang bukan Melayu.

Teman di sebelah meja, bukan Melayu. Rehat bersama dengan bukan Melayu.
Saya tak pasti mengapa saya boleh rapat atau masuk dengan bukan Melayu.
Pergi ke kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan lepak dengan bukan Melayu.

Empat sekawan.

Kami pernah sekali sahaja sekelas ketika di sekolah menengah. Tetapi, persahabatan kami kekal ke saat ini. Main ceper (penutup botol) bersama, perkara yang tidak boleh saya lupai. Tamat zaman persekolahan. Beberapa kali berusaha untuk berjumpa kembali, tetapi gagal. Ada sahaja yang sibuk atas urusan masing-masing. Cair saya, bila Kas mengajak saya turun ke Pulau Borneo(dia sedang mengaji di sana) untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Rindu untuk mendengar cerita(tentang keluarga dan teman-temannya) Deb yang boleh buat saya tergelak tak sudah. Begitu juga Janu. Mereka secara tidak sedar, banyak mempengaruhi hidup saya. Cara belajar, bergaul dan segalanya. Kebetulan, kami geng bulan Julai. Kami, majoriti lahirnya pada bulan Julai. Janu, 1 Julai. Saya sendiri, 2 Julai dan diikuti oleh Deb, 18 Julai. Cuma Kas yang lahir pada 30 Januari. Tetapi kesemua kami lahir pada bulan yang awalnya huruf J. Kerja-NYA, bukan?


Teman baik.

Radhika...teman baik saya ketika sekolah menengah. Mana saja kami pergi mesti bersama. Kami merupakan pengganas (baca:pengawas) di sekolah. Kami akan berusaha untuk mendapat tempat yang sama ketika bertugas. Macam biasa, mestilah permintaan kami tidak di penuhi. Rehat bersama. Kami makan roti coklat RM 0.50 tu. Setiap hari pula. Entah mengapa saya tidak bosan dengan roti tersebut.

Sebenarnya, pertemuan kami direncana awal oleh-NYA. Kami yang tidak sedar ketika itu. Mewakili sekolah masing-masing dalam pertandingan syarahan ketika darjah enam merupakan pertemuan pertama kami. I'ya...seingat saya, Radhika merupakan satu-satunya peserta bukan Melayu. Kami bertukar cerita ketika masuk ke sekolah menengah dan hingga saat ini, saya merindui untuk berjalan bersama Radhika.

Ole-ole yang diberi olehnya empat tahun yang lalu, masih saya simpan dengan baik.

Nota 1: Ketika pilihan raya kecil di Manik Urai. Saya bertanya pada yang utama dan yang mulia mana satu yang patut saya pilih. Dah boleh mengundi sekarang. Jawabnya, "Dah boleh undi? Makin berat amanah kamu kak."
Saya diam. Dia telah mengingatkan saya tentang amanah.

Nota 2: Pernah mengusik Deb agar dia berbaju kurung(ibunya kelihatan anggun ketika mengenakan baju kurung). Tetapi dia menolak. Saya suka melihat teman-teman yang belum Islam berbaju kurung. Mereka nampak ayu.

July 12, 2009

Jatuh.

July 09, 2009

Perlukah?

perlukah?

perlukah ku khabarkan hati yang pedih?

perlukah ku canangkan jiwa yang menderita?

perlukah?
perlukah?

tidak perlulah.

dunia ni cuma singgahan sementara.

pejamkan mata dan biarlah semuanya berlalu begitu sahaja.

percayalah, semua yang terjadi (baik atau buruk) dari izin yang Esa.

apa salahnya DIA mahu bermanja.

menguji apakah kau benar setia dan rela.


Teruskan.

Saya sedikit tidak terurus akhir-akhir ini. Semalam, saya dapat lagi kata-kata hikmah yang bermakna. Gembira juga yang utama dan yang mulia bertanya kabar. Lagi, gembira ketika dapat message kak sarah (moga selamat tiba ke tanah air nanti). Seterusnya, sis dya berkongsi alternatif lain dalam membujuk hati.

Tanpa adik-adik, dunia saya sepi seketika. Ambil masa untuk sesuaikan diri.

Oh ya...hari ini, dua puluh satu tahun yang lalu. Umur saya baru tujuh hari. Masih gembira ibu dan ayah menyambut orang baru. Telah tertulis segala-galanya buat saya.

Minggu sudah. Saya terima es-em-es daripada haruman syurga.

"SELAMAT HARI LAHIR ya MOHD afiqah!"

Tak tahan gelak bila saya membacanya. Saya cerita sedikit tentang MOHD afiqah.
Kenalkan, Pak Cik Yaakob. Dia yang sering panggil saya begitu. Bila jumpa (masa zaman kanak-kanak), dia akan panggil saya MOHD. afiqah. Yang saya tidak boleh terima, anak-anak dia pun panggil saya begitu.

Mula-mula, saya senyum je bila di panggil begitu. Dah besar sedikit, saya bertanya pada ibu kenapa pak cik tu panggil saya begitu. Jawab ibu,

"Dulu, pak cik tu tanya kakak nama siapa. Kakak akan jawab MOHD. AFIQAH."

Gelak besar saya bila mendengar cerita ibu. Saya pun tak pasti kenapa saya jawab macam tu. Mungkin sebab nama saya sepatah, sedangkan orang lain berpatah-patah. Suka-suka hati nak tukar-tukar nama. Pernah saya bergurau dengan teman-teman sekolah yang pucuk pangkal nama saya ialah Siti nur nurul afiqah (memang tidak ada kerjakan?)


Baiklah...saya perlu teruskan kerja. Rasa-rasanya saya bukan lagi orang muda (entri basah). Sangat bersyukur dengan nikmat muda yang Allah kurniakan. Sudah bertambah usia, banyak perkara yang perlu dibereskan. Tentang ibadah,ilmu serta akhlak. Banyak yang perlu diperbaiki.

Kelmarin, ibu dapat jemputan perkahwinan daripada teman sekantornya. Saya baca kadnya dah bulat mata saya bila pengantin lelakinya berstatus haji. Aisey...mungkinkah kakak itu berkawin dengan pak haji atau pun sang pengantin lelaki sudah berstatus haji muda? Nantilah saya tanya ibu.

Dah lama saya simpan azam untuk ke Tanah Haram dalam usia muda. Moga DIA mendengar suara kecil dan antara permintaan besar saya.

July 02, 2009

Semoga 'panjang umur'.



“Selamat pendek umur,” saya bergurau.
Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.
“Kenapa pula?” tanyanya. Dia kelihatan ceria. Hari ini ulang tahun hari kelahirannya. Saya meraikan dia dengan belanja makan di restoran berhampiran tempat kami bekerja.
“Yalah… bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu…”
“Makna, semakin hari semakin pendeklah umur kita?” tingkahnya penuh pengertian.
“Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian.”

“Pelik, selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan. Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang kematian pula.”
“Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan ‘mati’,” balas saya.
“Kenapa pula?”
“Hukama berkata, barangsiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”
“Untuk apa kita mati?”
“Untuk hidup…” kilas saya lagi, sekadar bermain kata, bersilat bahasa untuk meninggikan makna.
Dia diam. Menung dan alam fikirnya telah terusik barangkali.

“Mati untuk hidup?”
“Ya, mati bukanlah suatu pengakhiran tetapi hanya satu permulaan…”
“Satu permulaan? Maksud kau?”
“Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – alam akhirat. Kau masih ingat kata-kata Umar Ibn Aziz yang aku sering ungkapkan dulu?”
“Hampir terlupa. Waktu di kampus dulu?”
“Umar berkata, manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”
Terkesima dia. Jari-jarinya mula mengetuk-ngetuk meja. Perlahan. Tetapi saya yakin gerakan mindanya makin laju. Dia biasa begitu.

“Jadi, hidup ini untuk mati dan mati itu untuk hidup?”
Wah, saya pula yang terkejut mendengar liuk lentuk bahasanya. Berputar-putar seputar maknanya.
“Ya. Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup di sana, di akhirat. Itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa itu. ”
“Jika demikian apa ada pada umur?”
“Umur hanyalah putaran surya, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arlogi,” balas saya. Seronok sekali-sekala, berbual dengan bahasa berbunga di sulam kosa kata yang yang berputik dan berbuah.

“Maksudnya kita abadi?”
“ya, tapi bukan abadi seperti Khalik yang tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran. Kita tetap makhluk.”
“Jika demikian, umur itu relatif juga kan?”
“Ya, kan Enstein pun fahamnya begitu? Masih ingat Teori Relativiti masa?”
“Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti.”
“Juga bukan pada yang zahir tapi juga yang maknawi.”
Semakin rencam perbincangan kami. Tidak mengapa, sekali-sekala apa salahnya… berfalsafah kekadang lebih indah.

“Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi ‘panjang’ ilmu dan abadi jasanya. Imam Safie, Imam Ghazali… tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangannya melangkaui dekad dan abad,” tambahnya memberi contoh.
“Umar ibn Aziz memerintah hanya kurang lebih 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya,” sambungnya lagi.
“Rupa-rupanya petua nak panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa,” kata saya seakan merumuskan.
“Harta boleh panjangkan umur… sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur… hubungi silahturrahim, panjanglah umur kita. Demikian maksud hadis.”

“Apakah rahsia kejayaan orang-orang yang ‘panjang’ umur itu?”
“Mereka sedar tentang tujuan! Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu . Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.”
“Hasilnya?”
“Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is wiill, the is a way!.”
“Tapi kita bukan mereka?”
“Betul. Tapi itu bukan kelemahan, bahkan satu kekuatan. Setiap kita adalah unik. Tuhan tidak ciptakan manusia bodoh, tetapi Dia mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”
“Kita lebih bijak daripada mereka?”
”Ya, di sudut-sudut tertentu. Seorang pemandu lebih bijak daripada seorang profesor dari segi pemanduan kereta.”

“Tetapi keintlektualan lebih berharga daripada kebolehan memandu kereta. Profesor lebih berharga daripada seorang ‘driver’. Gaji mereka lebih tinggi”
“Maksudnya, umur seorang profesor lebih ‘panjang’ berbanding seorang driver? Maksud kau begitu?”
“Perbezaan itu bukan perbezaan taraf, tetapi perbezaan jalan. Jalan untuk seorang driver menjadi hamba Allah berbeza dengan jalan seorang profesor. Itu sahaja.”
“Kau tidak mengiktiraf derjat orang berilmu?”
“Tidak begitu. Orang berilmu memang dilebihkan beberapa derjat… tapi dengan syarat, mereka takutkan Allah. Kan itu takrif sebenar seorang ulama?”
“Maksudnya?”
“Seorang driver yang takutkan Allah lebih tinggi derjatnya daripada seorang profesor yang tidak takutkan Allah. Tetapi sekiranya kedua-duanya takutkan Allah, tentu sahaja ‘umur’ profesor itu lebih panjang daripada umur seorang driver lantaran ilmu dan amalanya yang lebih tinggi dan berharga!”

“Ah, surah Al Baqarah menukilkan seorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup… Syuhadak mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada Allah. Jadi, satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid,” ujar saya mengalih arus perbualan.
“Benarlah kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan generasi hari ini ‘mati’ kerana mencintai hidup.”
“Wah, terlalu panjang perbualan kita petang ini. Apapun aku ingin mengucapkan ‘selamat panjang umur’ sempena hari lahir kau yang ke 40 tahun hari ini,” pintas saya sambil bangun. Jam telah menunjukkan pukul 6 petang. Hari semakin pendek.
“Eh, tadi kau kata ‘selamat pendek umur’, sekarang dah bertukar balik seperti ucapan biasa yang aku dengar… selamat panjang umur?” tanya hairan.
“Eh, kau lupa agaknya. Maksud ‘panjang umur’ ku berbeza dari biasa. Maksudku, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silahturrahim, srlamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah. Ya, itulah. Itulah maksudku selamat panjang umur!”


Nota: Terimas bagi mereka yang sentiasa tidak putus-putus mendu'akan saya. :)

June 25, 2009

Tempias duha.



Duha pemberi rezeki kata orang. Aku percaya itu. Tempias duha bukan kepada pelakunya, tetapi auranya melekat sama kepada mereka di sekeliling. Harmoni sekali. betapa Tuhan jadikan setiap makhluknya dengan hikmah yang begitu seni sekali. Alhamdulillah!

Bluehikari


Buat diri: Ibu bilang lagi, duha janggal tinggal. Ada rezeki yang tidak disangka-sangka nanti.

June 19, 2009

Usrah.

Satu.

“Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah” Abang Zam memulakan usrah.

Saya tersengguk-sengguk. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Boleh dikatakan sepanjang usrah itu kami semua mabuk antara tidur dan jaga.

Usrah berakhir hampir jam 5 pagi. Kami bingkas bangun menuju Musolla, mengambil peluang untuk bertahajjud sebelum menjelang Subuh.

Selepas solat Subuh, seperti biasa apabila tiada sesiapa bangun, saya akan berdiri untuk menyampaikan tazkirah pendek. Sudah menjadi kebiasaan saya sentiasa menyiapkan di dalam kepala satu tajuk. Jika ada sahaja keadaan di mana saya dikehendaki menyampaikan tazkirah, saya sudah bersedia. Habis sahaja tazkirah diberi, saya akan siapkan satu lagi tajuk sebagai persediaan untuk bila-bila peranan saya diperlukan lagi.

Habis tazkirah, saya pergi bertemu dengan Abang Zam.

“Assalamualaikum abang” saya bersalaman. Abang Zam menyambut salam dan tersenyum.

“Ana nak minta maaf sebab sepanjang usrah malam tadi ana tertidur. Letih sangat” saya dihantui rasa bersalah. Jarang benar saya mengantuk di dalam usrah.

Abang Zam tersenyum.

Katanya, “Tak apa Hasrizal. Ana buat usrah malam tadi bukan untuk menyampaikan ilmu. Tetapi sekadar nak menguji kesediaan anta dan ikhwah hadir dalam keadaan yang penat begitu. Kalau sudah sanggup bangun dan datang ke usrah, sudah selesai dengan sempurnalah silibus malam tadi!”

Saya terdiam. Begitu rupanya…

Abusaif


Dua.

Baru sehari selepas pulang ke rumah. Yang utama yang mulia bilang, dia rindu usrah, ukuwah di kem yang dihadirinya.

Teman-teman yang saling mengingatkan. Lupa seketika dunia luar yang penuh debu ini.

Rasa tak sabar untuk bertemu lagi. Allah gantikan dengan nikmat yang sangat tidak disangka-sangka.


Tiga.

"Kak, saya takut la nak masuk alam baru nanti. Dengar cerita. Sana pergaulannya bebas. Macam-macam yang kurang elok saya dengar. Dah la saya ni mudah terpengaruh dengan kawan-kawan."

"Ni kerja sementara ni pun rasa tak kuat dah. Dulu, masa sekolah ada usrah. Banyak sangat usrah hingga tak bersyukur pula.

"Kawan sekolah saya pun, dia cakap cuti ni rasa tak seronok. Solat pun tak khusyuk. Dah lama tidak berusrah."

Dia, yang berjiwa muda. Sebelum ni, bersekolah di sekolah agama di pantai timur.


Empat.

"Seronok ke usrah?", tanya saya.

"Seronok. Rasa memang tidak boleh hidup tanpa usrah. Sentiasa rindu usrah masa sekolah dulu.", jawab dia.

Dia, sedang bermusafir di bumiNYA.


Lima.

Kata saya dalam hati,"Hebatnya usrah!"

Jujur. Saya belum rasa (pernah) nikmatnya usrah. Kadang-kadang berdua sebentar bersama haruman syurga, yang utama yang mulia amat saya syukuri. Dah lama saya nantikan saat usrah.

Selama ni saya berusrah dengan apa yang saya baca(usrah ke tu?)

Secara zahir, nampak saya ni kuat. Sebenarnya Dia yang menguatkan saya. (Terima kasih ya Illahi)

Du'akan diri ini kuat walaupun tanpa usrah sebenar. Moga-moga, kelak akan dapat saya nikmati saat usrah itu.

Sentiasa. Sangat bersyukur dengan nikmatNYA.

June 12, 2009

Berulang.

Tidak sampai sebulan saya memiliknnya. Saat ini, ia ditangan dia yang saya tidak kenali tetapi sangat yakin, dia adalan saudara seislam saya...

Usai asar. Tunaikan janji. Berjalan bersama Mal di pekan.

"Kak. Saya nak bagi ustazah hadiah la."

"Kenapa?"

"Esok dia last day, ajar saya."

"Mal nak bagi ape?"

"Tak tau kak. Bagi lah idea."

Lama saya berfikir. Penat jalan-jalan di pekan (walhal kecil je pekan tu.)

"Buku. Boleh Mal?"

Dia tersenyum. Gembira, kerna saya telah berjanji dengannya.

Menggelabah saya mencari buku di rumah esoknya. Tidak mahu suara Mal bertanya mana hadiah buat gurunya.

Ke kamar yang utama,yang mulia kemudian saya. Membelek-belek koleksi yang ada. Agak-agak baru sedikit... Jari saya tersentuh yang ini...



Aduhai...masakan buku ini. Cinta saya pada buku ini tiada tolak bandingannya (baru berputik). Saya membelinya untuk merawat hati. Tetapi, memandangkan telah di kelilingi oleh mereka yang mengajar saya untuk memberi apa yang kita sayang dan juga berkongsi itu tandanya sayang.

Saya, dengan senang hati memberinya. Alhamdulillah.

Umur saya dan ustazah Mal tidak jauh bezanya. Sebab itu, saya berani menghadiahi buku ini padanya. Orangnya baru juga mendirikan masjid. Sengaja saya berkongi cinta, moga tempiasnya kena pada saya.



Moga-moga juga ada penggantinya yang lebih baik sedikit masa lagi.

Nota: Terimas sis Dya atas perkongsiannya, yang tanpa di sedari.

June 04, 2009

Kita,mereka.



Ku meratapi masa muda dengan titisan air mata.

Tetapi, apalah ertinya air mata penyesalan!

Seandainya saja masa muda itu, suatu hari boleh kembali,

akan kuceritakan bagaimana khabar

orang yang sudah beruban ini.

May 31, 2009

Mal.



Semoga hijrah kali ini, membawa manfaat buat kamu, serta kami...Mal.
Semoga DIA permudahkan urusan dunia dan akhirat, kita.

Sayang kamu, selamanya.

May 28, 2009

Sabar menanti.



Sebelum asar...

saya: tapi saya jenis orang yang cepat berputus asa jika sedang giler berusaha.

dia: DIa maha pembantu.

dia: Sungguh syaitan itu suka menyelinap sekitar kita, apatah dalam susur yang paling halus, pasti bisa dia tembusi, Rasul sendiri ada bersabda, syaitan itu mengalir di dalam darah.

dia: itu bisikan rasuk syaitan, lalu pohonlah keampuanan pada ALLAH swt kerna DIa amat cinta orang muda yang selalu kangen memohon ampun dan pertolonganNya.

dia: kamu kan orangmuda :)

saya: terimas ingatkan saya tentang tanggungjawab sebagai orang muda.

dia: insyaALLAH... kalau ibu itu yakin denganmu, maka ALLAH itu lebih yakin dengan kamu... masakah kamu tidak yakin kerana Dia dan ibu senantiasa di belakang kamu.

saya: sugguh, saya terlupa akan itu...

Jarang-jarang saya mengeluarkan perbualan di yahoo messenger saya di blog. Tetapi ia buat diri...sekali lagi tentang orang muda.

Hampir terlena...

Telefon bimbit saya berbunyi, tanda ada es-em-es masuk.

"Selamat malam alif.fa.ya.qof.ha.
Allah selalu bersama-sama mu.
DIA tidak pernah meninggalkanmu.
Moga mimpi indah ya."


Alhamdulillah. Sangat bersyukur di atas nikmat pertemuan kali ini. I'ya, kerja Tuhan pernuh rahsia.

Buat diri: Moga terus mampu berjalan.

May 25, 2009

By John Schmidt


Walimah.

Okey. Alhamdulillah. Dapat juga saya memenuhi jemputan Kak Kinah. Pertama kali menjejakkan kaki ke Sabak Bernam, buat saya begitu teruja. Persekitarannya yang penuh dengan hijau-hijauan, saya tidak melelapkan mata walaupun sesaat sepanjang perjalanan (kecuali waktu pulang).

Bertemu dengan pasangan raja sehari membuatkan saya sedikit lega kerena dari rumah ke rumah pihak lelaki membuatkan saya tidak senang duduk, memandangkan ayah juga tidak biasa ke sana.

Alhamdulillah. Dengan izin-NYA, dipermudahkan perjalanan kami ke sana.

Pulang. Kami beli oleh-oleh untuk dijadikan kenangan.Yang utama dan mulia berkata, jeli kelapa di sana lebih enak berbanding di bandar Hang Tuah. I'ya, saya tidak menafikannya. Sangat enak dan segar!

Sangat meletihkan perjalanan ke sana tetapi pengalaman yang diperoleh amat saya syukuri.
Buat Kak Kinah dan suaminya, selamat mulakan kehidupan berdua dan tinggalkan berita pada saya jika sudah bertiga.

Buat ibu,ayah serta yang utama dan yang mulia...terimas kerna sudi penuhi kehendak saya.

May 15, 2009

Adakah kau lupa.



Selamat hari guru buat cikgu-cikgu yang mendidik diri ini hingga menjadi manusia serta du'a yang tidak putus-putus buat saya dan juga teman-teman untuk berjaya dunia dan akhirat.
Mudah-mudahan cikgu-cikgu, dibawah lindungan rahmat Illahi sentiasa.

Juga...buat mak lang dan haruman syurga, Selamat Hari Guru!

Nota: Tak jumpa lagu buat cikgu...tetapi, haruman syurga mainkan lagu ini buat anak-anak muridnya yang masih hijau itu.

Terimas cikgu!

May 12, 2009

Rotan.

Lagi cerita tentang pelajar perlu dirotan guru oleh guru jika ada masalah disiplin. Bagi saya...ibu bapa yang perlu merotan pelajar(anak-anak) terlebih dahulu sebelum guru. Sebelum itu, yang menulis entri ini, bukanlah seorang guru tetapi seorang pelajar(akan sentiasa menjadi pelajar) dan juga bukan seorang ibu (sedang bersiap sedia ke arah itu) tetapi seorang anak.

Kena rotan.
Antara cara didikan ayah saya ialah rotan. Memang masa saya kanak-kanak, rotan sudah tidak asing bagi saya. Bukan apa, jika ada kesalahan yang dibuat, pasti balasannya ialah rotan yang ayah beri. Ayah saya bukan gila untuk merotan anak-anaknya sesuka hati. Dan, tidak pernah merotan saya dengan mengikut hawa nafsunya tetapi ayah sentiasa waras ketika menghukum kami.

Ketika sahur di bulan Ramadhan. Ayah akan pastikan kami akan makan berjemaah. Nak tak nak, anak-anak kena bangun sahur...jika tidak, rotan sebagai pangganti sahur. Pernah sekali (sedang belajar puasa), saya sudah duduk sebelah ayah. Tetapi mata saya sedang pejam. Tiba-tiba, "Zasss'!" sipi lagi saya kena, ayah merotan simen sebelah saya. Memang terpaksa sahur juga. Cerita ayah tentang nikmat sahur kurang saya peduli, nikmat tidur lebih saya harapkan.

Bila sudah sedikit berilmu, hidayah Allah turun...saya berubah. Sudah mula mudah bangun sahur dan saya sendiri, wajib bersahur. Semasa di asrama, roti dan air kosong menjadi santapan dan saya perlu terhegeh-hegeh mencari pahala buat bekalan di'sana'.

Terima kasih, ayah.

Sampai bila?
Saya tidak ingat bila ayah mula tidak memberi rotan sebagai hadiah buat kami. Tetapi, sangat yakin...darjah tiga(atau empat) memang saya dah tidak di rotan. Ayah guna pendekatan lain yakni bersuara sahaja jika menegur saya.


Marah dan sayang.
Bohong la jika saya cakap, saya tidak marah akan ayah asbab merotan saya (perasan rasa diri saya betul). Mesti ada perasaan itu. Ayah pandai mengambil hati kami selepas kami kena rotan, ayah yang mulakan kembali bicara dalam keadaaan biasa. Ayah lebih kenal anak-anaknnya (saya akan diam, kadang-kadang sehari tidak bercakap,selepas kena marah!) Tetapi,marah saya tidak akan lama walaupun tempat kena rotan itu akan saya ingat. Siapa saya untuk menyimpan perasaan itu terhadap ayah?

Sekali lagi...bila sudah sedikit berilmu, hidayah Allah turun...saya cuba faham kenapa ayah rotan saya. Tidak pernah saya tinggal mendoakan buat ibu ayah usai solat setakat ini(alhamdulillah). Perasaan sayang semakin menebal. Sentiasa berusaha menggembirakan ibu ayah kerna sedar diri ini tidak mampu membalas jasa mereka.

Terima kasih, ayah.

Sebagai pelajar.
Saya rasa lebih baik kena rotan oleh ayah atau ibu di rumah berbanding di sekolah. Lagi malu seh...depan teman-teman, cikgu-cikgu kena rotan.

Masakan akan kena rotan di sekolah jika di rumah sudah merasainya.
Doa ibu ayah amat perlu kerna ia penuh makna.

Terpulang...
Pastinya cara didikan setiap ibu ayah buat anak-anak berlainan. Satu bonus yang Allah beri bila anak-anak mudah di bentuk, di corakkan tidak perlu dirotan (begitu juga buat si anak, ibu bapa tidak pernah merotan anda, patut bersyukur). Tetapi jangan lupa yang kita sentiasa layak diuji.
Doa ibu ayah sangat penting buat anak-anak berjaya dunia,akhirat.
Saya bersyukur mendapat ibu dan ayah.

Mula faham.
Usia semakin bertambah...saya semakin faham kenapa ayah dan ibu buat itu,ini pada saya dahulu.
Faham juga...kenapa orang-orang dulu mengatakan susah jaga anak perempuan walaupun seorang.
Faham...bukan mudah untuk membentuk manusia tetapi ia mudah dalam membentuk orang.
Banyak perkara yang semakin saya faham akhir-akhir ini.

Tetapi...saya rasa tidak best menjadi orang dewasa.


Salam manfaatkan masa lapang dan saat muda.

May 05, 2009

Solat.

SATU.

"Lama kamu solat kak", kata dia.

Balas saya..."Maaf Mal!"

Sebenarnya saya memang ada masalah sedikit jika bersolat di luar rumah.
Mereka yang menanti saya pasti akan sedikit gusar, kerna lamanya saya bersolat.

Maafkan saya.
Entah mangapa dan sehingga saat ini, saya masih berusaha untuk menjaga hati mereka yang keluar bersama saya kerna kelewatan saya. Pelbagai alternatif yang saya buat.

Maaflah...kadang-kadang solatnya cepat,bersiapnya lama.

Tapi...memang saya sedikit menggelabah jika ada yang menanti saya bersolat.

Nota: Tenang-tenang Mal.

DUA.

Usai mengikuti satu program. Saya merindui wajahnya yang manis itu.

"Ana malu!"

"Malu? Kenapa ukhti?"

"Saat fesi bertanya, " Parents siapa yang tidak mengajarnya solat, angkat tangan!" Ana angkat. Tapi macam semua orang kat situ bohong! Dalam tiga orang je yang angkat tangan waktu tu."

Saya bungkam.

Apa yang berlaku. Ukhti di hadapan saya, bukan calng-calang orangnya. Ilmu, sentiasa dia tagih, percakapannya membuatkan mereka yang mendengar berfikir. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki akhlak dan berusaha menjaga solatnya!

Maafkan mereka yang melahirkan dan membesarkan kamu ukhti. Pastinya kedua orang tuamu, mahu melihat anak-anak mereka, menjadi lebih baik daripada mereka. Tahniah kerna berjaya hingga ke saat ini. Ingatlah...kita bukannya seorang anak yang sempurna, begitu juga mereka. Tetapi kita semua sentiasa berusaha untuk menjadi sempurna. Moga-moga, kamu menjadi seorang bonda yang baik, kelak.

Nota: Jealous membaca du'a Abusaif. Ameen untuk du'anya.

TIGA.

Ada kelas tambahan yang perlu saya hadiri selepas tamat waktu persekolahan (ketika di tingkatan lima).
Saya perlu menaiki bas awam, kerna sudah terlepas bas sekolah.
Perjalanan dari perhentian bas ke rumah mengambil masa lebih kurang tiga puluh minit. Dalam keadaan panas terik, saya perlu berjalan pulang.
Teman sepanjang perjalanan saya ialah Malar. Kami tinggal di taman yang sama tetapi jalan yang berlainan.

Mestilah sebelum pulang ke rumah saya perlu solat zohor terlebih dahulu di surau sekolah. Jika tidak, saya perlu bermujahadah untuk mendirikan solat setelah penat berjalan.

"Maaf lambat, Malar. Terima kasih sebab tunggu saya" kata saya, setelah bersolat.
"Tak pe." balasnya sambil tersenyum.

Kami sepakat untuk pulang bersama dan Malar duduk di kantin dan menunggu saya bersolat. Hampir setiap hari, saya pasti akan mengungkapkan ayat yang sama begitu juga dengan Malar.

Sehinggalah satu hari...ayat yang sama saya ucapkannya cuma, Malar yang sedikit berbeza balasannya.

"Ada ke orang yang berjumpa dengan Tuhan-nya sekejap?"

Soalan Malar membuatkan saya diam.

Situasi lain...

"Kita keluar malam nak? Lepas kamu sembahyang Mahgrib. Okey?", pesan Kim.

Saya, "Okey! Jumpa kat pekan, nanti."

Nota:Rindu untuk keluar dengan teman-teman yang belum Islam.

EMPAT

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."
(Surah Ibrahim:40)

"…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran."
(Surah Al-Ankabuut:45)


Muhasabah diri,wahai diri.

April 28, 2009

Dari dalam ke luar.


Seorang Bijak berkata:

“Anakku, jika kau ingin membuat perubahan dalam hidupmu, mulailah dari dirimu sendiri. Bukan orangtuamu, bukan temanmu, bukan pula sahabatmu. Semua perubahan dimulai dari dirimu sendiri. Dari dalam ke luar, bukan dari luar ke dalam.

Anakku, ketika aku masih kecil dan bebas, dan imajinasiku tidak ada batasnya, aku mengimpikan untuk mengubah dunia;

Ketika aku semakin dewasa dan semakin bijaksana, aku sadar bahwa dunia tak mungkin diubah.

Dan aku putuskan untuk mengurangi impianku sedikit dan hanya mengubah negeriku. Tetapi itupun tampaknya tidak mungkin.

Ketika aku memasuki usia senja, dalam suatu upaya terakhir, aku berusaha mengubah keluargaku sendiri, mereka yang paling dekat denganku, tetapi sayang, mereka tidak menggubrisku.

Dan sekarang tatkala ajalku mendekat, aku sadar bahwa kalau saja aku mengubah diriku terlebih dahulu, lalu dengan teladan mungkin aku bisa mempengaruhi keluargaku, dan dengan dorongan serta dukungan mereka mungkin aku bisa membuat negeriku menjadi lebih baik, dan siapa tahu, mungkin aku bisa mengubah dunia.

Ingat anakku,

Bukan dari luar ke dalam, tapi dari dalam ke luar!



April 26, 2009

Rezeki II.

"Nama kamu atau saya?", bisik saya.

"Mal. Nama Mal", balasnya.

Natijahnya...


Macam biasa. Sebenarnya kurang berpuas hati apabila yang utama dan yang mulia mencadangkan nama Mal. Memandangkan dia pandai mengambil hati saya...dia berkata,

"Musim kedua, milik kamu kak."

Balas saya dalam hati, "Ada rezeki,pastinya musim ketiga, menjadi hak kamu."

Sepakat membawa berkat juga. Itulah kami. Acap kali, bergantian nama yang utama dan yang mulia serta saya ketika si penulis bertanyakan, "Nama siapa ya?"

Kali ni bagi peluang pula pada Mal berkongsi kegemaran kami. (Insya Allah, jumpa Khamis nanti Mal!)

Hari ini, pesta muda-mudi (baca:pesta buku) melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, saya diberikan nikmat olehNYA untuk beronggeng di pesta tersebut.

Meminjam kata-kata saudara Rausyanfikir...kalau hendak beli, ronda betul-betul dahulu. Selongkar semua sudut selagi mampu. Jangan gelojoh sebab kadang-kadang ada buku menarik yang 'tersembunyi'.

Munajat saya sebelum subuh...dibukakan dan digerakkan hati, serta diberikan ilham oleh Illahi dalam memilih bahan bacaan yang bermanfaat buat diri.Hanya tiga buku yang mahu saya miliki sebenarnya pada kali ini. Alhamdulillah, urusan saya, amat dipermudahkan olehNYA.

Apabila yang utama dan yang mulia berjalan di hadapan saya, kemudian menoleh ke belakang, pasti akan bertanya. "Kak, tak nak beli buku ke? Novel ke...apa-apa ke?". Soalan yang sama juga akan ditananya ketika kami berjalan seiring.

Geleng kepala dan jawapan, "Tak nak." respon saya buat dia. Barangkali faktor kekurangan ongkos dan juga munajat saya sebelum subuh tadi.

Terima kasih buat ibu,ayah serta yang utama dan mulia kerna berkongsi rezeki bersama saya pada saat itu. (Moga-moga usahamu untuk imtihan kali ini, diberkatiNYA.)

Insya Allah, bertemu lagi pada dua ribu sepuluh.

April 23, 2009

Gurauan.

Masa: Selepas mahgrib.
Perantara: Telefon bimbit.

Saya: Ehemm! Haruman syurga...Nikmat 'Kecintaan' yang dirasakan oleh para bujangan takan dirasai oleh orang yang berkahwin.

Haruman syurga: Eheem...Rasa kecintaan orang bujangan tidak sama nikmat atau hebatnya dengan rasa kecintaan orang yang berkahwin. Jadi, berkahwinlah untuk merasakan kehebatan cinta manusia.senyum

Saya: Baik kak! Akanku turuti nasihatmu itu. Salam isya' deh!


Tergelak saya seorang diri ketika membaca pesanannya itu. Iya..girl's talk sebelum isya'.


Ambil kesempatan...buat yang utama dan yang mulia serta teman-teman yang sedang menghadapi peperiksaan, semoga diberi ilham, ketenangan serta keyakinan olehNYA ketika pena mengeluarkan tintanya. Semoga sukses nanti!

Nota: Teman saya di pulau temasik sedang countdown Ramadhan 1430H. Salam muhsabah diri.

Nota 1: Pagi-pagi. Terdetik hati saya untuk melihat peti surat rumah, dan...ada kad jemputan kahwin untuk saya! Entah kenapa...hati saya berdebar-debar untuk mengetahui siapa yang bakal menjadi raja sehari. Siapa tu yang sudi menjemput saya? Elhamdulillah. Insya Allah, akan saya hadirkan diri di walimahmu Kak Kinah. kenyit

Permudahkan urusan hambaMU ini, dalam memenuhi jemputan teman-teman, ya Allah.

April 16, 2009

Khamis.



Salam berpuasa sunat bagi yang berpuasa. Elhamdulillah (terpengaruh dengan si kucing gemuk di masjid biru). Dua oleh-oleh buat yang utama dan yang mulia, hampir siap.

Rasa gembira bila dia pulang ke rumah. Dapatlah saya beronggeng bersamanya di pesta muda-mudi (baca:pesta buku) nanti.

Sebenarnya saya tidak sabar untuk menikmati ketupat cinta.


Dan...


Belum sempat lagi saya menonton The Kite Runner.
Terimas sahabat, tentang Panggung Islamik!


Ya Rabb, berilah hambaMU ini manfaatkan masa muda dan lapangnya sebaik mungkin. Ameen.

April 13, 2009

Pengaruh.


Tidur awal. Selepas sejam bangun daripada tidur, saya duduk di hadapan monitor. Dua jam kemudian, saya bergerak menyiapkan kerja-kerja saya sehingga azan subuh berkumandang.

Cerita tentang anak mudah yang gigih oleh kak Sarah, berjaya menawan hati saya. Seorang yang bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-citanya cuma kepincangannya telah dirawat oleh kak Sarah.

Dan, Anggaplah kematianmu pada hari ini. Dalam diam, si soleh itu telah mengingatkan saya agar terus berkerja.

Juga...sang pelangi menyarankan agar tinggalkan 'cuma', jauh-jauh dalam Aku cuma seorang anak muda. Biar saya jangan terlalu asyik mejadi orang muda. Sedangkan orang muda, memikul amanah yang sangat berat.

Kerja saya berjaya di siapkan selepas waktu subuh. Perancangan yang tiba-tiba dan saya memang mudah dipengaruhi oleh dunia maya ini.

Ketika iman 'down', yang utama dan yang mulia sibuk dengan kerjanya. Apa yang saya akan lakukan untuk memperbaiki iman dan juga memotivasikan diri? Selain daripada, mendekatkan diri dengan Yang Memberi rasa pahit-manis kehidupan?

Alam maya penawarnya, alam maya ini juga adalah jawapannya. Bersyukur saya bila DIA temukan saya dengan mereka yang indah-indah akhlaknya (mudah-mudahan) serta tanpa disedari, dapat ingat-mengingati antara satu sama lain.

Sehinggakan ada teman-teman di dunia sebenar bertanya pada saya,
"Eh. Macam mana kat internet. Kamu boleh dapat kawan-kawan yang baik?

Pertanyaan itu membuatkan saya berfikir dengan sebaiknya.
"Niat.

Jawapan saya buat teman itu. Iya...memang bergantung pada niat kita bila ber'online' Tapi, jawapan nakal saya buat teman tadi,
"Barangkali saya seorang yang baik!


Okey...dengarkan pula nasihat Ummusaif tentang bahana internat. Memang sudah maklum ramai yang sedar akan tentang dunia ini, saja saya berkongsi tinta suri Abusaif.

Kadang-kadang saya sedar, teman-teman di dunia maya ini kuat pengaruhnya berbanding di dunia realiti. Alhamdulillah. Tapi ayat biasa saya...saya yakin setiap pertemuan biasanya akan saling-melengkapi antara satu-sama lain. Itukan kerja Tuhan.

Saya tinggalkan kata-kata Fudhail 'Iyad:
"Kalau Tuhan mencintai hamba-Nya, Allah akan membuatkan ia menderita, dan kemudian jika Allah mencintainya, Allah akan mengusainya tanpa keluarga juga tanpa harta.
Selamat meneruskan kehidupan!