February 22, 2009

Diri II.


Jangan sekali-kali
tanganmu menerima
pemberian dari makhluk
kecuali engkau sadar
bahwa pemberi yang sejati
di balik mereka ialah Tuhanmu.

Bila engkau demikian,
maka terimalah
apa yang sesuai dengan keyakinanmu.

Bila dua hal membingungkanmu,
maka perhatikanlah
mana yang lebih memberatkan hawa nafsu,
lalu ikutilah.
Sebab, tak akan memberatkan hawa nafsu
selain hal yang benar.

Di antara tanda
memperturutkan hawa nafsu
adalah bergegas dalam amalan sunah
namun bermalasan dalam amalan wajib.


Titipan Ibnu 'Athaillah, dari kitab al-Hikam.

February 15, 2009

Diri.




Berfikirlah dan buatlah sesuatu
sesuai tujuan penciptaanmu
kerana Allah tidak menciptakan
dirimu secara sia-sia.

Ali Zainal Abidin b. Husein

February 13, 2009

Taksub nama.

Cerita 1.

"Nama penuh kamu, sebenarnya apa?", tanya saya pada Ita.
Teman yang sudah saya kenali selama lebih dua bulan. Tetapi baru tergerak hati saya untuk bertanya nama sebenarnya hari ini. (teruk sungguh cara saya berkomunikasi)

"Masitah.",jawabnya.

Balas saya,"Subahanallah. Indahnya, nama kamu!"

Cerita 2.

Soalan pada teman sekelas, lelaki. "Maksud nama kamu apa, kawan?"

"Pedang agama.", dengan muka yang serius.

"Bohong.", respon saya.

"Tak percaya sudah. Gi la cari sendiri."

Dalam hati saya menjerit, "Ya Rabb! Dirinya tidak persis erti namanya."

Cerita 3.

Berlaku sekitar tingkatan lima. Sedang menghadiri kursus belajar jika tidak silap.

Sesi taaruf bermula. Ada seorang pelajar memperkenalkan diri, "Nama saya Tasneem."

Saya, aduhai peliknya nama dia.

Hari kedua saya bertanya pada empunya nama.

"Awak. Apa maksud nama awak?"

Dia renung wajah saya dan sambil tersenyum dia menjawab, "Air terjun syurga." (betulkan saya,jika tersilap).

Saya memuji Allah sunguh-sungguh.

Cerita 4.

Darjah enam. Ada teman saya mendapat adik baru.

Bila ditanya siapa nama bagi orang baru itu.

Jawabnya..."Farah alif.fa.ya.qaf.ha."

Bulat mata saya. Tahan gelak pun ada. Namanya persis nama saya.

"Farah tu nenek yang bagi. Yang sama nama dengan awak,mak yang bagi. Dia cakap awak nampak baik je."

Pulang dari sekolah,saya cerita pada ibu apa yang berlaku. Balasnya, "Perasan!", tidak lekang senyuman dia yang melahirkan saya.

Aduhai...sedarkah makcik bahawa saya ini sangat nakal.

Cerita 5.

Ada seorang teman saya, nama adiknya Muhammad Ali Imran. Baru juga hadir didunia.

Saya bilang pada teman sekuliah saya itu, "Cerita dia, ada dalam ayat-ayatNYA."


Suka saya ketika mendapat tahu mengenai erti nama seseorang. Kadang-kadang, memang tidak malu untuk bertanya maksud nama mereka disekeliling saya. Yang utama,yang mulia...haruman syurga...cahaya kemuliaanku, itu semuanya erti kepada nama seseorang.

Bilangan adik-beradik yang boleh dibilang dengan jari, membuatkan saya mudah ingat akan makna nama mereka. Acap kali juga, saya panggil teman-teman serta saudara-mara dengan erti nama mereka.

Mulai saat ini berdoalah agar kita menjadi apa yang dimaksudkan dengan nama kita.
Biasanya ilham Illahi buat ibu dan ayah kita, tidak silap. Mereka pasti mahukan anak-anak mereka menjadi hebat seperti namanya.Bersyukur juga dengan nama yang ada.

Salam muhasabah diri.

Mari baca tentang Mehmet VS Muhammad.

Ya Allah. Jadikan hambaMU ini seorang yang pemurah dan berpengetahuan. Ameen.