June 25, 2009

Tempias duha.



Duha pemberi rezeki kata orang. Aku percaya itu. Tempias duha bukan kepada pelakunya, tetapi auranya melekat sama kepada mereka di sekeliling. Harmoni sekali. betapa Tuhan jadikan setiap makhluknya dengan hikmah yang begitu seni sekali. Alhamdulillah!

Bluehikari


Buat diri: Ibu bilang lagi, duha janggal tinggal. Ada rezeki yang tidak disangka-sangka nanti.

June 19, 2009

Usrah.

Satu.

“Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah” Abang Zam memulakan usrah.

Saya tersengguk-sengguk. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Boleh dikatakan sepanjang usrah itu kami semua mabuk antara tidur dan jaga.

Usrah berakhir hampir jam 5 pagi. Kami bingkas bangun menuju Musolla, mengambil peluang untuk bertahajjud sebelum menjelang Subuh.

Selepas solat Subuh, seperti biasa apabila tiada sesiapa bangun, saya akan berdiri untuk menyampaikan tazkirah pendek. Sudah menjadi kebiasaan saya sentiasa menyiapkan di dalam kepala satu tajuk. Jika ada sahaja keadaan di mana saya dikehendaki menyampaikan tazkirah, saya sudah bersedia. Habis sahaja tazkirah diberi, saya akan siapkan satu lagi tajuk sebagai persediaan untuk bila-bila peranan saya diperlukan lagi.

Habis tazkirah, saya pergi bertemu dengan Abang Zam.

“Assalamualaikum abang” saya bersalaman. Abang Zam menyambut salam dan tersenyum.

“Ana nak minta maaf sebab sepanjang usrah malam tadi ana tertidur. Letih sangat” saya dihantui rasa bersalah. Jarang benar saya mengantuk di dalam usrah.

Abang Zam tersenyum.

Katanya, “Tak apa Hasrizal. Ana buat usrah malam tadi bukan untuk menyampaikan ilmu. Tetapi sekadar nak menguji kesediaan anta dan ikhwah hadir dalam keadaan yang penat begitu. Kalau sudah sanggup bangun dan datang ke usrah, sudah selesai dengan sempurnalah silibus malam tadi!”

Saya terdiam. Begitu rupanya…

Abusaif


Dua.

Baru sehari selepas pulang ke rumah. Yang utama yang mulia bilang, dia rindu usrah, ukuwah di kem yang dihadirinya.

Teman-teman yang saling mengingatkan. Lupa seketika dunia luar yang penuh debu ini.

Rasa tak sabar untuk bertemu lagi. Allah gantikan dengan nikmat yang sangat tidak disangka-sangka.


Tiga.

"Kak, saya takut la nak masuk alam baru nanti. Dengar cerita. Sana pergaulannya bebas. Macam-macam yang kurang elok saya dengar. Dah la saya ni mudah terpengaruh dengan kawan-kawan."

"Ni kerja sementara ni pun rasa tak kuat dah. Dulu, masa sekolah ada usrah. Banyak sangat usrah hingga tak bersyukur pula.

"Kawan sekolah saya pun, dia cakap cuti ni rasa tak seronok. Solat pun tak khusyuk. Dah lama tidak berusrah."

Dia, yang berjiwa muda. Sebelum ni, bersekolah di sekolah agama di pantai timur.


Empat.

"Seronok ke usrah?", tanya saya.

"Seronok. Rasa memang tidak boleh hidup tanpa usrah. Sentiasa rindu usrah masa sekolah dulu.", jawab dia.

Dia, sedang bermusafir di bumiNYA.


Lima.

Kata saya dalam hati,"Hebatnya usrah!"

Jujur. Saya belum rasa (pernah) nikmatnya usrah. Kadang-kadang berdua sebentar bersama haruman syurga, yang utama yang mulia amat saya syukuri. Dah lama saya nantikan saat usrah.

Selama ni saya berusrah dengan apa yang saya baca(usrah ke tu?)

Secara zahir, nampak saya ni kuat. Sebenarnya Dia yang menguatkan saya. (Terima kasih ya Illahi)

Du'akan diri ini kuat walaupun tanpa usrah sebenar. Moga-moga, kelak akan dapat saya nikmati saat usrah itu.

Sentiasa. Sangat bersyukur dengan nikmatNYA.

June 12, 2009

Berulang.

Tidak sampai sebulan saya memiliknnya. Saat ini, ia ditangan dia yang saya tidak kenali tetapi sangat yakin, dia adalan saudara seislam saya...

Usai asar. Tunaikan janji. Berjalan bersama Mal di pekan.

"Kak. Saya nak bagi ustazah hadiah la."

"Kenapa?"

"Esok dia last day, ajar saya."

"Mal nak bagi ape?"

"Tak tau kak. Bagi lah idea."

Lama saya berfikir. Penat jalan-jalan di pekan (walhal kecil je pekan tu.)

"Buku. Boleh Mal?"

Dia tersenyum. Gembira, kerna saya telah berjanji dengannya.

Menggelabah saya mencari buku di rumah esoknya. Tidak mahu suara Mal bertanya mana hadiah buat gurunya.

Ke kamar yang utama,yang mulia kemudian saya. Membelek-belek koleksi yang ada. Agak-agak baru sedikit... Jari saya tersentuh yang ini...



Aduhai...masakan buku ini. Cinta saya pada buku ini tiada tolak bandingannya (baru berputik). Saya membelinya untuk merawat hati. Tetapi, memandangkan telah di kelilingi oleh mereka yang mengajar saya untuk memberi apa yang kita sayang dan juga berkongsi itu tandanya sayang.

Saya, dengan senang hati memberinya. Alhamdulillah.

Umur saya dan ustazah Mal tidak jauh bezanya. Sebab itu, saya berani menghadiahi buku ini padanya. Orangnya baru juga mendirikan masjid. Sengaja saya berkongi cinta, moga tempiasnya kena pada saya.



Moga-moga juga ada penggantinya yang lebih baik sedikit masa lagi.

Nota: Terimas sis Dya atas perkongsiannya, yang tanpa di sedari.

June 04, 2009

Kita,mereka.



Ku meratapi masa muda dengan titisan air mata.

Tetapi, apalah ertinya air mata penyesalan!

Seandainya saja masa muda itu, suatu hari boleh kembali,

akan kuceritakan bagaimana khabar

orang yang sudah beruban ini.