March 19, 2012

Saat ini.

Cuti.
Ahaa...Saya kira,antara cuti yang paling menarik sekali. Yang utama lagi mulia bertanya, "Best tak cuti kamu?"
Saya jawab,"Osem!"

Masa raya zaman sekolah rendah, saya suka pergi ke rumah seorang nenek ni. Dia tidak la berusia sangat tapi pangkat dia dengan saya bagai nenek dengan cucu.
Bukan sebab duit rayanya yang besar tetapi hidangan yang disediakan benar-benar membuatkan saya tergoda.

Cheese cake-nya. Seingat saya,cheese cake nenek tu memang enak,sehingga ibu perlu ingatkan saya, "Kita berada di rumah orang." "Okey,ibu!"
Apricot glaze-nya ada satu lapisan yang benar-benar menarik. Sehingga saat ini,saya ingat akan keenaakan keknya.

Jadi,cuti kali ini. Adik-adik balik.  Saya buat blueberry cake,peach cheese cake dan serimuka pulut hitam. Jujurnya,saya teringin sangatttttttt nak makan. Sebab tu buat. Lagi satu,memang kena buat sebab takut-takut saya lupa apa yang telah saya pelajari.

Insya Allah,cuti akan datang, satu hari satu kek atau kuih. Amacam?


Bulan tiga.
Allah Allah. Sekejap sungguh masa berlalu. Dah nak habis pun bulan tiga.
Saya gembira bila anak-anak di sekolah menunjukkan satu perubahan yang baik. Tidak kira kecil atau besar perubahannya,buatkan saya bersyukur dan tak berhenti senyum jika teringat akan mereka.

Ada yang mula hendak bercakap, sudah pandai menulis, berdisplin juga, beradab pun ada, makin cekap, du'a-du'a sudah mula di hafaz dan yang paling best,bila ada yang mula solat di rumah.

Saya sedar semua dangan izin Allah. Saya hanya bantu mereka, selama tiga jam sahaja bersekolah.
Saya mendu'akan anak-anak saya terus berjaya dunia dan akhirat.

Penggal baru telah bermula.Target saya,mahu melembutkan hati hero kelas saya,kuatkan lagi motor skills bagi yang masih lemah. Dan fasihkan lagi bagi mereka yang baru hendak mula belajar bercakap dengan izin-Nya.
Jika direnung-renungkan mereka lama-lama,saya berasa sangat kerdil. Memang Allah ciptakan kita berbeza-beza untuk saling kita kenal-mengenali,bukan?


KidZania dan Jumaat.
Bawa Mal ke KidZania. Komen saya,sangat la menarik bila duduk dalam dunia mereka sebentar. Kena pergi sendiri untuk merasai keseronokkannya.

Tak mahu cerita tentang KidZania,sebab ramai yang dah cerita kan?
Saya terpaksa pilih hari Jumaat untuk bawa Mal kesana. Memandangkan dia pulang dari asrama hari Rabu.
Nasihat ibu pergi lah,awal pagi. Nanti senang.

Saya fikir,hari Jumaat. Mal solat Jumaat. Ada dua sesi sahaja. Sepuluh pagi hingga tiga petang dan tiga petang hingga sembilan malam.
Ikut nasihat ibu,ada benarnya. Tidak perlu saya mencari parking kereta lama-lama.
Cumanya,tepat satu petang, Mal dan saya perlu keluar dari situ untuk mengejar waktu zohor yang hampir tiba.
Mal semacam sedih,tapi moga ada rezeki,kita pergi lagi ya Mal!

"Mahu solat di masjid Kota Lumpur,kak."

"Ha? Mana sempat Mal. Cari masjid kat sini juga."

"Sama juga. Cari masjid,nanti dah masuk zohor."

"Tak. Solat kat sini. Cari juga. Cuba tengok-tengokkan sign masjid."

Mal memang sengaja tau. Ingat dekat nak ke Kota Lumpur tu? Dengan kesesakkan jalan raya lagi.

Tiba-tiba..."Yeay! Saya nampak orang berjalan kaki untuk solat jumaat. Kita kena ikut jalan diorang,Mal."

Saya yang lebih bersemangat. Selepas tu saya ternampak pula mereka yang menunggang motor sambil berkopiah. A'haa,lagi la saya rasa bersyukur dan rasa nak mengucapkan terima kasih banyak kepada mereka.
Kami ikut jalan mereka dan sememangnya surau itu teramatlah jauhhhh. Surau Mutiara Damansara. Saya hantar Mal,dan saya zohor di stesyen minyak berdekatan.

Usai solat,saya belanja Mal eskrim.
"Jauh gila,diorang jalan,kak."

-Bersyukur dan bermuhasabah diri mode-

Terima kasih sekali lagi pada mereka yang berjalan kaki untuk menunaikan solat jumaat begitu juga yang menunggang motor dengan berkopiah(walupun ia satu kesalahan di jalan raya),mereka ini telah memudahkan mereka yang bermusafir untuk menunaikan kewajipan. Moga rahmat Allah mengiringi kalian sentiasa!

Erkk...Mal dan saya,bermusafir?


Nota kaki: Bismillah, untuk penggal baru.

February 07, 2012

Kerenah.

Fitri.
"Teacher,Ustaz Don tu tipu la."

Saya buat-buat tak dengar dan kononnya fokus memandu.
"Teacher. Ustaz Don,tipu teacher."

Tiga kali rasanya dia ulang.
"Ustaz Don? Yang mana?"
[Seingat saya,kat sekolah memang tiada ustaz pun.]

"Ustaz yang keluar tivi tu ke?"

"A'ah,teacher. Ustaz Don yang kat tivi."

"Ohoo. Kamu pun tengok Ustaz Don ya?"

"Tengok,teacher. Sebab mama dan ayah saya pun tengok."

"Bagusnya. Ok,kenapa Fitri cakapa ustaz penipu pula?"

"Ye la. Mama saya cakap. Ustaz Don nak datang  masjid dekat dengan rumah nenek saya. Saya pergi masjid,ustaz tak de pun teacher."

Aduh! Saya terdiam.
"Ustaz pergi masjid lain dulu teacher rasa. Nanti baru gi masjid kat rumah nenek Fitri."

"Ye la teacher. Saya rasa ustaz terlupa nak gi masjid kat sini."

Okey. Saya tersenyum sendirian.
Masalahnya siapa yang tipu siapa ni?

Teacher du'akan,satu hari nanti. Fitri dapat jumpa dengan Ustaz Don ya!


Haziq.
Sambil menunggu ibu atau ayah mereka ambil, pulang dari sekolah.
Haziq bermain-main di antara kelas kuning dan biru.

Kebetulan,dalam kelas biru ada sepasang kembar seiras.
Tiba-tiba,Haziq berdiri lama di hadapan kelas biru.
Dan...

"Eh! Kenapa awak ada dua. Saya ada satu ha?"

Pecah gelak saya bila Haziq,empat tahun bertanya pada si kembar,lima tahun.

Auni dan Alya hanya tersenyum manis. Ketinggan yang membezakan mereka.

"Haziq. Allah jadikan kakak tu ada dua tapi Haziq dan teacher,satu. Hebatkan Allah?"

"Hebat!"


Hafiz.
"Teacher. Cantik!"

Saya tercari-cari suara itu.

"Teacher. Cantik!"

Suara Hafiz. Sambil tangannya menunjuk ke arah belakang bilik darjah.

Allah Allah. Satu-satunya anak yang perasan akan perubahan hiasan kelas dan berani juga bersuara.
Saya sudah mula lekatkan kraft anak-anak yakni bunga sebagai hiasaan.

Moga Hafiz dan kawan-kawan menjadi anak soleh,solehah.


Afif&Nasihah.

Saya beri salam dan baru masuk ke kelas biru...
"Teacher! Ada orang kencing!"

Pelajar perempuan yang rajin buat adauan rakyat.

"Siapa?"
"Afif!"
"No,teacher. No!" [Jawab Afif dengan gaya pelatnya.]

"Bukan Afif,teacher. Nasihah!" [Ada juga yang tolong jawab]


Saya lihat wajah Nasihah,sudah senyap je.

Cepat-cepat saya tekan butang 'pause'. Cuba berlagak tenang.

"Okey Nasihah. Tak nak nangis ya. Teacher panggil kakak,tolong tukarkan baju Nasihah."
Dia angguk perlahan. Saya minta pelajar yang duduk berhampiran Nasihah,bertukar tempat. Agar mudah kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Saya turun ke bawah. Sememangnya mood mengajar saya akan hilang jika ada pelajar yang terbuang air kecil dalam kelas. [Insya Allah,cuba berubah.]

Bila saya masuk kembali ke kelas saya lihat ada pelajar yang berjalan-jalan dekat kawasan larangan tu.
Masa tu saya tegur dan terkuatkan suara dan semua senyap. Cikgu kat luar pun terdiam.

Demi Allah,saya terlupa untuk menekan butang 'pause'.

Saya lihat wajah mereka satu-satu. Saya pula yang berasa besalah.
Maafkan teacher ya anak-anak.

Teringat saya,tahun lepas. Mengajar anak-anak lima tahun. Tiada pula yang terbuang air dalam kelas.
Macam-macam kerenah anak-anak ni.


Nota kaki: Rahmati hidup kami,Ya Allah.

Sayang.


Saya rasa sudah dua minggu saya terlihat sebuah al-Quran di ruang tamu.
Al-Quran lama. Warnanya pun dah suram.
Dalamnyapun dah berwarna coklat-coklat.

Satu hari,saya bertanya pada ibu.
"Ibu. Quran siapa ni?"

"Tafsir Quran. Ayah bagi pada ibu. Masa kami sedang bercinta dulu."

Bulat mata saya. Macam tak percaya pun ada.

Romantik juga ayah saya ni.


Nota kaki: اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

Rabi’ul Awwal mengingatkan kita akan ‘gajah’ dan ‘burung yang berbondong-bondong’. 
Ia juga mengingatkan kita kepada ‘cahaya (nur) yang berpindah alih dari sulbi ke sulbi’, 
lalu terpancar sampai ke Istana Bushra, langitt bagai jaring pelangi, terpadam marak api, 
dan Kisra pun bergoncang runtuh – Indah Rabi’ul Awwal, tanggal 12,
tanah-tanah yang kering kontang subur, pepohonan yang gering dan mati hidup merimbun, 
berbunga dan berbuah lebat, 
Indah dan sangat indah – sarwa khalikah raya menggema syukur dan selawat. 
Hadirmu rahmat buat kami wahai Paduka Rasulullah. 
-Hafiz Fandani-