January 16, 2013

Dengar.


Alhamdulillah, saya sudah hampir sihat.
Ketika ini, sedang hangat memperkatakan isu Listen!Listen!Listen!
Apabila saya melihat video ketika saudari Bawani berhujah dengan puan itu, saya rasa mahu menangis pula.
Cara puan yang membalas hujahnya begitu....

Saya pula rasa nak pengsan.
Teringat saya akan pergaulan saya dengan anak-anak.
Bagaimana agaknya mereka melihat saya?

"Teacher, you're not closing the door."

"Teacher, why didn't you wearing your name tag?"

"Teacher, you're not knock the door, before you come into the class."

Si kecil(berusia enam tahun) itu bertanya pada guru-guru yang masuk ke kelas kami. Nak tergelak pun ada bila saya dengar dia bertanya begitu. Serius saya gelak besar bila ada guru yang bulat mata, ada yang layan juga apa yang si kecil ni tanya, ada yang terus..."Opss. I'm sorry!" dan ada juga yang menjawab..."It's ok. I'm your teacher!"

Okey. Okey. Jawapan yang terakhir itu buat saya tak senang duduk. Selama ini, saya memang bagi peluang apa yang anak-anak dalam kelas nak cakap, kadang-kadang terpaksa berhentikan kerna perlu teruskan kerja sekolah. Tetapi kali ini, Allah kurniakan saya, seorang anak di sesi pagi dan seorang anak di sesi petang yang mana, mulut mereka ini, main lepas sahaja cakap. 

Bagi saya, tidak salah. Tapi, mungkin budaya kita memang begitu barangkali caranya.
Orang muda kena dengar, kena ikut kata orang tua atau yang lebih berusia. Segala terguran daripada si muda tidak diendahkan atau di pandang enteng oleh yang lebih berusia.

Kesian anak saya wahai teman, bila disergah begitu.
Kita perlu tukar cara kita melihat anak-anak ini saya rasa. Perlu ada rasa hormat yang tinggi pada mereka, mereka akan hormat kita pastinya. Jika bukan hari ini, pasti di masa akan datang, insya Allah.

Terima kasih ya Allah, di atas nikmat bertemu dengan anak-anak itu. Moga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.


Nota kaki: Ya Afif Al-Fateh! Selamat hari lahir.

January 12, 2013

Stokin.

 

Hari pertama, saya terpaksa mengugut anak jiran. Hehh.

Si comel itu meraung-raung, minta di lepaskan. Minta penuh simpati pada awalnya.
Kemudian, ketika saya mula bertegas yang dia tidak dibenarkan keluar kelas, dia mula menarik stokin saya...dengan sekuat hatinya.

"Okey. Kalau stokin teacher koyak, kamu kena ganti!"

Dia lepaskan stokin saya lalu menyambung kembali tangisannya.
Hari kedua, datang ke sekolah dengan wajah yang cool, seperti tiada apa pun yang berlaku pada hari pertama.

Teman sedarjahnya pula.
"Cikgu! Cikgu! Tolong saya. Sekejap sahaja cikgu. Saya nak Ummi. Saya nak amin[salam] ummi. Tolong cikgu!"

Ahaaa. Sangat kejamkan saya?
Saya buat-buat tak faham. Tudung, baju semuanya kena tarik. Tetapi wahai anak-anak yang comel, jangan goda teacher dengan tangisan yang menikam kalbu lagi ya.
Saya kira tahun ini, tahun yang paling teruk saya pernah kena.
Anak-anak empat tahun buat saya belajar, erti sabar lagi.



Tapi sangat bersyukur, kelas merah jambu, menyenangkan bila saya lihat dari jauh.
Dan, saya semakin rindu pada anak-anak kelas hijau dan kuning sebelum ini.
Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Salam rindu, ya anak-anak!

Nota kaki: Bismillah untuk takwim baru.