November 08, 2007

Terlakarnya Peta Hidup Ini.

Photobucket


~credit to ibnu abas for the poem~

November 06, 2007

Rambut ,Mangkuk Dan Madu



Assalamualaikum w.b.t. Kisah dan Tauladan.


Mangkuk yang cantik, Madu dan sehelai Rambut.

Pada suatu hari Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabat baginda iaitu :Saidina Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya sayidatina Fathimah r.ha. puteri RasulullahSAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu idangkan, sehelai rambut terikut di dalam manguk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut iaitu Mangkukyang cantik, madu, dan sehelai rambut.


Abu Bakar r.a. berkata:"Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang antik ini,orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".


Umar r.a. berkata, :"Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Uthman r.a. berkata:"Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Ali r.a. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Fatimah r.ha.berkata:"Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah SAW berkata:"Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Malaikat Jibril AS berkata:"Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta,dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Moga-moga ada imbalan dan pengajarannya...Insya-Allah.


"Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri."


November 04, 2007

Untukmu dan jua diriku.

Janganlah memaksa esok untuk hari ini. Sedarlah bahawa usia, nasib kita pada esok berada di tangan Allah yang Maha Berkuasa. Gunakan hari ini sepenuhnya dan sempurnakan kerja hari ini dengan kesabaran dan kesyukuran. Hindarilah angan-angan dan prasangka yang kosong. Memikirkan masa depan dengan mengagak-agak dan membuka alam ghaib, kemudian kita hanyut dalam kecemasan yang hanya sangkaan adalah sesuatu yang tidak baik untuk hati dan keyakinan kita. Ini hanya angan-angan dan sangka buruk. Marilah kita berdoa, beristighfar selepas menghitung dosa masa lalu. Munajat kepada Allah SWT agar Dia menunjukkan kita jalan penyelesaian terbaik, inshaALLAHu amineen..

Segala keresahan dan kebimbangan berpunca dari hati. Kerana setiap perbuatan bermula dari hati. Begitu juga setiap kejayaan dalam apa bidang berpangkal dari hati. Jagalah hati agar tidak sekali2 mendahului sesuatu yang belum berlaku. Firman Allah bermaksud : "Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu meminta disegerakan." (Surah an-Nahl, ayat 1)

November 02, 2007

Kaabah. Adakah ia sembahan Muslim?



Soalan:Assalamualaikum. Ada beberapa rakan saya mengatakan patung berhala yang mereka sembah itu diperbuat daripada batu, begitu juga kaabah yang Muslim sembah sewaktu menunaikan solat, juga diperbuat daripada batu. Jadi bagaimana kita hendak menjawab soalan mereka yang tidak faham ini? diharapkan awak boleh mendatangkan dalil-dalil dari al-Quran bagi menjawab persoalan ini.

Jawapan:Wa’alaikumussalam warahmatullah. Sebelum saya menjawab soalan saudara, izinkan terlebih dahulu saya bertanya kembali kepada saudara. Adakah kita sebagai Muslim menyembah kaabah? Tidak. Kita tidak sekali-kali menyembah dan tunduk kepada kaabah, tetapi kita menyembah Allah.

Kaabah tidak lain hanyalah sebagai kiblat dan arah di mana kaum muslimin menghadap kearahnya ketika solat. Ianya adalah sebagai paksi atau tanda penyatuan kita umat Islam. Hal ini telah disebutkan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 144:

Maksud: Kerap kali Kami melihat Engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan Engkau berpaling mengadap kiblat Yang Engkau sukai. oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. dan Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui Bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah Yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang mereka lakukan.

Di sini saya sertakan sedikit contoh bagi membuktikan bahawa kita tidak menyembah kaabah, tetapi hanya menyembah Allah. Pada zaman Rasulullah, manusia juga berdiri di atas kaabah bagi melaungkan azan sebagai tanda masuknya waktu solat dan mengajak kaum muslimin mendirikan solat. Jika disamakan kita menyembah kaabah sepertimana non-muslim menyembah berhala, maka adakah non-Muslim akan sanggup memijak berhala yang mereka sembah? Semestinya tidak. Tetapi bagi Muslim, tidak ada masalah bagi kita untuk berdiri di atas kaabah, kerana bukan kaabah yang kita sembah, tetapi hanya Allah.

Begitu juga dengan gambar kaabah yang terdapat pada sejadah yang kita gunakan sewaktu mendirikan solat. Bukanlah satu dosa kita melangkah atau terpijak gambar kaabah tersebut, malah sering saja kita melangkah sejadah2 yang terdapat gambar kaabah di atasnya ketika masuk ke dalam masjid atau surau.

Bukti lain yang dapat saya sertakan di sini, andaikan satu lagi kaabah dibina di KLCC, atau mungkin gambar kaabah digantungkan di bangunan KLCC. Maka adakah kita kaum muslimin akan menukar arah kiblat kita dan solat menghadap kaabah yang terdapat di KLCC? Tidak, kerana kita bukan menyembah kaabah, tetapi kita hanya menjadikan kaabah di Makkah itu sebagai petanda arah kiblat sebagai tanda penyatuan dan menunjukkan bahawa kita seluruh kaum muslimin hanya menyembah Allah yang satu, The One True God. Berbeza dengan non-Muslim, mereka menyembah mana-mana saja patung yang mereka anggap sebagai Tuhan tidak kira di mana pun ia berada.

Selain itu, bayangkan orang yang menunaikan solat di dalam penerbangan. Semestinya kedudukan mereka di dalam kapal terbang itu lebih tinggi daripada kedudukan kaabah itu sendiri. Maka adakah mereka akan tunduk atau membongkokkan tubuh mereka supaya mereka betul2 dapat mengadap kaabah tersebut? Tidak. Mereka solat tegak seperti biasa. Sekali lagi membuktikan bahawa bukan kaabah yang kita sembah, tetapi ia hanya digunakan sebagai arah atau kiblat umat Islam, sebagai tanda penyatuan dan penyembahan kepada hanya satu Tuhan.

Terdapat sebuah hadith di dalam sahih Bukhari, Volume 2, book of Hajj, chapter 56, H.No. 675 yang menyebut tentang Hajarul Aswad(seketul batu hitam di penjuru kaabah).

Umar radhiallahu anh berkata: “Aku tahu bahawa engkau(hajarul aswad) hanyalah seketul batu dan tidak boleh memberi kebaikan atau memudharatkan. Sekiranya aku tidak melihat Nabi s.a.w. menyentuh dan menciummu, nescaya aku juga tidak akan berbuat demikian.”

Percaya atau tidak, Kaabah di Makkah sebenarnya berada di pusat dunia.

Wallahu a’lam.