December 28, 2008

Tiga.

"Entah apa-apa diorang tu".

"Siapa?"

"Perang tak henti-henti."

Komentar Mal mengenai berita perang yang tidak berkesudahan di kaca tivi.

Sambil makan tengah hari. Saya bersembang dengan Mal.

"Mal. Kita kena tolong Islam. Sekarang, kita kena sungguh-sungguh apa yang kita sedang buat. Tolong Islam dan keluarga sama ada dari segi ekonomi atau ilmu. Saya dalam bidang saya, Yang utama dan mulia akan berusaha menguasai ilmunya dan kamu juga Mal ada kerja yang perlu diselesaikan. Kita semua berlainan bidang tetapi mempunyai matlamat yang sama."

Saya meneruskan suapan saya.

"Lagi?", tanya Mal.

Dalam hati saya berdetik, ingatnya adik saya ni kurang peduli apa yang saya utarakan. Maklumlah perbezaan umur kami sebelas tahun.

Memang benar. Saya bukanlah datang dari keluarga yang besar. Tetapi sangat bersykur bila Allah berikan nikmat kami sefikrah. Kesedaran terhadap Islam tumbuh bersama. Saya juga sedar yang kami saling lengkap-melengkapi. Amat saya hormati pandangan adik-adik saya terhadap saya.

Saya juga sedar bukan mudah untuk menjadi Mal, begitu juga Yang utama dan yang mulia.
Bak kata dia, kita semua mempunyai kekuatan masing-masing.
Paling utama, saya sedar yang Tuhan tidak cipta kita untuk buat semua benda.

Jadi, saya berdoa agar kami bersama berhijrah dalam mencapai matlamat kami.
Doa saya:

Ya Allah, kuatkan iman kami dalam menghadapi ujian yang telah ditetapkan olehMu. Jangan sesekali kami bersangka buruk dengan apa yang telah Engkau tetapkan buat kami dan janganlah kami berputus asa dengan rahmatMu, Ya Allah.


Doakn kami berjaya dunia dan akhirat.

Saya tinggalkan angka empat belas dan dua puluh sembilan hijrah dengan misi yang baru. Usia semakin meningkat dan insya Allah akan saya mudakan iman saya.

Dan buat teman-teman yang akan memulakan semesta baru, semoga bergembira dan bersyukur ketika berada di 'taman-taman syurga'.

Salam 'berhijrah' semua!

December 27, 2008

Wangi.

Hampir sebulan Mal duduk sana. Pertama kali saya ziarah dia. Sampai biliknya, saya tolong kemaskan baju-bajunya, lipatkan sekali.

Baju dia...Masya Allah,wanginya! Dah basuhpun melekat lagi harumannya. Tergelak saya seorang diri. Malas nak bertanya pada dia. Dia sibuk mencari barang-barang yang perlu dibawa pulang.

Dalam kereta, duduk sebelah dia pun masih lagi kuat bau yang wangi. Aiseyy...mamat ni.
Pagi tadi sidai bajunya...wangi juga. Hehhh...Mal.Mal.

Lagi...siapa yang sering berbau harum. Tingkah laku Mal teringat saya pada orang yang disayangi yakni atuk saya.

Dia juga suka memakai haruman. Bertandang ke rumah saya. Kadang-kadang dia solat di kamar saya. Sejadah yang digunakan serta al-Quran yang dibacanya berbau harum. Selepas tiga hari barulah haruman tu pergi.

Bau-bauan mereka mengingatkan saya pada mereka walaupun kami berjauhan.

Insya Allah tahun baru cina jumpa atuk. Dan malam tadi, saya berborak dengan Mal hingga ke satu pagi!

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami, adik-beradik. Ameen.

December 26, 2008

Rindu.

Alhamdulillah.
Akhirnya dapat juga saya pulang ke rumah walaupun seketika. Lepak bersama ibu ayah. Bantu ibu kemas rumah, gosokkan baju kerjanya. Sangat saya syukuri nikmat tersebut.
Raya haji kedua yang lalu barulah saya dapat bercerita itu ini pada yang utama dan mulia. Rasa semangat sikit bila dah duduk rumah dan buat luahan perasaan.

Mal.
Malam ini, lepas isya' saya akan ambil dia. Tak sabar rasanya untuk mendengar cerita-ceritanya. Selama ini kerap kali dengar ceritanya daripada ibu. Tentang dipiat telinga oleh ustaz selepas makan pisang sambil berdiri usai solat jumaat. Lagi, jubah yang terkoyak ketika bergurau-senda dengan teman-temannya. Minggu lalu, dia inginkan haruman untuk badannya (kira minyak wangi la tu) dan ayah saya bertanya pada si penjual, "Ada minyak wangi Mawi tak?". Tergelak ibu saya. Dan sekarang Brave menjadi temannya. Alahai...Mal. Saya rindu kamu!

Yang utama dan mulia.
Esok, insya Allah dia pulang. Sanggup tidak bercuti bersama teman-temannya kerna mencari duit poket yang lebih. Tak sabar juga mendengar cerita daripadanya mengenai kem yang diikuti dan natijah yang dia perolehi sepanjang dua minggu lebih disana. Rindu juga akan nasihat, pandangan dan teguran darinya walaupun umurnya dua tahun lebih muda daripada saya. Sungguh rindu saya untuk bergelak ketawa bersama dia.

Terima kasih YA ILLAHI kerna limpahan nikmat kasih sayangMu yang tidak bersempadan.

Juga buat kak nor,terimas sudi bawa saya berkelana bersama Sinbad di IB.
Dan kak zai, pengalaman berada di Taming Sari dan, dua kali ke Taman Rempah amat saya hargai.

December 05, 2008

Sakit.

Dari jauh...saya terdengar jururawat memanggil nama saya.

"Ye kak?".

"Dik, kad ni tak boleh guna lagi. Invalid."

Saya senyum, angguk dan berterima kasih pada jururawat itu.

Kad ING. Dah tidak boleh lagi digunakan. Sudah melebihi umur yang ditetapkan.
Saya sudah besar...dewasa.

Kali terakhir saya guna kad itu tiga tahun yang lalu. Ketika itu kerap kali juga berjumpa tabib. Hampir tiga tahun Yang Maha Penyayang memberikan kesihatan yang amat baik pada saya. Alhamdulillah.
Hari ini...baru saya tersedar daripada mimpi yang indah.

Saya bermuhasabah diri.
Saya akan terlepas sedikit demi sedikit tanggungjawab daripada ayah.
Saya hitung-hitung amalan, ibadah, akhlak saya selama saya hidup ini.
Masa lapang saya. Ilmu yang dituntut...

Segala ujian yang ditetapkan olehNya buat saya. Macam tak percaya saya boleh lalui semuanya.
Memang benar kata si haruman syurga, " Sekarang, kita semua dah besar."

Setiap kali usai solat, saya bermohon...

Ya Allah, jangan Kau tinggalkan daku seorang diri dimuka bumiMu ini.

December 04, 2008

Solat.

Sekali lagi. Saya mendengar Si haruman bercerita mengenai tentang kursus yang dihadirinya saat ini. Orang-orang disana menjadi topik utama perbualan kami. Sangat sedih sebenarnya...apabila seramai 28 orang yang menghadiri kursus tetapi hanya 5 orang sahaja purata yang solat setiap hari. Mana mungkin uzur lama sangat, bukan?

Ramai dah tidak ambil peduli tentang solat mereka...tetapi kami berdua yang gusar mereka-mereka itu tidak menunaikan kewajipan mereka. Sibuk tentang mereka disekeliling kami tidak bersolat.

Kata saya mengenai apa yang Si haruman syurga cerita, "Alhamdulillah kita lihat mereka dengan mata hati kak. Allah nak tunjuk pada kita contoh-contoh buat diri. Yang baik ikut, yang sebaliknya ambil iktibar. Doakan mereka kak."

Tidak berniat hendak mengata orang tetapi hakikatnya, majoriti yang menghadiri kursus tersebut sudahpun berkahwin, umur sudah meningkat, dan yang mengandung pun tidak solat. Aduhai... Si haruman syurga sudah bersangka sehabis baik pada mereka tetapi entahlah.

Pengalaman saya yang pernah dikelilingi oleh mereka-mereka yang tidak solat suatu ketika dahulu...jaga solat serta ibadah kita sebaik mungkin, nasihati mereka secara halus seperti bertanya sudah tunaikan solat atau belum (bertanya bila berdua dengannya) dan doakan mereka.

Mereka-mereka ini amat melihat kita sebenarnya. Tanpa kita disedari.


Sangat berharap agar...solatku dapat mencegah diriku daripada perbuatan keji dan mungkar.

December 01, 2008

Dipuji.

Saya selalu juga ternanti-nanti komen daripada orang yang saya hormati, Orangmuda. Siapakah gerangan nama sebenar ukhti? Ingin sekali ku mendekati dirimu yang berhati mulia itu. Sudikah ukhti muslimah hatiku? Boleh kan? Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan atas kebaikan, ketulusan hati dan kesudian dalam memberi diri ini kata-kata semangat serta nasihat. Sesungguhnya, saya amat menghargai itu semua. (:

Terdiam saya ketika membaca komentar muslimah dari pulau temasik itu.

Ucapan seorang muslim apabila dipuji:

"Ya Allah, janganlah Engkau azab diriku kerna apa yang mereka ucapkan. Ampunilah dosa-dosaku yang tidak mereka ketahui."

HR Bukhari

Terimas Kak Izzati atas ingtannya.

Bedebar-debar saya sebenarnya menanti kehadiran 1430H.

Rezeki.

Sejak akhir-akhir ini. Saya selalu berfikir tentang rezeki saya, yang telah ditetapkan olehNya. Sangat bersyukur sebenarnya.

DizinkanNya menuntut ilmu. Diberi kesihatan yang baik. Negara yang aman. Ibu ayah yang perihatin. Teman-teman yang saling lengkap-melengkapi dalam diam ataupun yang tanpa disedari. Allahu Allah.

Baru-baru ini. Saya sembang-sembang bersama si haruman syurga.

Saya bilang, "Saya ada doakan untuk akak, Kak Zai serta mak long kerna mempermudahkan urusan saya dalam mencari ilmu."

Diam sahaja dia. Senyum.

Sambung saya, "Doa saya...agar Allah swt murahkan rezeki serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat semua."

"Alhamdulillah. Terima kasih.", balas dia.

"Tapi kak. Rezeki itu bukan sahaja dari segi harta benda je kan? Nikmat sihat, dapat belajar, anak-anak yang soleh juga rezekikan?"

Dia angguk.

"Jodoh itu juga rezeki kak.", kata saya lagi.

Dia tersenyum manis.

Iya. Semoga sabar menanti jawapan daripada si dia wahai haruman syurga.

Buat Mak Long serta Kak Zai, terima kasih kerna menjaga saya dengan baik semasa saya sedang jauh daripada keluarga.
Ibu ayah...terima kasih juga atas pengorbananmu serta doa yang tidak pernah putus-putus selama ini.

Buat Mal...doa buatmu sentiasa ada selagi diri ini masih bernafas. Semoga dirimu tenang-tenang disana.

Buat diri, jalan mujahadah itu susah tapi indah.

November 25, 2008

Pertemuan.

Mereka tidak ke sekolah normal seperti kita.
Tetapi mereka pergi ke 'sekolah' lain untuk memperolehi ilmu.

Syahid&Hafiz
3 tahun lepas saya menjumpai mereka. Syahid 9 tahun dan Hafiz pula 7 tahun. Kedua-duanya tidak bersekolah tetapi mereka perlu menghafaz al-Quran. Setiap pagi perlu mengulang-ulang ayat-ayat Quran yang mereka hafaz.

Kemudian, baru kembali sambung bermain. Kagum saya dengan dispilin yang telah diterapkan oleh ibu dan ayah mereka.

Pernah waktu Maghrib. Syahid yang menjadi bilal. Melaungkan azan. Aduh! Terasa sayu hati saya. Kemudian giliran Hafiz pula iqamat. Ayah mereka yang menjadi imam kami malam itu.

Saya rindu untuk mendengar cerita mimpi Hafiz dan bermain dengan mereka.
Jika bertemu dengan mereka sekarang, pasti kami tidak seperti dulu. Lebih pemalu barangkali mereka ini dan juga semakin banyak kalam Allah yang berada dalam hati mereka.

Sofia&Adam
Mereka jiran saya. 9 tahun usia Sofia dan Adam pula 8 tahun. Mereka juga tidak bersekolah. Alasannya, mirip Syahid dan Hafiz. Mereka sedang menghafaz Quran. Sofia, jika membaca al-Quran, suaranya persis ibunya. Sudah pandai juga melagukan ayat-ayat Quran. Suaranya juga bisa buat saya cair. Dia juga pernah menjadi guru mengaji saya. Semak bacaan saya.

Adiknya Adam. Sudah menghafal 2 juzuk Quran. Adam lebih mengikut jejak langkah ayahnya.

Suka hati saya apabila melihat adik saya Mal dan Adam solat berjemaah.

Ikhwan
Saya menemuinya ketika mejalani latihan industri (LI). Juga tidak bersekolah tetapi sejak berusia 13 tahun. Berbeza sedikit jalan ceritanya. Sejak usia 13 tahun, dia telah di pupuk minatnya oleh si ayah untuk menguasai bidang pastri dan bakeri.

Telah mengajar saya banyak perkara dalam bidang ini terutama cara memegang spatula dengan baik. Sering juga menasihatkan saya agar jangan berputus asa dalam mencari ilmu.Dalam diam, dia telah mengingatkan saya agar menjadi anak yang solehah.

"Beb! Jalan cerita hidupmu sangat menarik sebenarnya!"

Eifi
Antara teman yang baru ditemui. Berehenti sekolah ketika berusia 15 tahun. Tidak minat untuk meneruskan pelajaran katanya. Tetapi sangat berminat dalam bidang jahitan dan fesyen.
Ayahnya percaya pada anaknya dan juga memberi peluang kepadanya untuk mendalami bidang ini.

Dengan izin Illahi, sememangnya dia dapat menguasai bidang ini dengan baik. Sangat baik. Insya allah. Rezeki seterusnya ialah, membuka kedai jahit atau butik (lebih molek barangkali) sendiri ketika berusia 18 tahun.



Alhamdulillah. Allah menggerakkan hati saya untuk melihat mereka-mereka ini dangan mata hati. Bermula dengn Syahid sehingga Eifi (ada juga mereka yang lain saya temui), jalur hidup mereka amat bermakna buat saya. Memberi inspirasi barangkali. Perasaan bersyukur juga pastinya ada. Sangat bersyukur.

Buat Syahid, Hafiz, Sofia, Adam, Ikhwan dan Eifi...semoga berjaya dunia dan akhirat!

Terima kasih Ya Allah, nikmat pertemuan yang diatur olehMu.

November 20, 2008

Harga.

Kelmarin. Jalan-jalan bersama teman-teman.
Dari jauh beberapa helai jubah sedang melambai-lambai ke arah kami. Hehh.
Saya dan teman-teman dengan gembiranya melihat keadaan jubah tersebut.
Tetapi...
Malangnya...harga jubah itu...
RM780!

Kelmarin juga.
Saya terdengar cerita ibu-ibu.
Ada harga sepasang baju melayu bernilai RM85.

Kesimpulannya?
Dan tindakan yang perlu saya ambil?


Tazkirah bersama:

Khabarkan pada hati bahawa kekurangan itu wujud supaya engkau merasakan kesempurnaan Dia. kelemahan itu muncul, supaya engkau mengerti kekuatan Dia. kesempitan itu hadir, supaya engkau menikmati keluasan rahmat-Nya.

Tidaklah engkau hadir di dunia ini, melainkan untuk merasakan engkau itu hamba. dan bukanlah hamba, melainkan engkau mengisytiharkan kehebatannya dalam kerendahan sujud dan kesunyian tafakkurmu.


Adakalanya kebenaran itu berwajah kepedihan dan bersuara kesedihan.

November 14, 2008

Dah lambat.

Hari terakhir persekolahan.
Saya menghantar adik ke sekolah. Alasannya...
Kami, dua-beradik telah lambat bangun. Saya lihat jam...baru pukul 5.30pagi. Rupanya sudah 6.30pagi! Aduhaii.
Tertinggal bas sekolah...nak tak nak saya perlu juga hantar dia.
Menggelabah saya dan dia mandi, solat subuh lalu dia bersuara, "Apa la kita dua orang ni kak. Tak sedar hari dah pagi."
Hampir tiba kesekolah. Saya ingatkan dia lagi.
"Mal. Nanti, jangan lupa salam cikgu. Minta maaf kat cikgu. Cakap ngan cikgu doakan saya. Dengan kawan-kawan pun macam tu juga. Minta maaf banyak-banyak."
Dia angguk. Kami bertukar salam dan saya meruskan perjalanan pulang ke rumah.

Mereka yang berkenderaan.

Lumrah. Yang membawa kenderaan dengan perlahan sila duduk di laluan sebelah kiri dan begitulah sebaliknya.
Kereta dihadapan saya, membuatkan saya sedikit...marah?
Romantik sangat dia bawa kereta. Fikirlah keadaan orang lain juga.
Kadang-kadang saya terfikir akhlak saya ketika memandu. Seorang islam dan muslimah.
Kena jaga semua itu. Tetapi mereka disekelilingi saya membuat saya tidak terjaga. Berdarah muda juga barangkali. Nasihat ayah bila sedang memandu, "Jangan susahkan orang lain dan diri."

Saya rindu untuk menaiki kenderaan awam bersama teman-teman.
Dan juga...hari ini merupakan hari terakhir saya menghantar adik ke sekolah.

Buat Mal...selamat memulakan kehidupan baru dan semoga berjaya.

November 12, 2008

Kedua.

Alhamdulillah.

Celik mata. Doa pertama yang saya pinta.

"Ya Allah! Jadikan diriku hari ini lebih hebat daripada semalam."
Sebelum melepkan mata,acap kali diri ini menghitung-hitung keadaan diri.
Agar, dijadikan pengajaran untuk hari yang mendatang jika Yang Maha Penyayang mengizinkannya.

Jazakallah buat akhi Fauzi, atas cadangannya.

Ukhti haruman syurga (kakraihan), jazakillah atas sistem barter yang telah berlaku.

Dan juga buat sahabat yang namanya persis sayap kiri kekasih Allah, Siti Khadijah, terimas atas teguran serta nasihat yang diberi.

Insya allah...akan saya hanyut dalam Apa Ertinya Saya Menganut Islam? buat kedua kalinya.

~~~~~

Renungan bersama pada sore ini:

Mari luruskan saf, mari kemaskan saf, mari habiskan makanan, mari pelihara adab dalam iman. Murahkan senyuman, banyakkanlah membuat kebaikan yang mudah dan kecil tapi berpanjangan.Mengubah ranting dari jalan agar jangan ada yang kesakitan, memandang wajah saudara dengan air muka manis penuh senyuman. Banyak-banyakkan berbuat kebaikan, tidak diketahui yang mana bakal dipilih Tuhan, jadi pemboleh ke syurga yang berkekalan.

November 11, 2008

Barangkali.


Teruskanlah berperang. Berperang mencapai citra hidup. Sehingga satu saat kau memenanginya. Dan kalau rezeki itu tidak memihak kepadamu, mungkin ada yang lebih baik menunggumu. Atau impian yang kau mahu itu, bukan yang terbaik untuk dirimu.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu, tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, sedangkan itu baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan itu tidak baik bagimu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”.
AlBaqarah 216.

Usaha. usaha dan teruslah berusaha. Doa dan tawakkal kemudiannya. Oh ya, duha juga jangan lupa. Janji Tuhan bukankah benar? Rezeki tak tersangka, insyaAllah meriba jua.

“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu mengikut perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperolahi kebenaran”.
AlBaqarah 186.

Paling penting. Redho dengan semua ketetapan sang Maha Segala. Bukankah kita ini hamba. Hamba bak duli yang sentiasa mengharap ehsan Tuhannya.

* Duli - debu

~~~~~

Biarkan mutiara-mutiara jernih itu keluar.
Terima kasih tidak terhingga....ibu dan mereka yang sentiasa ingatkan saya.

November 09, 2008

Hidup kita.



Hidup Hanya Sementara-Ungu

Mungkinkah kita hidup untuk selamanya
Mungkinkah kita mati membawa harta
Mungkinkah kita menjadi penghuni sorga
Ataukah kita kekal di dalam neraka

Hidup kita bukan akhir dari semua
Hidup kita bukanlah segalanya
Siapkah kita saat ajal menjemput kita
Siapkah kita menghadap kepadaNya

Bergegaslah siapkanlah semua
waktu kita tinggal sebentar saja
Bergegaslah perbanyak amal ibadah
Hidup di dunia ini hanya sementara

Ketahuilah.. selama kita hidup di dunia
Kerjakan segala perintahNya, jauhi laranganNya

Pahamilah.. malaikat tlah datang menjemput kita
Takkan ada lagi kesempatan untuk mengucap kata taubat


Ketemu dengan satu video clipnya di youtube.Malangnya tiada kod embed.
Salam muhasabah diri,teman-teman.

Buat kaknor, jazakillah tentang Aku dan Tuhanku.

Tentang DIA.


Pagi yang nyaman.
Sedang saya sibuk-sibuk membantu ibu menyediakan sarapan buat mereka yang kami sayangi, cahayakemuliaanku telah mengingatkan saya tentang DIA.

Bila kamu memandang segalanya dari Tuhan yang mencipta segalanya...

Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang,
Yang menyusahkan hidupmu...

Pasti akan damailah hatimu.
Kerna masakan ALLAH tidak mengetahui deritanya hidupmu.
Retaknya hatimu.

Tapi mungkin itulah yang DIA mahu.
Kerna DIA tahu...
Hati yang sebeginilah...
Yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan arkab denganNYA.

kakizzati-081108-0739

Sebelum beradu, saya merayau-merayau seketika di blog teman-teman. Dalam itu, saya menjumpai konsonan-konsanan yang maknanya persis saya perolehi pagi tadi.

Hati kita mungkin dibuat-Nya remuk, tapi bukankah Allah swt mengatakan, “Carilah Aku di antara para hamba-Ku yang remuk hatinya”.

Dalam sehari, telah saya diingatkan sebanyak dua kali.
Sebelum memulakan...dan mengakhiri hari saya.

Segala puji-pujian hanya milikNYA.

Terima kasih banyak-banyak buat kakizzati dan sahabat saya, atas perkongsian ini.

November 03, 2008

Bersyukur.


-----

"In life, Allah doesn't gives you the people you want. Instead, He gives you the people you need. To teach you, to hurt you, to love you, and to make you exactly the way you should be."

kakizzati-081029-0542

Dua perkara ini telah membuatkan saya tersenyum sendirian serta menghitung-hitung kembali keadaan diri.
Adakah saya sering melupakan nikmat dariNya?

Kredit: Asyraf(gambar) serta kakizzati(esemes).

November 02, 2008

Penyejuk jiwa.



p/s:Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa. Hanya buat renungan diri sendiri.

October 31, 2008

Hari ini.

Alhamdulillah. Dengan izinNya, saya dapat menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan oleh guru saya. Bersyukur saya tak terhingga. Gembira pun ada. Hari ini saya bebas lagi berkelana.

Cumanya pagi penghulu segala hari ini, saya telah nodai dengan mendengar lagu. Lagu? Lagu Hingga Akhir Nanti dan Berjuta Batu daripada kumpulan Alleycats, serta...lagu Casablanca dendangan Bertie Higgins.
Lagu-lagu itu saya dengar berulang kali. Alasannya...saya tidak tahu mengapa.

Lelaki dan dapur.
Cuti Deppavali yang panjang, membuatkan adik lelaki saya tidak betah duduk rumah.
Ada sahaja kerja yang dia buat.

Antaranya, duduk dapur.
Alahai...baru darjah tiga dah rajin pergi dapur. Hampir setiap hari goreng telur. Buat air milo. Mula-mula tu, risau juga tengok dia duk masak. Bila tanya kenapa tak panggil kakak. Jawapnya, tidak mahu mengggangu orang lain.

Mulai saat itu, saya ajar dia kecilkan api dapur gas. Ajar balik apa yang ibu ajar pada saya bila duduk dapur. Kira dia dah lulus setakat goreng-goreng nugget atau kentang. Cumanya, warna bukan perang keemasan tetapi sebaliknya. Nak jaga hati adik... saya cakap, "Sedap la Mal masak. Pas ni biar kakak tolong pulak."

Natijahnya bila adik lelaki dah duduk dapur ialah keadaan dapur yang merimaskan saya. Semua periuk kadang-kadang kuali dikeluarkan sebab nak pastikan mana satu yang sesuai untuk digunakkan. Pastu sudip, sudu banyak duk dalam sinki. Saya pun tak faham apa kaji selidik dia bila duk dapur.

Bab buat air...nanti botol air sejuk akan di biarkan kosong. Bekas susu pekat tak taruk semula di tempat asalnya. Kira, bersepah balik la dapur tu. Kena pujuk dia, kita sama-sama kemas dapur. Alhamdulillah dia nak. Tapi jangan harap dia nak kemas sendiri (saya pun dulu sama sebenarnya).

Apa-apa pun, saya suka rasa masakan lelaki. Kelmarin, raya rumah Aunty Uma, Uncle yang masak kari. Sedap, macam aunty masak walaupun ayam dia hancur sedikit. Jika ada rezeki, ziarah rumah cikgu saya, bila suami dia sedang memasak, dan dijemput pula untuk makan, saya tidak malu untuk menolak kerna suaminya yang juga seorang guru pun amat enak masakannya.

Saya sukan makan sebenarnya.

Buat adik saya Mal, semoga menjadi anak yang soleh.
Tahniah, atas keputusan peperiksaan akhir tahun yang lebih baik daripada pertengahan tahun.
Dan juga terimas Mal,kerna sudah pandai berdikari walaupun tanpa Cik Bi.
Maafkan diri ini sekiranya tidak dapat menjadi kakak yang baik buatmu.

Juga, buat adik serta teman-teman yang sedang demam peperiksaan, saya ucapakan semoga berjaya.
Mulakan dengan Bismillah apabila pena mengeluarkan tintanya.

Gambareyo~ (berusahalah~)

p/s: Ada seseuatu yang mempengaruhi saya, bila saya sedang asyik berkelana.

October 30, 2008

Janji-resepi.

Sekali lagi, saya sudah lakukan janji Melayu.

Kek Coklat

Bahan-bahan:
Telur 3biji
Gula kastor 350g
Mentega 150g
Air 175ml

Bahan-bahan (perlu diayak):
Tepung gandum 225g
Serbuk koko 65g
Garam 1/2tsp
Soda bikarbonat 1tsp


Coklat Ganache:
Whipping cream 150ml
Coklat 150ml

Cara-cara:
Gula bahagi kepada dua bahagian.
Satu bahagian dipukul dengan telur.
Satu lagi bahagian dipukul dengan mentega.
Pukul kedua-duanya sehingga kembang.

Kemudian campur kedua-duanya dan masukkan bahan-bahan kering.
Bahan-bahan kering dimasukkan dengan diselang selikan dengan air.

Bakar selama 30 minit dah suhunya 180 darjah.

Su chan
Celebrity Chefs' Cookbooks



Buat Mar. Maaf...diri ini lambat tunaikan janji padamu.
Sebenarnya dah lupa resepi ni simpan kat mana.
Nanti, cuba tau Mar!

Jamu kakak kamu dengan kek, air tangan adikknya, di negara orang.
Kalau dapat rasa kek yang enak-enak kat sana, jangan lupa kami di sini.

p/s: Gambar kek-tiada. Kalau cari, takut-takut janji ini bertangguh lagi. Apa-apa yang tidak faham, sila tanya. Tapi Mar, kamu lebih hebat daripada saya bukan?

Selamat mencuba Mar!
Selamat mencuba bagi yang ingin mencuba.

diedit kembali:181202

October 29, 2008

Tentang kita.

Okey.
Saya berjalan-jalan di bumi kangaroo.
Dan saya menemui ini...


"...Kadangkala kita mohon setangkai bunga segar, tetapi Allah perkenankan kaktus berduri.

Kadangkala kita ingin melihat dan menyentuh kupu-kupu indah, tetapi Allah datangkan ulat berbulu.

Kita jadi sedih dan kecewa. Namun Maha Mengetahui lagi Mengasihani, tiba saat dan ketika yang Dia jua Maha Mengetahui, kaktus itu pun berbunga indah sekali dan ulat berbulu itu pun menjadi kupu-kupu indah.

Itulah jalan Allah. Indah pada masanya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi Ia kurniakan apa yang kita perlukan."


Sambungannya,

Setelah Allah beri apa yang kita perlukan, Allah uji untuk lihat sejauh mana kita bersyukur atas nikmatNya dan sejauh mana kita bersabar atas ujian musibah yang diberi.

Jika lulus baru ditingkatkan iman. Dan proses ini berulang maka jangan sekali-kali kita lalai apalagi suka jika tiada ujian dalam tempoh yang panjang kerana itu tanda Allah tidak peduli lagi dgn kita...

Allah uji kita sebab dia sayang, dia suka jika kita merindu, merintih dan mengadu hanya padaNya kerana dia juga rindu suara dan rintihan serta munajat kita yang mengharap hanya padaNya.
-----

Nasihat seorang ummi buat anaknya sebenarnya.
Tapi, saya juga seorang anak bukan?

Ia buat saya,pastinya.

October 28, 2008

Mereka.

"Akka! Do you want coke,sprite or beer?"

Tergelak saya dan adik ketika diajukan soalan tersebut kepada kami.

Kajendran,6 tahun-apa yang dia faham tentang air haram itu?

Adik saya,menjawab.

"Kajen. We're not drink beer."

Tambah saya, "Coke,please Kajen."

"Okay!", balas si comel itu.

Terima kasih Aunty Uma, oleh-oleh maruku serta tosei buat ibuayah saya.
Juga buat Uncle, terima kasih kerna kocek adik lelaki saya penuh dengan bunga api?

Buat teman-teman.
Radhika,Kas dan Janu-Salam Pesta Cahaya.

October 27, 2008

Kami.

“Terima kasih sudi kawan dengan orang selama ni. Belum pernah lagi jumpa kawan macam kamu”, bisik dia.

“Sama-sama. Ya, terima kasih juga kerna terima diri ini seadanya.”, balas saya.

“Terima kasih segala ilmu yang dikongsi bersama, nasihat yang diberi serta teguran yang berhikmah selama ini. Maafkan segala silap salah saya pada kamu selama ini juga”, kata saya.

Dia peluk saya.

Erat.

Seperti tidak mahu situasi ini berlaku.
Kami mula mengeluarkan mutiara-mutiara yang jernih.
Dia kesat mutiara jernih saya agar tidak jatuh ke bumi.

Dia peluk saya lagi. Sunguh-sungguh.

Saya bisik di cuping telinga kanannya, “Satu hari nanti, nak tengok awak pakai tudung.”

Makin kuat pelukan dia dan mutiara jernihnya juga, semakin deras.

“Insya’ allah. Doakan. Nanti akan diberitahu setiap perkembangan diri”,balas dia.

“Terima kasih,segalanya awak!”, kata dia lagi.

“Jaga diri baik-baik. Semoga menjadi hamba Allah yang taat.”, nasihat saya buat dia.

“Insya’ allah. Kamu pun sama. Jangan lupakan saya.”

Saya angguk. Senyum. “Kosong-kosong ek.”

Kami berpelukan buat kali terakhir.

Mutiara jernih kami mengalir lagi. Dalam hati saya, “Kamu sungguh comel bila mutiara jernih itu tumpah.”

Giliran saya pula mengesat mutiara jernihnya. Saya meredakan tangisannya.
Iya. Kami perlu berpisah. Kehidupan kami perlu diteruskan.

Saya menantikan pertemuan kedua yang diatur olehNya, yang masih dalam rahsiaNya.

Ya Rabb, rahmatilah persahabatan serta pertemuan ini.

October 26, 2008

Kita.



"Hidup terbina antara pahit dan manis.
Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan
kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan."
[Hamka]
---

Tetap bersyukur dengan nikmat, setiap pertemuan yang diaturNya.

Dan...

Moga-moga, kita sentiasa dilindungiNya ketika berpisah.

October 23, 2008

Perubahan.

October 19, 2008

Ketika itu.

Es-em-es (pengaruh bro Rudy) yang dikirim buat saya ketika itu...

Minta pada Allah tenangkan hati, beri kekuatan serta keyakinan. Semoga berjaya dan mudah dijawab. Mudah-mudahan jawapan terbaik dan najah.
A.C-081015-0924

Baca surah yassin agar tenang hati kerana yassin itu hati al-Quran. Kegagalan dan kejayaan semua sudah ditakdirkan. Allah tak tengok hasil tapi usaha kita. Allah maha pengasih. Dia tak akan kecewakan awak lagi. Insya allah. Gi kolej awal. Tak yah baca buku. Tengok balik quiz dan test lepas kat mana awak selalu buat mistake. Jangan buat lagi kali ni. Belajar bukan untuk exam tapi kerana Allah dan ilmu untuk digunakan. Lupakan orang lain. Kami sekeluarga sokong awak. Jangan teragak-agak. Setiap jawapan yang awak bagi, tanyalah diri. Ia jawab tak soalan yang ditanya. Diploma hanya sehelai kertas. Ilmu yang dapat untuk sampai ari ni lagi penting. Keluar rumah tengok langit. Tak nak terbang bebas seperti burung? Terbang tinggi dan lupakan semua kenangan pahit...
A.S-081015-1008

Allahumma la sahla illa maa ja'altahu sahla, wa anta taj'alal hazna idza shi2ta sahla. Inysa' allah, can make it. Akak doakan. Moga diberi kemudahan dan ketenangan.
K.I-081015-1031

Saya doakan kamu dapat buat yang terbaik dan dapat result yang cemerlang.
U-081015-1228

Terima kasih kerna mengingatkan saya agar...tidak berputus asa dengan rahmatNya dan jangan sesekali bersangka buruk dengan apa yang telah ditentukanNya.Ujian itu, tanda Allah sayang.

Terimas buat junior(yang mungkin dengar dari luar apa yang berlaku dalam musolla) turut mendoakan saya.

Buat teman-teman juga terima kasih banyak atas doanya.

Guru-guru....terima kasih atas segalnya.

Sungguh. Saya terlupa Allah kan ada.

-----------------------------------------------------------------

Hari ke2.
Rasa mahu juga menangis semahu-mahunya ketika LRT di PS ke KJ delay. Saya biarkan mereka-mereka itu yang menolak saya ke dalam perut train ketika train seterusnya tiba. Biarkan mereka.

Tawwakal habis saya padaNya dan selawat buat kekasihNya menjadi teman saya sepanjang perjalanan saya sehingga saat pena mengeluarkan tintanya.

Terima kasih ya Illahi. Terima kasih kerna bisa mempermudahkan urusan hambaMu ini.

October 13, 2008

Terjalan.

Ya Illahi.

Sekali lagi...saya terjalan-jalan.
Dimana, tempat mereka-mereka itu berkongsi pangalaman hidup.
Saya hadir di Banting lantas ke Fukushima melalui jalur-jalur pelangi yang indah.

Rabu ini kertas peperiksaan saya bermula.

Dan...
Sebenarnya saya belum habis lagi berjalan. Malah, belum puas juga.
Nantila...selepas kertas-kertas habis dijawab, saya akan berjalan lagi.

Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya.

October 10, 2008

Orang kedua.

"Jika orang pertama dalam dunia maya ini saya dapat berjumpa di alam nyata ialah Kak Izzati. Dia adalah orang kedua."

"Jika pertemuan saya bersama Kak Izzati yang menjadi saksi ialah Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penghulu segala hari pula menjadi saksi ketika saya bertentangan mata dengan sidia."

Akhirnya…kami bersua juga setelah beberapa kali merancang tetapi tidak menjadi untuk bertemu.
Agak berdebar juga saya walaupun dia seorang perempuan sebenarnya. Tercari-cari saya, wajah yang memakai tudung hitam, berbaju kurung serta berbeg sandang. Sabar saya menanti kehadiran dia.

Dan akhirnya dia muncul jua. Dia adalah Tasneem.

Tersenyum dari jauh apabila saya dapat melihat dia. Saya mengkagumi ciptaan Tuhan seketika. Ada daya tarikan yang tersendiri orang yang baru saya kenali itu. Tahi lalatnya membuatkan dia semakin menarik. (owh…baru saya perasaan Kak Izzati juga ada tahi lalat di wajahnya)
Tanpa teman-teman yang bersama kami, kami hanyut dengan dunia yang dibina kami sendiri. Sungguh, berdua itu lebih baik, bukan?

Sesi taaruf bermula. Tentang keluarga, pelajaran, kisah-kisah masa silam, hal dunia masa kini…tentang politik….lelaki juga kami bicarakan dan semestinya tentang hidup kami merupakan antara cerita kami. Lama kami bersembang persis sahabat lama yang sudah lama tidak ketemu. Perbezaan umur yang hanya setahun membuatkan kami mudah ‘masuk’ antara satu sama lain.

Pertemuan yang diatur oleh Yang Maha Penyayang amat bermakna buat saya kali ini. Sifat kami, berlwanan. Saya lebih banyak diam (iya, memang sifat saya yang agak berat mulut bagi memulakan pengenalan). Tapi dia…yang banyak bicaranya. Saya menjadi seorang pendengar dan cuba menjadi seorang pendengar sebaik mungkin.

Tentang diri dia, si jantung hati dia dan mimpi dia (neem, akak rasa kamu sungguh comel bila berbicara tentang mimpi itu). Kami juga bercerita tentang sahabat, orang-orang disekeliling kami…mengenai raya yang sedang berlangsung serta ramadhan yang telah melabuhkan tirainya (baru akak tau juga mengapa kamu sedikit pilu ketika ramadhan pergi,neem).

Terlalu fasih dia berbicara dan saya faham mengapa dia ramai kenalan serta orang mudah mendekatkan diri dengannya. Kami bercerita lagi…tentang islam pada masa kini dan lalu. Kami ambil iktibar setiap cerita yang kami kongsikan. Tetapi…dialah yang banyak membuka mulut. (Terima kasih neem kerana telah menghidupkan suasana yang indah). Cerita tentang perempuan dan dapur juga amat mencuit hati saya.

2.20 petang dan kami masih belum lagi menunaikan solat fardu zohor, kami mula ingin mengundur diri dan semestinya kami akan membuat temu janji kali kedua. Insya' allah.

Dan…

"Jika Kak Izzati mendapat kuih tart nenas tanda oleh-oleh daripada saya. Kek coklat pula menjadi oleh-oleh buat Tasneem."

Kelebihan yang ada pada saya, ingin saya kongsikan bersama dengan mereka yang saya sayangi. Sungguh, pertemuan dengan orang-orang yang soleh merupakan hadiah daripada Allah swt yang tidak terhingga.

Nota kaki: Mereka-mereka si suka masak dan reti masak juga ingin saya temui. Kesemua itu juga teman maya yang banyak mengajar saya erti hidup pada memberi.
Mudah-mudahan...sehingga kita bertemu.

October 06, 2008

Ikatilah ilmu dengan menuliskannya.

“Kak, nanti tolong turun, pergi 7-E boleh?”, tanya adik saya.

“Boleh, nak beli apa”?

“MM”.

Milenia Muslim?”

Pelik saya. Jarang-jarang adik saya tanya tentang pembelian majalah setiap bulan yang acap kali saya beli. Lebih-lebih lagi majalah MM. Majalah yang sangat berinfomasi dan kadang-kadang agak berat isinya bagi mereka yang muda-mudi.

Saya ceritakan sedikit tentang pertemuan antara saya dengan MM. Saya mula membaca MM ketika umur 16 tahun. Mulanya ayah yang membawa MM pulang ke rumah dan saya mula jatuh hati ketika edisi ramadhan tahun itu.

Bermulalah episod perubahan dalam hidup saya mengenai bahan bacaan saya. Daripada bahan bacaan dulu-dulu kepada bacaan yang lebih memberi impak yang besar kepada jiwa saya.

Seingat saya, MM agak mahal harganya saat hati saya mula berubah arah padanya. Tetapi saya sanggup beli juga, simpan duit poket ketika itu. Masih bersekolah lagi, habis kelas pergi 7-E, cari MM. Kadang-kadang saya tak beli setiap bulan kerna kekurangan ongkos.

Tahun 2007, MM mula menurunkan harganya. Girang dan bersyukur saya tak terhingga. Biasanya sayalah orang yang kerap membeli majalah untuk bahan bacaan seisi rumah, yang sesuai dikongsi bersama adik-adik.

Jadi, keluaran terbaru MM belum saya perolehi lagi sehingga adik saya yang berkobar-kobar ingin memiliki edisi untuk bulan ini. Apabila saya bertanya, alasannya…

“Ada abang tu. Dia tulis tiga artikel dalam edisi bulan ini.”

“Abang mana pula ni?”

Dan adik saya mula terus bercerita mengenai 'abang'nya serta tulisan-tulisannya yang sangat menarik walaupun kadang-kala agak ‘berat’ juga artikelnya.

“Jumpa kat mana dik?”

“Internet. Dia ada blog.”

“Yang mana satu?”

Sosialiskanan.”

Kami cari MM hingga ke 7-E taman perumahan bersebelahan memandangkan MM tiada di 7-E taman kami. Dalam hati saya, terdetik siapalah orangnya.

MM dalam tangan. Saya menyelak-nyelak MM dan cari penulis yang dimaksudkan. Wan Ahmad Fayhsal namanya. Saya perasan penulisannya sebelum ini, baca juga artikelnya tetapi tidak mengetahui kewujudan blognya.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Sayidina Ali bin Abu Thalib:
"Ikatilah ilmu dengan menuliskannya."

Ada juga yang mengibaratkan mata pena itu persis sebilah pedang yang tajam. Begitulah pengaruh besar sesuatu tulisan terhadap masyarakat. Apa yang baik dalam sesuatu tulisan itu, dijadikan teladan dan buruk dijadikan sempadan. Biar, buat iktibar bersama.

Moga-moga, sentiasa saya menemui tinta-tinta serta konsonan-konsonan yang teratur rapi dan sarat makna agar bermanfaat buat dunia&akhirat.

Nota kaki: Terima kasih buat adik dan kakak sepupu saya,kak Nor yang memperkenalkan saya dengan Fayhsal dan Faisal.

October 03, 2008

Tentang raya.

Malam raya.

Gembira,seronok dan bersyukur adalah perasaan saya ketika Syawal menjelma. Mudah-mudahan, Ramadhan akan datang, dapat saya nikmati sekali lagi.

Sebenarnya, ketika malam raya, sedang saya asyik menonton tivi tiba-tiba hati saya terdetik. Mengapa semua rancangan hiburan sahaja? Hiburan yang tidak berkesudahan pula. Letih saya. Adik dan saya acap kali bertukar-tukar siaran bagi mencari siaran tivi yang bersesuaian dengan jiwa kami, malangnya satu pun tak melekat.

Jam 12 malam. Tivi disenyapkan. Adik dan saya juga diam seketika. Habiskan kerja-kerja kami saat-saat akhir ketika itu. Bermuhasabah diri sekejap. Baru beberapa jam selepas berbuka puasa, baru beberapa ketika takbir raya bergema dan baru beberapa saat Ramadhan melabuhkan tirainya…keadaan kita bagaimana?

Setahu saya, memang sunnah kita perlu bergembira meraikan lebaran tetapi terlalu asyik dan melalaikan satu perkara yang perlu dielakkan. Entahlah…memang perlu sentiasa mendekatkan diri denganNya agar tidak terlalu asyik dengan duniawi.

Raya ke-2.

Ibu saya perlu bekerja pada hari raya ke-3. Jadi, kami pulang awal dari kampung. Walaubagaimanapun, 2 hari beraya, nikmat menziarhi sanak saudara yang dekat dan jauh amat saya syukuri. Yang tua semakin dimamah usia dan yang muda pula semakin menginjak ke usia remaja dan dewasa.

Juadah raya amat membuka selera saya. Saya suka makan dan sesungguhnya saya amat bersyukur nikmat kemewahan makanan dan kesihatan yang baik untuk menikmatinya. Cumanya, saya kurang gamar makan atau mencuba biskut-biskut raya yang dihidangkan. Jemu melihat kepelbagaian biskut barangkali.

Pertemuan saya dengan abang saudara saya-abang bobby kali ini amat bererti buat saya. Iya, dia saudara jauh saya dan jarang-jarang benar kami bertemu. Masakan tidak, Laut China Selatan yang memisahkan kami.

Tiba saatnya untuk mengundur diri dari rumahnya. Kami bersalam-salaman antara satu sama lain. Wajah-wajah ceria jelas kelihatan bagi mereka yang menerima dan memberi duit raya.

Angpow raya dihulurkan pada saya. Terkejut saya. Yelah…umur sekarang masih lagi berpeluang menikmati duit raya. Ada orang amat berkira tentang pemberian duit raya ni. Jangan main-main.

“Saya pun boleh dapat ke abang bobby?” , tanya saya.

Jawapan untuk saya, “Tak salahkan. Masih belajar lagi. Tak mengapa. Kira sedekah tu. Mase bobby belajar dulu pun ramai orang yang beri sedekah. Belajar rajin-rajin.”

Dia tersenyum.

Saya menikmati kata-kata yang dilafazkan oleh abang saudara saya dan saya pegang kata-katanya dan berasa teruja dengan niatnya.

14 orang jumlah sepupu saya dan setiap seorang dariapada kami mendapat rezeki yang telah ditetapkan olehNya melalui abang saudara kami. Dalam kereta, buka angpow raya dan terserlah not berwarna merah, RM10. Semakin bersyukur kami.

Adik saya dan saya tidak berhenti-henti bercerita tentang abang bobby. Muda lagi orangnya. 2 cahaya mata baru diperolehi. 5 tahun umur si sulungnya. Rezeki dia lebih, berkongsi bersama kami, memang amat menyeronokkan. Kelebihan dia. Dia contoh yang baik buat kami.

Syawal kali ini amat saya syukuri, amat bermakna dan juga menyeronokkan. Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya buatNya.

Nota kaki: Ingin berjumpa dengan orang kaya bertaqwa dan menjadi orang kaya bertaqwa. Mudah-mudahan dipermudahkan olehNya rancangan ini.

September 30, 2008

Eid mubarak 1429H.




Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

Moga Ramadhan yang lalu lebih bermakna.
Dan Ramadhan itu juga, dapat dijadikan bekalan bagi 11 bulan yang mendatang.


Salam penuh kemenangan.

September 25, 2008

Si tukang jahit.

Pulang dari kelas-sekali imbas sahaja saya pandang akhbar Mega atas meja makan-gambar seorang wanita sedang mengukur kain-kurang menarik perhatian saya sebenarnya.

Baju raya sentuhan kaum Cina-tajuknya, membuatkan saya berpusing dua kali untuk menatapnya.

Saya baca-sambil tersenyum sendirian-mula timbul perasaan cemburu-terasa sedikit tercabar-berasa semangat untuk mencari ilmu dan...?

Keratan itu saya baca sebentar-banyak kerja yang perlu dibereskan-abaikan ia seketika-dan saya simpan buat inspirasi bagi saya.
Hari-hari terakhir membuat saya semakin rindu padaNya.



Artikelnya...

SUATU fenomena biasa, apabila menjelangnya hari perayaan seperti Aidilfitri, individu yang paling sibuk sekali ialah tukang jahit. Beratus-ratus helai pakaian tradisi seperti baju kurung, baju Melayu, baju kebaya perlu disiapkan sebelum menjelangnya Syawal.

Kesibukannya semakin terasa sekiranya pelanggan menghantar tempahan pakaian pada 'waktu kecemasan' iaitu pada awal atau pertengahan puasa. Hendak ditolak, pelanggan tetap dan jika diambil bimbang tidak dapat siap. Inilah dilema yang sering dialami tukang jahit.

Melihatkan kekalutan menyambut Hari Raya dari segi tempahan pakaian, sememangnya tukang jahit kaum Cina turut menjadi pilihan untuk menghasilkan baju-baju tradisional kaum Melayu.

Kenapakah ini berlaku, adakah kerana ketidakpercayaan atau ketidakselesaan oleh tukang jahit bangsa Melayu berbanding dengan kaum Cina?

Pemilik Lily Fashion, Lily Tan, 46, yang mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang jahitan mengakui bahawa musim raya adalah waktu yang paling sibuk.

Katanya, majoriti pelanggannya terdiri daripada orang Melayu yang tinggal di kawasan Setiawangsa, Hulu Klang dan sekitar Lembah Klang.

Beliau yang mahir dalam menjahit baju tradisional Melayu berkata, minatnya kepada jahitan bermula sejak remaja lagi tetapi hanya diceburi secara serius setelah berkahwin dan bekerja.

"Saya bekerja di pejabat selama 10 tahun, sambil-sambil itu belajar menjahit baju fesyen dan tradisional. Setelah mendalami ilmu jahitan, saya memberanikan diri mengambil upah menjahit yang dijalankan di rumah.

"Pada masa itu kebanyakan pelanggan terdiri daripada kawan-kawan pejabat dan jiran-jiran, malah saya turut mengadakan khidmat mengukur dan mengambil tempahan di rumah pelanggan.

"Saya mengunakan sebuah bilik kecil di rumah pangsapuri sebagai lokasi menjahit. Walaupun keluasannya agak terhad, ia cukup untuk menyiapkan tempahan pelanggan pada waktu yang ditetapkan.

"Apabila pelanggan semakin ramai dan tempat yang ada tidak sesuai untuk menerima pelanggan, maka saya menyewa kedai di Setiawangsa sebagai kedai jahitan sehingga sekarang,'' katanya.

Menurut wanita kelahiran negeri Melaka ini, selalunya, dalam pembuatan baju kurung atau kebaya, proses mengukur dan menggunting adalah penentu kepada keselesaan sesuatu pakaian itu.

"Jika ukuran yang diambil salah dan guntingan kain tidak betul, maka pakaian itu akan menjadi serba tidak selesa walaupun mempunyai bentuk tubuh yang cantik.

"Inilah yang selalu saya pentingkan. Biasanya, saya sendiri yang akan melakukan kerja mengukur dan menggunting kain pelanggan supaya mereka puas hati dan selesa dengan pakaian yang ditempah.

"Mungkin itulah sebab utama pelanggan saya terutamanya orang Melayu tidak ke tempat lain,'' ujar ibu kepada dua cahaya mata yang telah dewasa ini.

Tambahnya, dalam menjahit baju, beberapa faktor perlu diambil kira iaitu tubuh pelanggan. Jika tubuhnya lawa, pakaian yang dibuat akan cantik dipakai, tetapi jika tidak normal atau terlalu kurus, akan memberi masalah sedikit kepada tukang jahit.

"Namun, saya akan sentiasa berusaha memberi kepuasan kepada pelanggan. Jika pelanggan tidak puas hati, mereka boleh memulangkan kembali untuk dibetulkan semula sehingga mereka benar-benar berpuas hati.

"Begitu juga dengan dalam khidmat nasihat mengenai fesyen yang hendak dibuat. Kadangkala saya akan menasihatkan mereka fesyen yang sesuai untuk kain yang dibawa. Nampaknya, kebanyakan pelanggan saya boleh menerima cadangan dan akhirnya mereka puas hati dengan pakaian yang telah disiapkan,'' jelasnya.

Menurut Lily, setiap kali tibanya hari perayaan seperti Aidilfitri, tempahan akan meningkat sebanyak dua kali ganda membuatkan beliau dan pekerja terpaksa bekerja lebih masa.

"Ada ketika melewati hingga 12 jam sehari berbanding pada hari biasa hanya lapan jam sehingga waktu makan dan rehat pun terpaksa dilupakan bagi menyiapkan tempahan.

"Saya bukan sahaja mengambil tempahan menjahit baju, tetapi menjahit manik dan menyulam. Nasib baiklah pekerja-pekerja yang ada memang mahir dan boleh menyiapkan dengan cepat dengan kualiti yang baik,'' katanya.

Walaupun katanya, baju kurung paling senang dibuat tetapi jika guntingan kain silap, ia akan mencacatkan pakaian, begitu juga dengan baju kebaya yang mengikut badan.

"Saya sentiasa memastikan pakaian pelanggan menepati kekemasan jahitan. Ini bagi mengelakkan sebarang aduan atau pelanggan 'lari'. Inilah yang menjadi prinsip saya dalam menyiapkan tempahan,'' katanya.

Lily memberitahu, kreativiti seseorang dalam menjahit pakaian bukan sahaja terletak pada kecanggihan mesin jahit dan fesyen yang dihasilkan.

"Apa yang penting ialah keupayaan memenuhi cita rasa dan keselesaan pemakai agar mereka tidak merungut selepas pakaian siap diambil.

"Kita dibayar untuk menjahit pakaian mereka. Sebab itulah kita mesti bertanggungjawab menyiapkan pakaian mengikut keselesaan mereka,'' katanya mengakhiri perbualan.

Nota kaki: Nanti, saya akan ulas lagi mengenai entri kali ini. Insya' allah.
Salam hari-hari terakhir~

September 15, 2008

Di Tengah Samudera Cinta-Mu…



Dalam resahnya pencarian
Dalam tertatihnya pengharapan
Ku adukan segala kelemahan
Ku serahkan segala urusan
Kiranya Engkau menuntunku
Kiranya Engkau membimbingku

Dengan payung Rahman dan Rahim-Mu
Dengan dekapan tak bertepi cinta-Mu
Di tengah derasnya gelombang hidupku
Di tengah luasnya samudera cinta-Mu
Ku nanti bersemi cinta di hatiku
Hingga tiada yang ku cari selain ridho-Mu


September 10, 2008

Semakin berlalu...



orangmuda : Terima kasih banyak buat ustaz&ummusaif yang banyak mengajar diri ini erti hidup pada memberi. Doakan kami, anak-anak murid ustaz di alam maya ini berjaya dunia&akhirat. Salam ramadhan buat ustaz sekeluarga daripada anak murid dekat yang jauh.

Kak Ija : Amin. (untuk doa orangmuda)

ABU SAIF : terima kasih orang muda. terima kasih kerana memanfaatkan bahan-bahan perkongsian kita di sini. semoga kita semua teguh beristiqamah hendaknya, ameen. salam ramadhan

Saya menghantarnya pada 2Ramadhan1429H di shoutbox SIO.

Sungguh, saya terlupa akan erti hidup pada memberi. Dan terlalu asyik memikirkan hak yang tidak berkesudahan.

Saya juga baru mula hendak merebut cinta Tuhan.

20 hari lagi dia akan tinggalkan saya?

Ya Rabb~

September 07, 2008

Bagaimana akhirnya saya bertudung.

Darjah Dua.

“Assalamualaikum, anak murid. Hari ini, hari pertama kita mulakan pelajaran. Memandangkan ini merupakan matapelajaran agama Islam, saya harap pelajar-pelajar perempuan dapat menutup aurat dengan sempurna dengan cara memakai tudung dan baju kurung. Lihat, kawan kamu. Dia dengan tudung dan baju kurungnya.”

Ustazah darjah dua saya menunding jari ke arah teman sekelas, Hamidah. Saya ingat lagi, dia seorang sahaja teman sekelas yang memakai tudung ketika itu.

Pulang dari sekolah. “Ibu, ustazah kat sekolah suruh pakai tudung.”

“Bagus la kakak, kakak pakai tudung sekolah agama dulu. Nanti ibu beli tudung baru, okay?”

Saya mula mengenakan tudung ketika ke sekolah. Sekiranya saya keluar rumah, saya tetap tidak bertudung.

Darjah Tiga.

Saya suka bermain dengan anak-anak jiran sehingga ibu terpaksa panggil pulang ke rumah untuk makan tengah hari atau kadang-kadang maghrib sudah muncul. Main anak patung dan masak-masak ketika itu amat menyeronokkan bagi saya.

Satu hari. Ketika sedang bermain dengan teman-teman. Saya terlihat kelibat seorang kakak (jiran jauh saya) sedang menunggang basikal dengan memakai tudung. Dia menuruni bukit dengan lajunya dengan bertudung…

Kagum saya. Dalam hati saya terdetik. Ada ek orang pakai tudung main basikal? Boleh ke pakai tudung main basikal? Entah mengapa…peribadi kakak itu menarik perhatian saya.

Kakak-bawak basikal-laju-tudung.

Betul-betul buat saya kagum . Sebelum itu, seingat saya, ketika saya darjah tiga, kakak (jiran jauh saya) itu sedang menuntut ilmu di universtiti. Jadi dia pun tak amik kisah dengan kanak-kanak persis saya ini dan saya pun tidak mengetahui kakak itu mengaji di mana.

Sampai dirumah, saya bercerita pada ibu mengenai apa yang saya lihat. Tentang kakak-basikal-laju dan tudung. Semuanya saya ceritakan pada ibu saya dengan persaan kagum yang tidak berkesudahan.

Respon ibu, “ Bagusla macamtu. Kakak tu tutup aurat. Boleh je main basikal dengan tudung. Tak salah.”

Saya diam, diam, dan diam.

“Ibu, kakak nak pakai tudung. Keluar pun nak pakai tudung. Boleh tak,bu?”

“Betul ke kakak? Jangan pakai tudung pastu bukak.Pakai bukak,kakak.”

“Tak. Ibu belikan kakak tudung ye.”

“Okay. Tapi buat sementara waktu kakak pakai tudung yang pergi ngaji tu k.”

“Terima kasih banyak,bu!”

Sejak itu saya mula bertudung. Pergi main dengan teman-teman pun bertudung.

“Qah, awak nak pergi mana? Jalan-jalan ek?”, tanya teman sepermainan saya.

“Tak la. Nak main la ni. Nape?", jawab saya.

“Ooo…pakai tudung ingat nak gi jalan-jalan.”

Saya senyum. Bermulalah kehidupan baru saya dengan bertudung.

Ketika ini...

Saya selesa dengan bertudung. Alhamdulillah ibu ayah saya bagi lampu hijau untuk bertudung walaupun masih berhingus. Siapa yang tidak suka anaknya menutup aurat bukan?

Pernah satu ketika…saya mengajak seorang teman sepermainan baik saya untuk bertudung.

Jawab teman saya itu, “ Mama tak bagi Qah.”

“Kenapa?”

“Mama cakap, dia tak pakai tudung. Takkan anak dia nak bertudung pula.”

Saya diam.

Sekarang, dewasa ini…teman saya ini sudahpun bertudung. Pernah saya tanya, “Mama, tak marah?”

Jawab teman saya itu. “ Tak. Ni dah duduk kampus, jauh dari mama. Dia okay je. Lagi pun anak dia nikan dah besar.”

Saya senyum, senyum dan senyum. Saya ucapkan tahniah pada teman saya itu kerna berjaya menyarungkan jilbab.

Tudung basahan.

Jika majoriti orang mempunyai kain basahan atau apa sahaja yang dibuat basahan. Saya ada tudung basahan. Tudung yang dibeli di Tanah Haram, diberi oleh ibu dan dijahit oleh adik saya amat bermakna buat saya. Kemana-mana saya pergi, saya akan membawa tudung itu. Ringan dan tidak perlu digosok.

Sehingga, ibu saya acap kali bertanya, “Kakak, dah tak ada tudung lain ek nak pakai? Balik kampung tudung ni. Duduk rumah pun tudung ni.”
Saya hanya mampu tersenyum. Sayang saya padang tudung itu hanya Allah yang tahu. Hampir lima tahun saya guna tudung itu buat basahan. Tiada tudung lain yang dapat menggantikannya di hati saya. Sungguh, saya sayang tudung itu.

Terima kasih ya Allah nikmat yang diberi olehMu. Kemudahan serta hidayah untuk bertudung. Memang banyak pahit-manis yang ada ketika saya sedang selesa menyarung tudung. Semoga Dia permudahkan urusan dunia dan akhirat saya.

Terima kasih buat yang utama dan yang mulia dalam diri saya, Athirah kerna sudi berkongsi fulus membeli Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung pada 2003.


Nota kaki: Jumaat lalu. Sedang saya dalam perjalanan ke kelas. Saya terlihat seorang cewek-menggayakan baju kebaya dengan seluar jeans. Aduhai…kan lebih molek sekiranya, baju kebaya dikenakan dengan kain sarongnya.

September 01, 2008

Demi Islam, Ceriakanlah Dirimu!


“Tapi ustaz, susah untuk saya survive. Kami di Jepun selalu menyewa bilik sendirian”, keluh seorang muslimah di Jepun.

Saya memahaminya.

Dalam suasana pembelajaran di negara asing, sering terjadi pelajar tercampak ke suasana yang tiada persekitaraan solehah untuk menyokong iman. Tiada solat berjemaah, tiada makan bersama-sama, tidak mendengar suara muazzin membesarkan Allah di udara… segalanya itu mengundang kosong di dalam diri.

Suasana itu sahaja pun sudah cukup untuk menimbulkan faktor tekanan dan kemurungan.

DUNIA ASING

Keadaan seperti itu membimbangkan saya yang lama berada di tengah-tengah masyarakat pelajar. Mereka diakses kualiti intelektual untuk melayakkan diri menerima penajaan belajar di negara asing, tetapi penekanan kualiti emosi masih ketinggalan. Apatah lagi dengan pendekatan yang membelakangkan kualiti spiritual sebagai sumber kekuatan utama.

“Justeru awak memonyokkan muka sepanjang masa?”, saya membalas dengan pertanyaan.

Muslimah itu mendiamkan diri seketika.

“Inilah yang sering saya pesankan terutamanya kepada mahasiswi seperti ukhti. Mengapa selepas mendapat kesedaran Islam, kamu semua suka bersedih?”, saya menyambung perkongsian.

Memang benar, jalan Islam itu penuh rintangan.

Tiada karpet merah, tiada bunga manggar atau kelopak potpuri yang mengiringinya. Justeru jalan itu bukan jalan indah seperti yang diinginkan.

Tetapi keindahan ialah terjemahan perasaan hati, bukannya sekadar ilusi pandangan mata.

Dakwah Nabi SAW yang sangat manusiawi, ceria dan ada gurau senda itu indah dibaca, dan keindahannya tidak pernah datang dari faktor-faktor sampingan itu. Ceria atau tidak, adalah kualiti manusia. Kualiti hatinya.

Mengapa kerana mengikut Sunnah, kalian hilang ceria?

TIDAK MUDAH

Tidak mudah untuk seorang pelajar yang melakukan transisi dari ‘alam jahiliah’ ke ‘alam Islam’ untuk menyesuaikan diri mereka.

Suasana itu akan jadi lebih menekan apabila kita hidup di tengah-tengah masyarakat Jepun yang umumnya dikaitkan dengan budaya “MOKUNIN” yang sering menjadi mimpi ngeri warga asing di sana. Mokunin itu adalah suatu sikap ‘tidak mahu masuk campur’ yang bukan sahaja disengajakan, malah dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh orang Jepun kerana tidak mahu terjebak di dalam masalah orang lain.

Kemurungan yang dialami akan menjadi lebih teruk apabila pelajar muslim dan muslimah kita tidak mendapat saluran sokongan diri.

LELAKI VS PEREMPUAN

Jika mahasiswa yang lelaki, mungkin perubahan diri itu tidak begitu menonjolkan kelainan. Dia boleh terus berpakaian seperti sebelumnya, rambutnya masih boleh terus disikat mengikut gaya sebelumnya. Dia juga tidak pernah dituntut untuk menukar ‘aku engkau’ kepada ‘ana anta’ sebagaimana tiada siapa yang pernah memaksanya berhijrah kepada ‘I you’.

Berbeza sekali dengan yang perempuan.

Kesedaran Islam membawanya kepada perubahan yang tertonjol secara ‘full display’. Daripada tidak bertudung kepada bertudung. Daripada memakai tshirt lengan pendek, kepada bersarung lengan atau terus meninggalkan tshirt. Dan jika kesedarannya terhadap Islam diiringi dengan kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tudung dan bajunya juga selalu mengalami transisi. Dari ikan bawal kepada ikan pari, dari tiga segi kepada bulat menutup diri.

Perubahan itu secara rela atau paksa, terpaksa berdepan dengan ‘garis pemisah’, menonjolkan dirinya yang baru.

“Sebab itulah ustaz, saya tak nak ubah pakaian saya. Lebih selesa kekal begini”, jawab muslimah itu di dalam sesi dialog kasual saya dengan peserta Muslimah.

“Saya faham. Tetapi pakaian tetap akhirnya menjadi faktor sekunder kepada mesej dakwah awak”, jawab saya.


PAKAIAN ITU SEKUNDER

Tidak dinafikan, perbezaan pakaian akan memberikan impression yang berbeza. Jika dahulunya kita Minah Jeans, tetapi tiba-tiba berjubah dan bertudung besar, tentu sahaja circle teman-teman sebelum hijrah akan berasa kekok. Semacam ada barrier yang memisahkan.

Maka faktor pakaian memang ada peranannya.

Namun pakaian yang diubah suai tetap sekunder, dan bukan faktor utama.

Teringat saya kepada rakan-rakan yang mengikuti Jemaah al-Arqam pada era pertengahan 90an dulu. Mereka yang membina imej tersendiri dengan lelaki yang berjubah dan berserban khusus, serta muslimat mereka yang berjubah dan berpurdah, menjadikan kehadiran mereka sentiasa unik lalu tertonjol. Tetapi apabila al-Arqam diharamkan pada akhir 1993, mereka mencuba beberapa idea dari segi berpakaian untuk menyesuaikan diri dengan fenomena baru itu.

Bermula dengan menukar warna Jubah dari yang gelap kepada jubah dan serban putih di kalangan muslimin, hinggalah kepada kemudiannya berbaju batik dan bersongkok untuk mengubah konotasi pakaian mereka. Namun apa yang lebih mengejutkan saya ialah apabila muslimat mereka mengubah warna jubah dan purdah dari hitam, kelabu, perang tua yang dianggap sebagai suatu pemencelin, kepada warna merah, kuning terang, merah jambu, hijau terang…. sungguh flamboyan!

Hanya mereka yang tahu apakah motif perubahan itu.

Tetapi jika penukaran warna dari hitam kelabu kepada merah dan ungu, adalah untuk menghapuskan elemen pemencelin, saya merasakan ia sebagai suatu pemencilan baru yang lebih daring dan membina barrier yang lain pula.

Justeru, akhirnya kita kembali kepada asas manusia, bahawa kita saling berhubung dengan kelakuan dan perbuatan. Dengan akhlaq.

AKHLAQ PENENTU

Jika kita mengekalkan pakaian yang sama dengan ‘kawan lama’ sekali pun, tetapi jika kelakuan kita berubah, maka berubahlah kita. Masih berpakaian serupa tetapi dingin, hilang kemesraan, sentiasa bermasam muka dan berkerut dahi kerana kononnya menanggung masalah umat, sudah tentu kita akan tetap menjadi orang asing. Pakaian tidak lagi membantu.

Akan tetapi, jika kita memilih jubah dan tudung labuh sekali pun, namun kekal dengan sikap ramah tamah, mesra, ikhlas dalam bersahabat, dan ceria selalu, maka mad’u tidak lagi terperangkap di dalam pandangannya kepada pakaian kita, kerana telah diruntuhkan oleh kelakuan yang menyenangkan.

Justeru, ceria-cerialah wahai dai’e! Jangan bermasam muka, bermuram durja.

Mengapa selepas kalian mengenal Islam, wajah berubah menjadi mendung? Mengapa asyik menangis hingga kesedaran Islam kamu ditafsirkan oleh ayah atau ibu sebagai suatu ‘penderaan emosi’? Anak yang dahulunya tidak bertudung, ceria bersama keluarga dan boleh bergurau senda bersama, mengapa selepas ‘mendapat Islam’ dan bertudung, berubah menjadi penyedih, asyik menangis dan sentiasa tertekan?

Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu?

“Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)

Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.


Syukur...

"Setelah menaiki tren komuter dan LRT (Transit Aliran Ringan), saya rasa Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) tentunya tahu keadaanya."

Mahathir Mohamad-Bekas Perdana Menteri-Utusan Malaysia-Sabtu,30 Ogos 2008.

Komentar bekas perdana menteri itu selepas Bajet 2009 dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat. Saya tersenyum sendirian apabila membacanya.

Iya...saya acap kali menggunakan kenderaan awam. Ia memudahkan saya untuk ke kelas dan berjumpa dengan teman-teman serta ahli keluarga. Amat bersyukur saya apabila negara ini mempunyai kemudahan awam yang sebenarnya selesa dan canggih seiring dengan pembangunan negara.

Ada hikmah yang besar dan mungkin kita yang terlepas pandang apa yang berlaku dengan LRT dan kenderaan awam di sekitar ibu kota pada Rabu(22 Ogos 2008), minggu PM kita naik komuter dan LRT pada Khamisnya. Biarlah mereka yang menghadapinya mengetahui betapa sedikit seksa hari tersebut.t

Saya teringat Umar al-Khattab, Khalifah Islam ke-2 setelah melihat PM bersesak-sesak menaiki komuter dan LRT di kaca tivi dan akhbar. Mungkin PM patut kerap berbuat demikian. Sekurang-kurangnya beliau merasai bagaimana kehidupan kami, rakyat Malaysia yang sebenar. Terima kasih kerana sudi naik kenderaan awam, PM!

Cumanya, bagi saya...kenderaan awam amat perlu diperbaiki sekarang. Sudah tiba saatnya ia betul-betul perlu dipantau dan diambil peduli bagi mereka yang berkenaan. Dari segi kemodenan saya rasa sudah memadai lihat sahaja bas Rapid KL. Seronok bukan menaikinya? Dari segi ketepatan masa terutama komuter...keadaan LRT terutama bila hujan...kadang-kadang bas pun begitu juga. Jangan pandang enteng perkara ini. Kadang-kadang bas penuh malangnya kerusi tak dapat nak duduk. Macam mana tu?

Tak perlu saya untuk menulis menjela-jela di sini.Dah banyak kali mereka-mereka itu meluahkan perasaan, menghantar SMS serta aduan dan ia telahpun dibuat melalui akhbar dan tivi.

Mudah-mudahan, bajet baru kali ini digunakan sebaik mungkin bagi mereka yang diamanahkan untuk menggunakannya.

Boleh ya, saya ucapkan mabruk buat mereka yang menang di Permatang Pauh.

Nota kaki: Alhamdulillah. Selamat Menghidupkan Ramadhan al-Mubarak 1429H dan Salam Kebebasan ke51.

August 29, 2008

Takdir. Then why are we here?


Tanya: Berapa banyak dari hidup kita yang sudah ditakdirkan, dan berapa banyak yang kita sendiri bertanggungjawab atasnya?

Bawa Muhaiyaddeen: Tuhan telah mengajarimu segenap hal. Segalanya tertulis di dalam dirimu. Sebelum engkau datang ke dunia ini, Dia mengatakan, “Aku mengirimmu ke sebuah sekolah bernama ‘dunia‘. Sebuah tempat sementara. Pergilah ke sana barang sebentar untuk belajar tentang ’sejarah’-Ku, sejarahmu sendiri, dan sejarah yang lain. Cari tahu siapa yang menciptakan semuanya ini, siapa yang bertanggungjawab atas semuanya ini, siapa Sang Penjaga yang melindungimu, dan apa yang menjadi milikmu sebenarnya. Jika engkau telah belajar dan paham seluruh sejarah ini, engkau akan tahu siapa dirimu dan siapa Dia yang engkau butuhkan, Dia yang sebenarnya, Dia yang akan hidup selamanya.

“Setelah engkau mempelajarinya, engkau akan menempuh sebuah ujian. Setelah itu, barulah engkau bisa membawa apa yang menjadi milikmu dan kembali ke sini. Jika engkau mengerjakannya dengan baik, engkau akan beroleh sebuah kerajaan yang dapat engkau kuasai selamanya. Tapi pertama-pertama, pergilah sekolah dan belajar. Lalu datanglah kembali.”

Tuhan mengatakan ini kepadamu dan mengirimmu ke dunia ini. Kini, tugasmulah untuk menemukan Dia kembali, mengenal dirimu sendiri, dan menyadari kekayaanmu yang sesungguhnya. Inilah alasan kedatanganmu di dunia ini. Maka, jadikan kebijaksanaanmu sebagai dua bilah gunting tajam dan buang potongan-potongan film yang salah. Dia telah memberimu semuanya, tapi engkau musti memotong semua gambar-gambar yang telah kau ambil dengan kameramu dan sisakan gambar yang baik, yakni yang menunjuk kepada Penjagamu. Satukan apa-apa yang baik itu dan buang yang lain. Maka, kerajaan-Nya akan menjadi milikmu.

Buat diri: Jangan berubah hati.

August 21, 2008

Hati ini...


Pada suatu hari, seorang lelaki berjumpa dengan seorang sahabat Rasulullah sallahu alayhi wassalam yang bernama Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anh dan berkata:
Wahai Ibn Mas'ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut-masai, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.

Abdullah bin Mas'ud kemudian menjawab:
Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang yang sedang membaca Al Quran; tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

Kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang boleh mengingatkanmu kepada Allah.

Ketiga, kamu cari suatu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

Jika selepas melakukan kesemua ini, jiwamu masih juga tidak tenteram, bermohonlah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan lagi milikmu.

Buat diri: Moga tidak tersilap langkah memilih jalan.

August 08, 2008

Sekali lagi.

7-08-2008.

Saya lewat ke kelas sekali lagi. Bila di hitung-hitung kembali masa saya keluar dari rumah sudah awal. Macam biasa tetapi jalan raya tetap jem. Musykil saya. Terus saya mengahantar sms kepada teman sekelas, Zuhreen dan memberitahunya yang saya lambat datang ke kelas.

Selepas sampai ke rumah pada waktu petang, ibu terus bertanya, “Kakak, pagi tadi jalan jem tak?” Aikk…macam mana ibu boleh tahu. Pelik saya. Jawab saya, “A’ah, jem. Teruk pula tu. Kelas dah mula pun bila kakak sampai. Nape bu?”
“Ayah lupa nak telefon suruh kakak keluar awal. Hari ni kan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan kat Jalan Duta.”

Aduhai…sekali lagi pihak polis menjalankan tanggungjawab dengan baik. Cumanya…entahlah. Malas saya nak amik peduli. Saya terlambat hadir ke kelas hari ini. Kelas telah pun bermula. Alhamdulillah cikgu tidak kunci pintu ataupun kena leter.

Orang muda:Semoga Malaysia terus aman.

August 04, 2008

Busana Melayu.

Buat mereka yang merekanya, mereka yang memperagakannya dan saya semestinya.

'Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah, sesiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.’

Sultan Muhammad Syah menghafaz tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.

Syarat kedua busana Melayu itu pantang terlalu nipis. Kerana apabila berkain baju terlalu tipis, disitulah tempat setan dan iblis, apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang, sesiapa memakai tembus mata, tanda dirinya di dalam nista.’

Sultan Muhammad Syah amat teruja.

Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia terlalu ketat. Tak boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai terlalu ketat, agamanya hilang binasa adat. Sesiapa berbaju terlalu sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang sekali berbaju ketat atau tanda orang teguh beriman pakaian sempit dia jauhkan.’

Sultan Muhammad Syah bersuara, ‘Adapun ayahanda Tuan Guru, kita bermimpi anakanda kita memakai baju entah apa-apa. Gusar sungguh kita. Hendak dikatakan kafir macam Melayu hendak dikatakan Melayu macam kafir laku. Astaghfirullah.’

‘Itulah syarat keempat busana Melayu. Pantang ia mengada-ada. Kerana membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Bila memakai baju tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai baju elok menurut adat supaya tidak membawa mudarat. Ingatlah jika memakai baju elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.’

‘Apakah ada yang lain Tuan Guru?’

Syarat yang kelima busana Melayu itu dilarang sekali memandai-mandai. Kerana apabila berpakaian memandai-mandai, aib tersingkap malu terburai.’

Diam seketika. Bunyi katak bersahut menyahut dengan cengkerik dilanda jerkah belalang berbaur di luar rumah. Ada burung hantu juga berseru.

‘Kita suka sekali dengan syarat-syarat ini Tuan Guru, tetapi ampun beribu ampun, tidakkah syarat kelima itu menutup kebijakan Melayu, kalau jumud begini bagaimana kita dapat menggubah baju supaya seiring dengan zaman kelak?

Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim tersenyum lugu.

Syarat kelima itu bukan untuk membataskan kepandaian orang Melayu tetapi untuk menjaga pakaian dan busana kita kelak tidak sampai terlerai dari pokoknya, tunjangnya ayat yang kubacakan tadi. Pakaian Melayu itu anakanda harus ada akar. Akar itu makna. Makna itu ada dua makna lahir juga makna batinnya.’

Sultan Muhammad Syah menghela nafas khuatir, ‘Begini syaratnya Tuan Guru, akan adakah sesiapa tukang jahit seisi negeri mampu mengisi kehendak kita ini.’

‘Kehendak agama dan kehendak budaya.’ Tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim membetulkan.

‘Syukur kita kerana beroleh ilmu dari Tuan Guru. Apakah ada yang hendak Tuan Guru tambahkan untuk kepastian anakanda sebelum dimasyhurkan seisi negeri tentang syarat-syarat busana Melayu ini?’

Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim tersenyum.

‘Allah itu indah suka sekali dengan yang indah. Itulah satu lagi yang harus dimengerti. Untuk busana yang lelaki itu juga ada syarat tertentu bahawa lelaki budiman dan mulia tidak dia menonjolkan urat dan kekuatan badan tidak menentu tanpa sebab di tempat yang tidak berpunca, kecuali perlu kerana manusia ini dinilai istimewa pada akalnya, juga akhlaknya, letak molek pada ilmunya dan keutamaannya, bukan kerana keindahan atau keperkasaan bentuk badannya. Adapun baginda Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda yang aku kutip dari Kitabul Birri wash-shilah wa Adab dan dari Kitabul Tahrimu Zhulmil Muslimi wa Khadzlihi wa Ihtiqarih bahawa bunyinya: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuhmu dan tidak pula kepada bentukmu. Akan tetapi Dia melihat kepada hatimu.’

Entah bila lagi saya berpeluang bermain-main dengan benang dan jarum.


Orangmuda: Saya pernah menerima sms nakal daripada teman serumah saya, Zuhreen yang berbunyi, "Bi, kat mana nie? Awat lambat sangat? Jubah tersangkut kat train ka?

July 25, 2008

Muslimah.


Teringat kata-kata daripada seorang rakan dari Pakistan.

Menurut beliau, adik lelaki beliau cemburu kepada golongan wanita kerana wanita boleh menonjolkan identiti Muslimnya berbeza dengan wanita bukan Islam tetapi lelaki Muslim tidak ada peluang sedemikian.

Fizi Has
Bagaimana akhirnya saya bertudung.

Buat diri: Bersyukur selalu.

July 21, 2008

Peduli?

Semalam, saya sedang menghabiskan kerja-kerja saya sambil menonton Gang Starz di kaca tivi. Jarang-jarang saya menonton racangan realiti tivi ini sebenarnya. Sedang tangan sedang bersungguh-sungguh menyiapkan kerja, tiba waktu iklan. Kerja saya tergendala seketika. Mata saya…sungguh-sungguh melihat iklan yang dikeluarkan bagi ‘menenangkan’ mereka-mereka yang semakin berdebar-debar itu. Who’s will be the next stars (jika tidak silap saya)…akan tiba dan kemungkinan besar setelah tamatnya Gang Starz kelak.

Lepas satu, satu rancangan realiti tivi dilahirkan. Situasi ini benar-benar buat saya bermuhasabah diri. Bermulanya Akademi Fantasia (yang memang selalu membawa kita ke alam fantasi), diikuti dengan Gang Starz, OIAM, Raja Lawak, dan yang terbaru Akademi Nasyid. Saya di kelilingi oleh budaya hidup hedonisme.

Semua keputusan peserta terletak ditangan penonton. Tidak kira sama ada 100% mahupun 50%. Bagi saya, ia tetap satu pembaziran. Yalah…duit banyak diberikan kepada telefon bimbit untuk ‘top up’ bagi mengundi ‘idola-idola’ masing-masing. Ada yang sekadar suka-suka. Ada pula, mengundi hanya untuk memuaskan hawa nafsu dalam erti kata lain…memang tak boleh banyak duit di tangan, mesti perlu dihabiskan segera.

Begitulah suasana dalam masyarakat kita dewasa ini. Bila harga barang naik…minyak naik…kecoh! Tapi bukan reti handak berjimat-cermat.

Bagaimanapun suka saya kongsikan sedikit kata-kata saudara Leokid.
Komentar beliau ini terdapat dalam hembusan yang sungguh menyegarkan jiwa dan menajamkan akal fikiran.

Friendster is a tool, a system. Same like a knife, a car or even a television.
Should something happen with the usage of the tools, we don't blame the tools. You don't prosecute the knife for killing a person. Neither the car for ramping dead somebody. Nor the television for making the entertainment prevails over others.
Same goes with Friendster. Should you lose the value of the friendship with your friends, blame urself not the tools. Should you wasting hours of your time loitering on the Friendster, blame urself for having poor time management skills. If u're too weak and vulnerable so that the FS can even affect you psychologically, then stay away from it at the first place.
Only fools will blame the tools. Macam "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".


Tetapi ia mengenai friendster. Friendster dan realiti tivi mempunyai persamaan yang besar tanpa kita sedari. Perasankah kita selama ini?

Tentang minyak.
Malam Isnin (14/7/2008)
“Kakak, esok tolong keluar rumah awal. Ibu takut nanti kakak lambat sampai ke kuliah.”
“Nape bu?”
“Banyak jalan-jalan ke KL tutup. Polis banyak buat sekatan jalan. Ada pihak nak buat tunjuk perasaan (saya tidak pasti perkataan apa yang sesuai bagi manggambarkan suasana tersebut). Takut-takut jalan ‘jam’ pula. Lepas solat subuh terus keluar rumah. Hati-hati ye kakak.”

Dan alhamdulillah… Allah swt mempermudahkan urusan saya ketika itu. Semuanya berjalan lancar.

Pagi Rabu (16/7/08)
Selepas tersiarnya debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Shabery Cheek di RTM malam tadi.

Telefon rumah berdering dan saya bergegas mengangkat ganggang telefon. Jam menunjukkan 6.55am.

“Kakak?Kat rumah lagi?Kan ibu dah suruh keluar awal hari ni. Polis dah banyak kat jalan tu.”
“Maaf bu, kakak lambat. Gosok baju tadi.”

Hari ini saya lambat. Amat lambat. Mudah-mudahan Allah permudahkan saya dalam perjalan kali ini. Iya, memang salah saya, tidak menggosok baju sebelum tidur.

Jalan raya pagi itu daripada 4 ‘lane’ menjadi 2 ‘lane’. Polis di kanan dan kiri bahu jalan bagi susur masuk ke ibu negara. Ya Allah. Hati saya gundah-gelana. Zikir dalam hati saya bercampur-aduk. Saya gagal tenangkan jiwa saya. Lantas, saya terus mencapai Shabab Musafir Kasih lalu terus belayar dalam tulisan Fatimah Syarha.
Jam ditangan tidak saya pedulikan. Dalam hati tetap berdoa agar DIA permudahkan perjalanan saya hari ini.

Memang agak menyusahkan orang ketika itu…
Benarkan situasi ini disebabkan oleh gelombang tsunami yang melanda politik negara sejak akhir-akhir ini?
Kadang-kadang saya berasa bertanggungjawab untuk ambil peduli dan kadang-kala terdetik dalam hati muda saya ini tidak mahu ambil peduli.

Dan sesak. Begitulah keadaan di dalam LRT setiap kali waktu pagi dan petang. Lebih-lebih lagi ketika waktu puncaknya. Acap kali saya berdiri di tepi pintu dan menghayati ciptaan Tuhan. Awan yang membiru. Sekali-sekala saya dapat melihat ia mengikut pergerakkan angin yang semilir. Pokok-pokok tumbuh dengar segarnya. Malar hijau walaupun dikelilingi dengan bangunan pencakar langit. Hati saya gagal berzikir kerana saya terpesona melihat alam ciptaaNya. Bangunan-bangunan yang saya lalui juga…buat saya berfikir hanya orang yang layak bagi Allah swt dapat merekanya...

“Tuhan tak cipta kita buat semua benda”, kata-kata abah Ustaz Hasrizal memberi kesan yang besar pada jiwa saya.

Inilah rutin saya hampir setiap hari. Tetapi saya cukup menggelabah dalam dua hari itu pada minggu lepas. Hanya disebabkan jalan-jalan ke ibu kota di kawal ketat. Bukannya salah pihak polis tapi salah siapa, saya kurang ambil peduli.

Doa tetap saya panjatkan, agar…negara yang dicintai ini serta orang-orang muda di sini sentiasa dibawah lindungan rahmat Illahi.

Buat diri: Jika peta hidup hilang, rujuk kompas iman. Susur ke pangkal jalan keabadian.

July 10, 2008

Aku bukannya mereka..


kadang teringin jadi mereka..
bebas di udara..
atau dalam di dasar laut sana..
atau jauh di hujung dunia..
tidak pun, tinggi di gunung sana..
ataupun terapung di angkasa raya..
apa sahaja..
atau siapa sahaja..
asalkan salah satu dari mereka..
tidak berbuat dosa..
hanya patuh padaNya..
tidak ditarik-tarik antara dua..
tidak perlu memilih yang mana-mana..
semuanya telah termaktub olehNya..
kerja mereka hanya memujiNya..
bertasbih kepadaNya..
alangkah indahnya hidup mereka..

tapi aku bukanlah mereka..
dimuliakan kita olehNya..
tetapi kita sering menghina diri kita..
bila diberi pilihan antara dua..
kita mula terpinga-pinga..
padahal telah dikhabarkan oleh rasulNya..
bagaimana memilihnya..
cuma aku yang sering mengabaikannya..

Ya Allah..
janganlah kau serahkan diri ini..
untuk dijaga oleh diriku sendiri..
janganlah pula kau serahkan diri ini..
kepada selainMu untuk diuruskan diri ini..
Ya Allah..
bimbinglah daku dalam setiap keputusanku..
amin..

July 03, 2008

Gemuruh badai kehidupan.

Guru! Aku muak dengan hidupku! Cukup sudah! Tidak ada lagi yang bisa aku harapkan dari hidupku ini! Aku muak dengan segalanya! Aku muak dengan masalah-masalah yang ada! Mengapa hidupku selalu penuh dengan masalah? Aku sudah berusaha sebaik mungkin untuk menjalani hidupku dengan sikap dan perbuatan yang baik, tetapi mengapa masalah masih saja menghampiri hidupku? Apa salahku? Apa sulitnya bagi Tuhan untuk membuat hidupku bahagia? Aku ingin hidup tenang agar hidupku bahagia.


SANG GURU:

Nak! Coba kau perhatikan Elang itu!


Kau perlu tahu nak bahwa Elang adalah satu-satunya burung yang menyukai badai. Ketika awan badai berkumpul, burung Elang bergembira. Tatkala badai bergemuruh, Elang dengan kedua sayapnya menggunakan hempasan angin badai untuk mengangkat tubuhnya ke tempat yang lebih tinggi. Tatkala Elang menemukan posisi yang tepat di dalam badai, sayapnya berhenti mengepak dan ia menggunakan tekanan angin yang berhembus untuk menerbangkan tubuhnya. Keadaan ini memberikan kesempatan kepada Elang untuk mengistirahatkan kedua sayapnya. Berbeda dengan burung lain yang akan berlindung pada pohon tatkala badai terjadi.

Begitu juga dengan dirimu nak, tatkala badai kehidupan bergemuruh, gunakan sayap sabar, sayap tawakal dan sayap Alhamdulillah. Kau juga harus menjaga dirimu agar selalu ingat kepada Sang Pencipta Badai. Karena ketika badai kehidupan terjadi, sadarilah bahwa itu adalah anugerah yang diberikan Tuhan kepadamu untuk mengangkat dirimu ke tingkat kehidupan yang lebih tinggi.

Ingat anakku! Ketika badai bergemuruh, gunakan sayap-sayapmu dengan bijak!

Yang mengenal dirinya, mengenal Tuhannya

July 02, 2008

Munajat hambaNya.



Ya Allah. Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.
-Doa menjelang bulan Rejab-

Insya' allah. Bulan Allah swt ini akan tiba pada hari Jumaat,4 Julai 2008 bersamaan 1 Rejab 1429H.

Salam muhasabah diri, teman-teman.

Buat diri:Dosa, adalah apa yang meresahkan jiwamu.

June 29, 2008

Rintihanku.


Tuhan, aku ini si jahil. Kau ajarilah aku seperti seorang bayi untuk bertatih, merangkak, berjalan dan berlari ke arahMu. Aku ini tidak punya apa-apa. Aku sedar Tuhan. Aku sedar!

Tuhan, kalau aku lalai, tariklah jiwaku kepada agamaMu.

Tuhan pimpinlah hatiku, pandulah akalku, selimutkan diriku dengan Rahman dan RahimMu.

Tuhan, hijabkanlah aku dari api-api syirik dan munafik.

Tuhan, sedarkanlah aku selalu bahawa aku hanya seorang hambaMu yang lemah kala aku dalam kesenangan.

Tuhan, izinkanlah aku menggunakan bakat anugerahMu untuk jalan dakwah dan tiupkan api semangat dalam diriku selalu.

Tuhan, pancarkanlah ruh iman dan Islam yang tulen dalam diriku agar aku dapat merasa damainya menjadi seorang Muslim.

Tuhan kurniakanlah aku teman-teman yang disebut dalam surah-surahMu. Orang Mukmin bertaqwa.

Tuhan ,matikan aku dalam hidayahMu.

Tuhan, berilah aku peluang untuk berbakti pada keluarga, agama dan makhluk-makhlukMu jika aku terdaya.

Tuhan, aku hanya mahu pimpinanMu. Kau gerakkanlah jiwaku untuk selamat bersamaMu selalu.

Tuhan, dendaMu begitu berhikmah. Aku masih mempunya nyawa dan akal untk melirik maksud ujianMu ini.

Tuhan, aku masih dalam pencarian cintaMu. Aku masih tidak menemuiMu sepenuhnya. Dan nikmatMu yang banyak, aku mengah mengucapkan terima kasih Allah.

Ya Illahi…hadirlah dalam hidupku selalu agar aku sentiasa dipandu dalam syariatmu.

June 23, 2008

Akhlak dengan tetangga...

...Boleh jadi dakwah.


Tahu, di Perancis, di sebuah kampung yang amat terpencil…di tengah deru ribut salji, seorang manusia mengetuk pintu rumah jirannya. Saat pintu dibuka, tetangga tersebut hanya berniat mengucapkan 'Merry Christmas.' Dalam badai salji itulah penganut Kristian tersebut terharu dan rasa betapa hebatnya Islam. Manusia yang dituduh fundamentalis dan sesat tersebut, manusia tersebut, telah menyatakan rasa peduli dan kasih sayang yang amat mendalam di tengah ribut salji pada malam suci buat mereka; semata-mata untuk mengucap selamat hari natal. Manusia tersebut tidak lain tidak bukan ialah al-Marhum Imam Khomeini.

Buat diri: Sirami diri, dengan akhlak mulia.

June 19, 2008

Suara kecil.

Barangkali, ramai rakyat Malaysia termasuk saya yang tidak terlepas menonton rancangan Bersemuka dengan Media baru-baru ini. Rancangan ini dibuat secara langsung menerusi RTM 1 dan diulang tayang di TV3. Tajuk perbincangan kali ini mengenai Peranan Petronas: Industri Minyak Negara. Tan Sri Hassan Marican, selaku Presiden Petronas, ditemurah oleh dua orang wartawan yang tidak asing lagi di Malaysia.

Suara rakyat yang dihantar melalui Sistem pesanan ringkas (SMS) yang di paparkan di kaca tv telah menarik perhatian saya. Masing-masing mengutarakan cadangan serta tidak kurang hebatnya mengkrtik pihak-pihak tertentu.

Kembali kepada firtah. Bagi saya, kita perlu bersyukur dengan apa yang telah kerajaan lakukan. Pencipta kita lebih mengetahui harga minyak akan naik. Rakyat Malaysia hanya diuji oleh Maha Pencipta dengan ujian harga barang naik, minyak naik, serta barang-barang mentah yang lain turut naik. Jika kita lihat negara-negara seperti China, Myanmar mahupun Amerika Syarikat (negara yang berkuasa di dunia sekalipun) di uji olehNYA dengan bencana alam yang maha hebat, di ikuti dengan penyakit-penyakit yang merebak. Tidakkah kita bersyukur? Palestin pula diuji dengan peperangan yang tidak sudah-sudah dan entah bila penghujungnya. Hanya Dia yang lebih mengetahui. Tidakkah kita semakin bersyukur?

DIA gertak sikit sahaja rakyat Malaysia. Bagi rakyat negara ini ingat akan DIA. Kita sudah menggelabah. Tuduh orang sini, orang sana. Diri sendiri, tak cermin dulu. Diri sendiri tidak dimuhasabah dirikan. Mungkin ada hikmah yang besar semua harga barang di Malaysia ini naik pada waktu yang sama.

Ya, mungkin rakyat Malaysia (terutama umat Islam) terlalu boros dalam perbelanjaan, sedekah tidak dibuat, zakat entah di keluarkan entah tidak. Orang-orang susah dibiarkan. Harga minyak naik. Antara hikmah kecil...mungkin ada makhlukNya yang akan kurang kegiatannya berdating, lepak tak tentu hala, pergi pub sini, disko sana, tidak ketinggalan juga mat-mat rempit. Bagi mereka hidup ini, untuk gembira sahaja macam tidak akan mati satu hari nanti. Mungkin…akan kurangnya aktiviti ini. Siapa tahu? Sekiranya jihad yang paling besar yakni melawan hawa nafsu tidak dapat dikawal oleh manusia…tsunami menyerang sekali lagi pun mungkin tidak kita sedari.

Buat rakyat Malaysia dan buat saya juga…

Sekiranya kerajaan hari ini tidak menghidupkan syiar-syiar Islam (sekiranya), peranan kita selaku rakyat Malaysia yang beragama Islam, perlulah menghidupkannya. Solat perlu dijaga. Akhlak yang baik perlu dipupuk. Ilmu pula, perlu saling mendalami. Ukuwah perlu disemai dengan ikhlas. Iman perlu ada dalam setiap jiwa. Al-Quran perlu sentiasa di hati.

Sama-sama kita lakarkan Islam itu indah.

Kita bermuhasabah diri seketika. Jangan asyik nak mengeluh sahaja. Hentikan segera kegiatan tidak berfedah. Bukannya saya menyokong pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang, tetapi…sebagai umat yang telah diciptakan sebaik-baik umat, kita perlu bersatu hati agar tidak lemah.

Doakan, agar pemimpin-pemimpin kita dan diri kita sendiri juga dibukakan hati olehNya untuk mendekatkan diri dengan Si Pencipta. Doakan juga agar pemimpin-pemimpin yang akan datang, pelapis-pelapis baru…lebih beriman serta lebih beramal dengan ilmu yang mereka perolehi.

Apa yang berlaku pada ketika ini, perlu di ambil iktibar oleh pihak kerajaan dan rakyat.

Sungguh, saya tetap bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

Buat diri: Sentiasa kuat dalam ujian dunia.